Saturday, 26 February 2011

Scene klise dalam drama, dah boleh baca dah!!

*Muka tak puas hati!!!

Aku sangatlah tidak berpuas hati bila time tengok mana-mana citer yang ada scene camni, dan buat benda ni, padahal dalam realiti bukan cenggini pun agaknya ::

  1. Bila nak pergi mana-mana or nak lari dari rumah, baju yang dia bawak sangatlah sikit dan beg plak kecik tapi lepas lari tu pakai bukan main vogue lagi. Bukan kah semua aksesori dia tertinggal kat rumah!!?  *Sepatutnya dia kena kosongkan semua bilik dia, barulah munasabah, berus gigi segala semua kena bawak!*
  2. Bila tengah berchatting kat internet, ntah apa-apa dia nyer application yang dia guna. Kalau YM ke MSN ke tak ape la.., tapi cam application tu tak wujud je.
  3. Bila scene tengah menaip, serius sangat laju, padahal ntah ayat hapa-hapa yang keluar kan. Dan yang penting padahal kat luar terkial-kial je dia tu nak menaip.
  4. Bila ada part lakonan perempuan bertudung, pelakon tu pakai tudung macam orang baru belajar pakai tudung, walhal watak yang dilakonkan adalah perempuan yang pkai tudung sejak dari kecik lagi.
  5. Setua mana pun watak perempuan tu, tak kira moyang ke apa ke, dan sekampung mana pun perempuan tu mesti dia akan pakai gincu! Termasuk juga cerita pasal pendekar. Mesti wajib pakai gincu punyer lah.. 
  6. Bila time berdoa lepas solat, mesti ada scene yang ada org lain bukak pintu dan dengar dia tengah berdoa. Pastu tutup pintu slow-slow. *lepas tu org yang berdoa tu buat-buat tengok pintu tu*
  7. Kalau ada gambar yg duk dalam frame, mesti baju gambar tu dia pernah pakai dalam salah satu scene.
  8. Kalau watak nerd/skema mesti kena pakai spek yg bingkai besar, pastu rambut belah tepi. Kalau yang pompuan gincu mesti merah giler. *pastu jalan laju-laju sambil bawak buku kt tangan*
  9. Kalau suami accident, mesti isteri kat rumah terpecahkan gelas/pinggan kaca. *huh, dah boleh baca lah!*
  10. Kalau dapat panggilan orang yang accident pulak, mesti tak habis bercakap sebab dia dah lepaskan gagang awal-awal. *mesti perkataan akhir yang terkeluar dari mulut perempuan tu adalah, "Apa?????????????????"*

6 comments:

  1. ha lgi 1, klo nga tido ke solat ke msti nk make up,
    ngn eye shadow nye,
    ish3 hehe

    ReplyDelete
  2. nombor 9 tu gila menyampah . hahahaha .

    ReplyDelete
  3. kalau nangis mesti eyemore bergelen-gelen, haha

    ReplyDelete
  4. Drama: taip laju giler bagan semangat.
    Realiti: Kat skrin "Tgah watpe" :p

    ReplyDelete
  5. muahahahah ! betol3 ! semua scene tu musti hade punye lah dlm stiap drama..haiyoo..patut cube la pikior logik sikit..ye dak?hehe

    ReplyDelete
  6. memang klise.

    kite bako je!
    (sedutan dari filem hantu kak limah balik kampong. =P)

    ReplyDelete