Friday, 18 February 2011

Tak tau kenapa entri ni macam entri orang yang berputus asa sangat-sangat !!!

Hari ni rasa lega sket lepas habis dua test sekali gus. "Selected Topic in Numerical Analysis" dan "Pengenalan Kepada Falsafah". Lepas keluar test, biasalah sangat stress bila semua yang kita study tu tak masuk dalam test dan juga tak ingat rumus yang panjangnya berekar-ekar. Haiyyaa.. camner ni?? Kenapa la ada test?? Kenapa laa tak wat open book test??! Time nak apply nanti bukannya tak leh nak rujuk apa-apa pun kan. Ni la kelemahan student bila mengamalkan sistem peperiksaan sebab ujiannya terhadap kekuatan ingatan semata-mata. Bagi yang suka hafal boleh la buat. Paham atau tak tu belakang kira.

Cheer up sket. Tadi masa belajar dalam kelas Bahasa Arab, asyik aku je kena aim ngan Ustazah yang cute tu. Minggu lepas aku dah baca petikan tu dan jugak translate dalam Bahasa Melayu lagi. Hari ni aku lagi yang kena.!! Ustazah, bagi la orang lain pulak. Tapi demi Ustazah, saya tetap turutkan jua.

Serabut la tengok muka ko!!! Nyah ko dari sini!!!

Hari ni rasa down sket. Down sebab dah give up. Give up dengan everything. Rasa macam nak deactivate je facebook tu. Rasa macam dah nak stop guna twitter nih. Blog aku sayang lagi. Tapi rasa dah malas nak update. Email pun rasa macam malas nak bukak. Ini adalah sebab rasa KECEWA. *Tu je yang aku boleh cakap. Aku ni jenis yang tak suka luahkan masalah aku secara spesifik atau juga beban yang aku pikul ni kat orang lain* Belum ada orang yang betul-betul aku percaya dan orang yang betul-betul aku boleh cerita segala mala yang terbuku kat hati aku nih. Tapi aku memang betul-betul nak luahkan semuanya agar aku boleh lega walaupun hanya seketika sahaja. Aku ada kenal sorang blogger ni kt twitter. Rasa cam dia sesuai untuk jadi pendengar untuk masalah aku ni. Nampak dia cam matang dan berilmu pengetahuan serta bermotivasi tinggi. Tapi tak tahu camne nak mulakan conversation. *Tambah pulak dia cam busy je!* So, aku plak segan nak tweet lebih-lebih. Aku pun rasa cam dah nak stop tweet kat post orang. Ok, bye ya.. tu je untuk entry kali ini. Assalamualaikum semua.. 

p/s:: Kadang-kadang aku lebih selesa berbicara masalah dengan orang yang tak kenal sebab mungkin orang itu akan lagi telus dan jujur untuk mengutarakan pandangan mereka.

3 comments:

  1. sabaq lo semua orangbuat muka 10sen masa kuar test semalam huhuhu...baca buat latihan dah renyuk kertas tapi bila masuk test x tau nak buat apa

    ReplyDelete
  2. saya suka dgr masalah org..mungkin sb sy sdri dah byk dgr masalah org..huhu. best tau dgr masalh..

    ReplyDelete