Tuesday, 22 February 2011

"Program TV Saya Sendiri - Ady Budika Contest"

Klik Imej untuk ke link contest


REALITI TV | KONSERT PERSADA GEMILANG

Konsert yang berelemankan drama tari yang terbesar dan terhebat di Malaysia memerlukan persiapan yang memakan masa yang agak lama. Mungkin satu tahun dengan menggunakan teknologi yang canggih dan serba moden. Itulah contoh program TV yang saya ingin cetuskan. Mungkin anda tidak faham kan. Program TV ataupun konsert??? Jom saya ceritakan dengan lebih lanjut.


Program realiti TV ini saya cetuskan untuk memberi satu tontonan kepada khalayak ramai bagaimana sesebuah production dan krew-krew nya mempersiapkan satu konsert yang memerlukan kerjasama semua pihak. Di sini kita dapat menyaksikan semua orang memberi kerjasama, dan semua orang mengalami tekanan serta cabaran untuk menyempurnakan sesebuah konsert yang besar. 


Untuk lebih memahamkan anda semua, sebagai contoh saya mahu memberikan projek besar ini kepada penyanyi tersohor di Malaysia tak lain tak bukan, Dato' Siti Nurhaliza dengan produksinya iaitu Siti Nurhaliza Production (SNP). Dan mungkin juga SNP boleh bekerjasama dengan Heliza Helmi Production (HHP) ataupun Enfiniti Productions iaitu produksi Tiara JacquelinaKonsert yang bakal beliau persembahkan akan memberi peluang kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menyertainya dengan membuka penyertaan kepada semua orang yang berminat. Contohnya, koreografer, penari, penyanyi latar, pereka fesyen busana, persembahan multimedia *ala-ala konsert Celine Dion*, pemain muzik dan lain lain lagi. Mereka perlu menyertai satu audition untuk melayakkan diri mereka untuk bekerjasama dengan 3 produksi ini dan krew-krew konsert. Dan yang paling penting, segala audition ini adalah merupakan rancangan yang dapat ditonton di TV dan ia adalah sebuah rancangan realiti TV.


Di sini, kita dapat lihat semua orang berentap untuk melayakkan diri mereka untuk menjadi salah seorang dari krew produksi konsert ini. Dari sini kita boleh lihat, Dato' Siti, Heliza dan juga Tiara sendiri yang jadi juri dan juga pengkritik untuk auditon ini.


Setelah semua penari, penyanyi latar, koreografer, pemuzik yang layak telah dipilih, maka bermulalah perancangan mereka untuk mengadakan konsert. Pemilihan lagu, olahan persembahan, tarian, rekaan pentas, busana, arrangement muzik, dan segala-galanya. Apa yang dipertontonkan di televisyen adalah kupasan sebenar pembikinan Konsert terbesar di Malaysia ini dan mungkin yang terbesar di Asia. Segala permasalah, tekanan, cabaran, dan juga liku-liku untuk menjayakan konsert ini akan dipertontonkan di TV sebagai sebuah realiti kehidupan bagi setiap artis dan krew produksi yang menjayakan sesebuah konsert. Maka tercetuslah REALITI TV | KONSERT PERSADA GEMILANG


Nak bagi kat TV3 ataupun Astro Ria. Dato' Siti, Heliza dan Tiara sendiri dah menjadikan tarikan orang untuk menonton rancangan ini. :) Semoga Berjaya. Hahahah.. 






9 comments: