Monday, 28 February 2011

Sengal Zone : Saya Top 10

Ni yang aku pening nih. Secara semula jadi nya iaitu sejak lahir lagi gua ni seorang yang baek hati. *ada ke baby keluar-keluar terus bunuh orang?* Pekerti *pekerti?? wat der klasik!!* jangan cakap ar.. tip top weh!!! *ecece.. tak leh blah hidong kembang empat inchi tambah 2cm pembaris* Aceli tak reti nak menyengal-nyegal nih. 

Klik imej kalau nak pi kat blog sengal.

Motto
Bercakap pasal motto blog aku ni, aceli baru nak pikir nih. Tak pernah kot orang tanya motto blog. Kalau motto hidop yang skematik tu ade lah. So lepas aku duk pikir-pikir time lecturer duk mengajar tadi, sambil ambik ilham sket-sket masa duk dalam tandas jap tadi aku rasa lah motto blog aku ini adalah "bila orang gila baca terus jadi lagi gila dan takkan sembuh sampai bila-bila". Walaupun nampak kejam tapi aku rasa sangat sweet. 


Slogan
Haishhh..tadi dah motto, ni slogan plak. Tak sama ke dua benda nih? Saja ja SengalZone nak suruh gua ni jadi makin sengal. Mula la otak duk pikir bukan-bukan a.k.a benda yang mengarot-ngarot. hahaha.. Okeh, slogan yang paling sesuai ngn blog hodoh aku ni adalah Semakin sengal blog gua, semakin  cerah peluang gua bleh masuk top10. *Apsal yang last tu macam panjang je*. Ahahaa.. tapi dah serupa hipotesis masa aku darjah lima dulu. Nak buat satu lagi slogan boleh? Haha. ermmm tak pe lah. tak jadi nak letak sebab yang satu lagi tu tak sengal. haha 

Tema
Tema apa benda kejadah plak nihh? Blog gua tak hade tema. Entri semua bercampur gaul. Semua entri tahap sawan. Kadang-kadang time hepi mulalah berentri hureyyy laa yahoo laa.. time sedih uwaaaa tak habes-habes... time jiwang, oohhoooohooii tak berenti. Time sengal... oyeahhhh!!! babehhh... 24 jam.. haha.. Tu ja tema blog nih setakat hari nih... Kira konklusyen nya blog aku ni tema tunggang terbalik lah. Apa aku kesah?! Tak suruh korang updatekan untuk aku pon.. haha.


Hajat
"Bertepuk-tepuk tangan, bertepuk jangan segan,
berblog dengan girang, hidup menjadi senang!"
credit to:: Dato' Siti ngn pencipta lirik lagu nih! credit utk aku sebab suka hati je ubah!

Kat sini aku nak pesan kat korang semua sebagai blogger kat Malaysia ni. Apa kes nak buruk-burukkan blog orang lain, penulisan orang lain, apa yang diorang nak buat, itu hak diorang. Seburuk/sesengal mana pun gaya penulisan diorang, tapi kalau orang ramai yang suka, kita tak boleh nak halang orang lain untuk baca blog yang dia suka. Tapi kalau seperfect mana pon penulisan korang, dengan isi dan fakta yang panjang berjela-jela macam nak pi berhujah kat dalam dewan parlimen, tapi entri korang tak ade feel, orang tak leh rasa, orang tak leh nak ikut intonasi korang. So dia setakat baca je lah, tanpa satu reaksi pun di muka. Orang cakap tak ada ransangan lah senang cerita. So, tak payah lah marahkan blog yang baru/otai/popular walaupun tak ada isi *tipu la kalau korang cakap sesebuah entri tu tak ada isi, mungkin korang kot yang tak reti korek*, tapi kalau blog dia fun dan boleh buatkan orang berfikir, tak salah kot kalau blog tu popular. Kalau orang yang baca tu senyum segaris pun dah bermakna bagi tuan blog. Tak gitu?? Oleh itu, hajat blog aku, berbloglah dengan aman.

Hidup WAMOZUWAHA!!! Undilah aku sebagai calon bebas parti sengal-sengal badan, nescaya saya akan bagi korang satu yoko-yoko free!. Uuuuu..!



p/s::tadi aku nak konpemkan yoko-yoko tu benda yang ubat tu. So aku pi la search kt google. Yoko-yoko lain yang keluar. So, korang jangan nak search plak.. bahaya weh...sila jangan search! Kalau aku cakap macam ni nescaya ramai yang akan search!! -_-"


KESENGALAN ADALAH HAK MILIK SETIAP INSAN

3 comments:

  1. hahaha ;D
    abg mmg sengal meyh,haha
    manusia biasanye ape yg dilarang tu laa nk buat kan,, haha

    ReplyDelete
  2. klu tetiap ari gini, sengal tu leh bawa ke spital tuh...kihkih

    ReplyDelete