Saturday, 5 February 2011

Tak dak air tak hidup bro..!!!

"Nak geget, geget je la. Jangan la duk menari-nari depan  mata aku lak..", Kata pemilik blog ini kepada beberapa ekor nyamuk yang terkinja-kinja di hadapan mata beliau.


Aku dah menjejakkan kaki di Kolej Keenam, UPM. Setelah berhempas pulas naek bas SANI EXPRESS dan jugak KTM serta TAXI yang cekik darah, akhirnya aku berjaya jugak sampai di Hotel Mahligai Delima ini.. Yahooo bleh landing baek punyer..


Dalam bas tadi sangat tidak selesa. Bas ok, cuma kestabilan aku ni je tak ok. Sakit tekak dan jugak serangan ulcer kat mulut dan jugak lidah. Seharian tak selera nak makan. Aku rindu kat abang Bonjela yang tertinggal kat bilik.!!. *Bonjela - Fast acting gel for teething and mouth ulcers


Dalam train KTM plak, ada plak sorang mamat negro ni menyanyi-nyanyi sakan cam dia plak yang sambut  CNY! Huh!! Dah la kedudukan dia tu betul-betul depan hidung aku. Serius tak selesa. Dia bleh plak minum air depan aku. Aku plak dalam hati duk cakap, "dia ni nak bomoh aku ke hapa???, kot-kot la nanti dia sembur depan muka aku apa aku nak buat??" Hahaha..


Sampai kat stesen teksi, abang tuh terus tanya nak ke mana, then tarik aku masuk teksi dan cakap RM10. Cehhh.. Mujurlah time tu aku betul-betul tak sabar mau sampai bilik. Very the mencekik darah RM10 hengget?? Gila ke hapa?? Aku senyap je la takut-takut nanti dia hantar aku sampai kat Kubur Cina je.. Haha..


Sampai bilik mau makan nasi dagang yang ditapau dari rumah. OK, unfortunately!! nasi is going to basi. The lendir-lendir at the nasi dagang have coming out already. Luckyly the lauk pauk is fine and not too dangerous to eat. Hahaha.. Bye-bye to the nasik, Please go to the tong sampah NOW!!! 


Kemudian, keluar jap sebab nak pergi beli nasi. Tadi pergi beli nasi goreng kampung. Cam biasa la aku ni, kalau 10 tahun duk sini pun tetap jugak dengan nasi goreng kampung aku tuh. Hahaha. Lepas tu teringat plak air mineral kat bilik dah habis, nak gi beli tapi semua kedai runcit tutup!! Hommaigod. Kalau tercekik, maunya aku minum air paip satgi.


Sampai bilik, dengan hampa sebab tak dapat cari air mineral. Harap-harap mesin top up air telah dibaiki dan berkeadaan baik. Pergi kat mesin tu, duit ditelan, air tak keluar. Sungguh berjasa kepada negara mesin tu!! Kejadahnya air tak keluar, sedangkan duit dia boleh sedut?? Cam haram je duit tu satgi time tuan mesin tu ambik. Bak balik duet aku!!!


Tak boleh jadi ni air tak de. Then cepat-cepat aku pergi Petronas. Beli air mineral yang paling besar sebesar anak gajah tu skali ngan isi minyak motor. Balik dengan hati yang berbunga-bunga sebab boleh minum air secukupnya. :)


* Tiba-tiba sedang aku minum air, aku terima sms tanya pasal matawang Iraq dan suruh aku convert duit Iraq ke duit MYR bagai... ceh.. MYR25.80 = IQD10,000.00. Tiba-tiba jadi pengurup wang!!!

5 comments:

  1. star mart kan buka nape x beli kat sana..

    ReplyDelete
  2. hamihemo:: kat mana tu?? xpernah dengar pon kedai ni!!

    ReplyDelete
  3. hahah.. along kalo kat ukm tuh..
    time lapar je..

    order Nasi Goreng Kg kat Azura baru seksyen 3 tuh..

    kompem kenyang! heheh

    ReplyDelete
  4. Along Usop :: nnti leh laa Along belanja Que... leh la... hehe

    ReplyDelete
  5. hahahah.. adey.. along pon sengkek ni..

    lepak mkn same2 a nak?.. kite wat gathering blogger area bangi/kajang kat situ.. hohohoh

    ReplyDelete