Wednesday, 30 March 2011

Apa guna bercinta sakan kalau tak boleh TRUST kat pasangan???

Assalamualaikum. Weh, korang dah kapel eh? So, macamana korang jaga hubungan korang ngan girlfrend korang? Walaupun aku ni tak pernah berchenta, tapi aku taw la sikit-sikit apa yang penting dalam relationship. Bagi aku, selain rasa sayang, cinta dan jujur dan sebagainya, ada satu perkara lagi yang perlu pasangan itu terapkan dalam hubungan yang konon-kononya percintaan bagai itu adalah trust iaitu percaya kepada pasangan masing-masing.

Tidak dinafikan, mesti ada rasa sedikit kecurigaan, kesangsian dan cemburu bila kita tengok awek kita rapat ngan lelaki lain sama ada lelaki tu kaya, miskin, hensem atau langsung tak hensem pun, selagi dia lelaki, kita mesti cemburu kan. Tak perlulah sampai macam tu sekali. Rilex sudah. Relationship yang ada pada korang tu bukannya bermaksud girlfriend korang tu langsung tak boleh berkawan dengan lelaki lagi. Haiyyaa, susah la nanti kalau mau beli ikan kat pasar borong Selangor. Most of them adalah kaum lelaki yang jual. *ok tibai je nih*

Please laa jangan ada sifat cemburu yang keterlaluan. Nak cemburu biar bertempat. Sama juga dengan perempuan, jangan lah terlalu cemburu bila boyfrend korang ada kawan perempuan. Kalau you betul-betul suka dia, why not you trust kat dia. Walaupun tidaklah trust sampai 100%, tapi at least jangan la sampai boyfrend anda tu rimas dengan soalan-soalan yang kadang-kadang jawapannya adalah;

"saya tak ada apa-apa lah dengan sipolan tu, kami kawan je"

Cukup hanya dia jawab sekali sahaja. Jangan sampai boifrend anda fed up bila anda push dia banyak kali dengan soalan yang sama dan sangat annoying sebab anda hanya nak dengar dia jawab, 

"ye, saya rasa saya suka kat sipolan dan tak suka kat awak, 
so bila kita boleh buat upacara break up??".

Ayat ni ke yang korang nak dengar sangat?? Susahnya bercinta kalau buat peraturan macam tu. Bila dah bercinta kena putus hubungan semua dengan kawan-kawan mahupun bestfrend. haiyyaa... kolot sungguh. Ketahuilah bahawa, bestfrend pakwe koranglah orang yang sentiasa menyelamatkan hubungan korang. Tak perlulah nak pertikaikan besfrend dia tu perempuan or lelaki, cantik or tak cantek. Terima seadanya. Kalau korang boleh terima family boifrend korang, why not korang pun terima sesiapa sahaja kawan boifrend korang. 

T.R.U.S.T = (T)o (R)eally (U)nderstand (S)omeone's soul (T)imelessly


p/s:: agak-agak kalau girlfrend korang bercakap-cakap dengan gembiranya dengan orang yang dalam gambar ni korang rasa cemburu tak????

10 comments:

  1. hehehe..cemburu kalo i ni laki ok. :)

    ReplyDelete
  2. if i jd bf kpd si polan binti si polan, i neber jeles if my gf talk2 wif u..hua3

    ReplyDelete
  3. pnh je jpa kategori manusia yg camni..cam bebudak, cam tak serius n tak profesional lsg...klu da tau awl2 nak cenggini, baik tak yah kapel...mana taknya boyfie ajk balik sesama pon tak mo..alasan, takmo org tau depa ada hubungan.

    rasanya org cenggini musti ada udang disebalik mee...huhu

    ReplyDelete
  4. haaa~~ yg ni jnis2 org yg cmburu xbrtempat.. actually my ex pon cmni gax.. 2 thun brcntan cntun dy xprnah caye kt aku..so, break je la~~ ssah klau dpat psgn yg xpham prngai ramah kite ni.. rse cm nk lmpang pon ade.. cket2 nk jeles.. rmas kot!

    jemput singgah sini ANASAURUS :)

    ReplyDelete
  5. aku nak like banyak2 lah..betoi trust sngt penting..sila kawal cemburu..haha

    ReplyDelete
  6. @KasihPena ye la tuuu... heheeh.. jgn bwk geng mai pukul saya dh laa..

    ReplyDelete
  7. @Farhana Jafri kena byk berusaha lagi nih utk yg seterusnya..

    ReplyDelete
  8. @nyonya penang haahha... biar jadi hati kayu jgn jadi hati layu..

    ReplyDelete