Wednesday, 23 February 2011

Rusuhan pertama yang aku tengok di depan mata!

Di suatu petang yang hening, sedang aku menunggang motosikal, hatiku tergerak untuk ke Pejabat Bendahari UPM untuk berjumpa bendahari *aku pun bendahari jugak*. Ye la namanya dah pergi pejabat Bendahari, takkan nak jumpa Hakim plak! -_-". 

Tiba-tiba mataku melihat ramai giler orang tengah duk berkumpul di hadapan bangunan pentadbiran UPM. Ada apa kat situ??? Ustaz Imam Muda Asyraf ke?? Sebab tadi Ustaz cakap dia duk kat Putra Foodcourt UPM. Betulkah ustaz IM Asyraf kt situ??? Motif dia bagi ceramah kat luar bangunan??

Lepas parking motor, aku pun terserempak dengan Mr. Presiden (Amirul) yang sedang menunggang motosikal juga. Tapi bukan motor aku. Dia tunggang motor dia lah.. Lalu aku pun menghampiri motor beliau dan mengambil anak kunci motornya lalu mencampak anak kunci motor beliau ke dala longkang. Lalu dia pun menangis teresak-esak sambil menghentakkan kakinya ke jalan tar. * cerita yang penuh dengan sandiwara Sangat dramatis* "Woi... sila cerita perkara yang sebenar!!!!!!" "OK, baeklah".

Lepas tu, aku ngn Mirul pun pergi ke tempat perhimpunan tu dengan hati yang penuh berdebar. Manalah tahu satgi kena pukul ngn kayu ka, apa ka..! Kemudian aku dengar ada orang bagi talk macam nak meleraikan rusuhan ini. Dengar-dengar diorang semua ni ada dari setiap Universiti yang berdekatan ngn UPM! Diorang sampai pepagi lagi.. Sangat gigih. Kamu semua ni tak ada kuliah ke dik??? Tak apalah kalau tak ada kuliah, tapi bagi yang ada tu abang rasa tak elok kot ponteng kuliah semata-mata nak join benda ni. 

Serius aku tak faham kenapa benda ni semua boleh berlaku. Adakah pemimpin yang tak berwibawa ataupun pengikut yang tak faham bahasa. Adakah pemimpin yang memekakkan telinga membutakan mata ataupun pengikut yang taksub dengan perjuangan yang ntah hapa-hapa. Tapi kalau pokok tak bergoyang, manakan dapat sagunya?? *matilah peribahasa aku fail!!* Pembetulan: Kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang.?? Betul tak. Tapi, yang aku mahukan pemimpin yang mampu berhadapan dengan khalayak ramai bukan sahaja di dalam dewan, malah di dataran pengadilan. *cehhh ayat cam power je!*

Bro, beg lu sangat cantek laa.. gua suka bro.. mak gua pun mesti suka! 


Rambut sapa ni taktao.. Rambut Anuar or Amirul?? kesian depa semua ni. 


 "Bang, saya dahaga lagi lah.. nak milo ais sket!!! saya punye dah abes" Kata perempuan kat sebelah kiri itu kepada lelaki di sebelah kanan yang memegang helmet dengan jam yang fuyyoo!!

Ni yang gua tak suka nih. Nak wat rusuhan biar lah dengan cara pemikiran mahasiswa. Tak mau la sampai jadi cenggini. Nanti duit hangpa semua jgk yang diguna utk ganti yang baru..  


 Siap ada yang tercedera lagi.. Tengok di situ ada titisan darah. Serius pahlawan dan perajurit!

Takziah kepada pintu di Bangunan Pentadbiran UPM! -_-"


Sambil-sambil duk merusuh tu, mai sat jawab soalan nih!!! Kalau dapat jawab hang pa serius terror dan kena ajaq aku camna jawab soalan senang nih!! haha..


END OF HOT ENTRY!

23 comments:

  1. tak ada moral dan berfikiran senget sesenget menara condong.

    =.="

    ReplyDelete
  2. Tu semua pengalaman tu. Aku? Rusuhan pertama aku pernah follow kira-kira 15 tahun lepas. :)

    ReplyDelete
  3. wah...tak sangka ada rusuhan kat UPM.
    sapelah mangsa yang terkena kaca tu ye?

    ReplyDelete
  4. aku mampu tgk dari dlm bus suasana edaran jer

    last week ari jumaat lagi diorg mogok
    tp duk tgh panas...
    now up sikit dok bawah bumbung

    yg xleh blah dorg mogok penat2 gitu...
    tp kat sbelah tue buat makan2...
    haish...buang masa

    ReplyDelete
  5. wah...apa kes ni bro? aku duk dekat2 ngan upm tak tau citer =P hahaha

    *katak bawoh tempurung*

    ReplyDelete
  6. amier azrul alias:: aku join gitu2 je.. sambil kutuk2 sket2. haha

    ReplyDelete
  7. Cik Eliza:: sape?? yg mana?? huhu..

    ReplyDelete
  8. Gen Fujita :: rusuhan apa??? mantap lah... orng kuat rusuhan gak nih!

    ReplyDelete
  9. Halusinasi:: dgr2 nye pengawal keselamatan yg kena.. kesian kat dia..

    ReplyDelete
  10. misSbLurRy:: tak join makan skali ke??

    ReplyDelete
  11. adwafarahin :: serius dahsyat.. huhu.. cuak pun ada.

    ReplyDelete
  12. bukan hal gini mmg salu kerap brlaku ker??

    ReplyDelete
  13. wow. ni ke yg blaku? td ade gak ternampak orang ramai2 kat situ. n dak2 u lain pon ade ke weh? aiyo~ kecoh betul pilihanraya ni

    ReplyDelete
  14. weh aku xpaham. rusuhan ape nih?

    ReplyDelete
  15. Cet, takdo ler orang kuat, ha ha ha... Rusuhan kat sekolah je masa SPM, bengang ngan sorang cikgu ni, abis kelas, bilik asrama semua hancur kitorang buat. Cerita confidential ni, takleh cerita lebih. lol

    ReplyDelete
  16. dahsyat! nasib kt upsi x smpi tahap ni.. huhu

    ReplyDelete
  17. sungguh ke ni ? haiyoo,,

    ceq pon penah gak buat rusuhan dulu..rusuhan dlm umah..mogok nak makan banyak2 mama tak kasik..huahaha :P

    ReplyDelete
  18. ║║╔║║╔╗ ║
    ╠╣╠║║║║ ║
    ║║╚╚╚╚╝ O
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Salam sebuah persahabatan Thanks kerana berkongsi story pada kami. uihhhh dahsyatnyerrrr melampau sampai pecahkan cermin

    ReplyDelete
  19. gile ganas rusuhan kat upm tu.. ish ish

    ReplyDelete
  20. ok dah betulkan..hhehe tq.. http://hamihemo.blogspot.com/2011/02/giveaway-kata-kau.html

    ReplyDelete
  21. Ni gambar mahal nih.. kalau tahu di wartawan akhbar, dieorg mahu gambar ni wan.hehehe.bagus, cantik dan jelas.
    Harap tiada lagi kes2 mcm nie.upm ni tempat aku cari rezeki oiii...:)
    keyboard shortcut menarik pada windows 7

    ReplyDelete