Sunday, 20 February 2011

Wan Noratikah binti Wan Hasan je boleh baca.


Dengan ini saya, Wan Mohd Zulqhairi Bin Wan Hasan ingin mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 28 kepada Wan Noratikah Binti Wan Hasan. Abang Chik harap agar Kak Ti berbahagia selalu di samping Suami dan anak tersayang. Semoga Kak Ti sentiasa menjadi isteri dan anak yang solehah. Abang Chik berdoa agar Kak Ti dapat menjalankan tanggungjawab dan tugas yang telah diamanahkan oleh Allah untuk Kak Ti. 

Dalam menempuhi alam perkahwinan, biasalah ada berbagai-bagai cabaran dan rintangan yang mendatang. Hopefully Kak Ti dapat menempuhi dengan penuh tabah dan hati yang cekal. Abang Chik nak minta maaf kalau ada terkasar bahasa dan terguris di hati Kak Ti. Maaf jugak sebab tak selalu pergi ke rumah Kak Ti sebab busy. Tapi rumah Kak La selalu pergi kan. Dalam hati Abang Chik tak pernah nak pilih pergi rumah besar ke, rumah kecik ke, kaya ke, miskin ke. Bagi Abang Chik semua orang sama saja. *Kalau Kak Ti mai ambik saya kat sini, on je bila-bila masa!!*

Last sekali Abang Chik nak pesan agar Kak Ti menghargai segala pengorbanan dan restu Ma ngn Wan (*Kitorang panggil ayah kitorang Wan*). Betapa susahnya orang lain nak mendapatkan restu mereka, dan bagi yang dah dapat tu jangan dipersia-siakan. Bagi Abg Chik, Kak Ti ni antara kakak yang senang untuk berkomunikasi dan bercerita. Sempoi dan selamba. Tapi, kurangkan bergossip ek, banyakkan membantu bagi pihak yang memerlukan. hehe..

Abang Chik pun tak tahu abg chik ni adik yang macamana. Baik ke tak. Ntah la.. kadang-kadang abg chik rasa kita ni kurang dari segi hati ke hati. Kurang sesi luahan bersama. Kalau bersembang pun bab-bab yang biasa je. Kita tak pernah nak share benda-benda yang private atau benda-benda yang boleh mendekatkan hati-hati kita. Asyik-asyik isu yang sama je kan. Maybe salah abg chik sbb abg chik pun tak pernah nak cerita pasal benda-benda ni. Tak pernah nak share ngn Kak Ti kan. Ala, tak apa, yg penting kita tak ada masalah kan..

Abg Chik respect kt Kak Ti sebab Kak Ti hidup tak pernah nak menyusahkan orang lain. Tak pernah nak mintak lebih-lebih. Banyak/sedikit mana pun yang Kak Ti ada, banyak tu lah yang Kak Ti guna. Tak pernah nak berlagak. Kak Ti tak pernah menyusahkan Ma ngn Wan kan. 

Abg Chik ingat lagi time Kak Ti eksiden utk kali yang kedua dulu, Kak Ti kena marah. Masa tu Abang Chik duk sebelah Kak Ti. Abg Chik nak tahan air mata supaya tak keluar. Tapi tak dapat. Abang Chik nangis jugak. Tersedu-sedu. Kak Ti pun nangis jugak time tu. Lepas tu Kak Ti tanya "kenapa Abg Chik nangis??", abg chik tak jawab. Sampai sekarang Abg Chik tak jawab. Dan pada hari ini abg Chik nak jawab, Abang Chik nangis sebab Abang Chik sayang sangat-sangat kat Kak Ti. Kalau boleh abg chik nak share kesakitan yg Kak Ti rasa time tu. Tapi abg Chik hanya mampu melihat jer. Kak Ti memang seorang yang tabah. Abg Chik respect sangat-sangat. Masa tu, Kak Ti tak nak bagi cakap kat Ma yg Kak Ti eksiden sebab tak mau diorang susah hati. Abg Chik terharu. Abg Chik tau kak ti tak nak Ma ngn Wan risau kan. Walaupun Kak Ti rasa orng lain tak nampak Kak Ti, tapi abg chik selalu nampak Kak Ti. 

With Love,
Abang Chik :)
                             
*Aku pun tak tahu, akak aku ni baca atau tak entri ni*

1 comment:

  1. sob sob sob.. ceq pulak terharu.. T__T

    selamat hari lahir kat kak ti :)

    ReplyDelete