Monday, 28 February 2011

Rentetan Rusuhan Mahasiswa : Kami pulak yang mendapat tempias !

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para blogger di Malaysia. 

Hari ini, gua dengan rasa tidak puas hatinya ingin mengutarakan sedikit komen dan pendapat serta apa-apa lah yang seangkatan dengannya. Korang ingat tak lagi pasal Rusuhan Di UPM minggu lepas?? Kalau tak ingat, boleh search kt google dan jugak ada di entri ni. Tadi aku bersama kawan-kawan aku pergi meeting di Pusat Islam UPM. So lepas meeting kami cakap-cakap la pasal perkara rusuhan ni. So salah sorang kawan aku ni ada menyampaikan satu dua berita yang menyedihkan kami sebagai mahasiswa produk UPM. Of course pasal kesan yang semua pelajar UPM dapat selepas tragedi rusuhan tu.

Pertamanya, pada suatu hari, ada seorang pelajar UPM yang menggalas beg UPM dan menunggu bas UPM datang dan berhenti di bus stop dekat komuter Serdang. Lepas bas UPM dah sampai, dia ada terdengar ada orang luar duk cakap-cakap pasal rusuhan yang kat UPM tu sambil memandang ke arah budak tu. Mungkin kot dia cakap macam ni;
“budak ni la kot yang duk buat demostrasi sampai pecah pintu tu. Haishh.. mak bapak hantaq pi mengaji, Korang duk buat benda-benda tu semua… nak jadi apa laa budak-budak zaman sekarang ni. Tau nak memberontak ja…”
*ayat rekaan semata-mata, tapi point yang sama* Kalau aku la duk situ time tu, aku nak ja laung, bukan aku yang buat wehhhh!!!!!
Keduanya adalah. Ada seorang mahasiswa UPM ni nak pergi interview untuk kerja apa ntah. Lepas tu dia dapat tahu nama dia kena potong a.k.a cam diblacklistkan oleh pihak berkenaan. Frustnya. Dan ini adalah ekoran daripada rusuhan itu. Tengok, peluang pekerjaan kami pun dah tak dapat dan lesap ntah ke mana. Tak sempat lagi nak masuk interview. Kalau bahasa standard nya cakap, tak sempat nak bertarung lagi dah kena reject. Pasai apa??? Bukan kami yang yang buat rusuhan tu.

Ketiga, orang kampung semua duk tanya, "awat unibersiti *makcik – makcik sebut macam ni lah* hang lagu tu?? Awat laaa duk pi pecahkan cermin tu??" Habis tu kami nak jawab apa?? Kalau kami explain pun depa bukannya paham pun.

Sedih tak??? Orang lain yang buat, kami yang dapat kesan buruknya. Kami tak buat. Orang lain yang buat. Ada jugak orang lain yang datang kat tempat kami dan buat kecoh semua ni.. Kenapa kami je yang kena hukum??? Maafkan kami sebab kami tak jaga kawan-kawan kami yang duk buat benda-benda tu. Ya, mungkin itu salah kami jugak. Kami pun tak dapat nak sekat kawan-kawan kami buat macam tu sebab depa semua dah besaq-besaq.

Buat kawan-kawan yang duk buat rusuhan tu, kami yang tak buat rusuhan ni nak ucapkan tahniah la kat hang pa semua. Matlamat korang mungkin dah tercapai. Perjuangan korang mungkin dah success. Korang mungkin dah pandai-pandai semua kan. Semua tu konpem dah dean list.. Kami ja yang tak berapa cerdik duk dalam kelas ni time tu. Hang pa semua dah cerdik pandai sebab tu hang pa tak masuk kelas. Apa perasaan korang bila korang pi interview tu kemudian korang dapat, tapi kami pi interview tapi tak dapat sebab dia kaitkan dengan rusuhan yang hang pa buat tu??? Mesti hang pa semua nak cakap "Tu kira rezeki masing-masing la kan". OK fine. 

*Meh aku nak Tanya sat, macamana kalau ada orang pi pecahkan cermin dgn tidak sengaja kat rumah hang pa, marah tak??* kemudian orang yang pecahkan tu cakap macam ni plak kang hang pa, *tak apa lah, benda dah nak jadi, nak buat camna dah.. kita terima je lah*

Kalau tak gigi yang berterabur, maunya dia kena lunch ikut lubang hidung lepas tu.

8 comments:

  1. setuju! aku pom ade dgr beberapa syarikat blacklistkan produk A.K.A student upm. bodoh betul! berlagak hero ke ape, jangan nak gunakan agama la wei!

    ReplyDelete
  2. kesian korang kena tempias..sabar ye dek..

    ReplyDelete
  3. hancus susu sebelanga. aku pown dalam belanga tu jugak :/ Agak2 kalo pasni dalam borang IPTA tu kan, kalo ada budak mohon UPM, mak bapak diorang panik tak? :p

    ReplyDelete
  4. huhu,nampak sgt jat ni ketinggalan zaman.huhu.balik rumah xtgk berita pun.

    ReplyDelete
  5. Bawak2 bersabaq noh.... tu laa sebab nila setitik satu belanga susu rosak... kui3~

    ReplyDelete
  6. apadaaaaaa...ni la namanya org kita. igt 1 universiti tu ke wat hal..klu g2, jgn kata cermin tingkap, semua banggunan pon da hancur...(sambil geleng kpala)

    ReplyDelete
  7. Saya hairan, kenapa ada company yg terus blacklist UPM. Dulu UM lagi teruk, bukan setakat pecah pintu. siap bakar Dewan Tunku Canselor lagi. Patutnya blacklist sampai bila-bila. Tapi sekarang, dah ok. Berlambak-lambak company berebut mahasiswa UM.
    Dalam kes UPM: Mereka blacklist UPM bukan atas dasar rasional.
    Sengaja nak menakut-nakutkan mahasiswa supaya mahasiswa tak ikut haluan kiri.

    ReplyDelete