Saturday, 19 February 2011

Lawak motto bakal MPP !!!

*Muqaddimah yang sedikit emotional*
Minggu ni tak tahu kenapa aku ni sangat lemau. Kemurungan yang berpanjangan. Nak kata period tak munasabah la pulak. Yang pastinya sangat berkait rapat dengan test 1 dan jugak berkait rapat dengan orang-orang di sekeliling. Aku yang bermasalah atau diorang yang bermasalah. dan memberi masalah kepada aku. Tapi aku ni pulak jenis yang tahan setahan tahanya dan sangat banyak bersabar. Kadang-kadang aku terfikir kenapa lah aku ni sangat banyak bagi peluang kat orang sedangkan orang lain tak pun.

"Que, tak baik mengeluh"

Ubah mood *mood hepi-hepi dan gila-gila remaja* Tadi balik dari lunch tenampak ada poster untuk Pemilihan MPP UPM sesi yang terbaru. Ada muka-muka yang aku kenal dan ada jugak yang tak kenal. Poster keluar untuk calon umum sahaja. Dulu ada jugak terniat untuk jadi MPP. Tapi dah terikat dengan organisasi kat kolej. Lagipun presiden kolej aku yang dulu-dulu ada cakap yang jadi Majlis Tertinggi Mahasiswa kolej lagi banyak pengalaman dan banyak benda boleh belajar  daripada jadi MPP iaitu dari segi cabaran dan tekanan. Aku pun terima je lah. Huhu..

Tapi yang lawaknya bila baca diorang punya moto. Serius lucu dan antaranya adalah ::

" Simply CT " 
*sebab nama dia ada Siti*
*motif nak tumpang populariti dato' CT???*

" Ada masalah, ceciter..ceciter.."
*dirasuk oleh hantu kak Limah, Kuat betul penangan kak Limah tu.*

" Masalah anda, tanggungjawab anda "
*Motif dia tulis macam ni?? So, kalau camtu baek tak payah cakap*
*cakap je, hal ko, ko punyer pasal*
*Maybe salah taip kot*

"1,2,3.. wah banyaknya undi.."
*Apakah apakah apakah??? Tara paham wooo... apa yg dia nak smpaikan???*
* kalau dia tulis 1,2,3.........10K.. wah banyaknya undi, ni baru bleh terima sket*

"Suara anda, nadi MPP"
*Haiyaaa..., belom jadi MPP lagi tagline dah serupa itu.. Apa macam??*
*Adik, adik ni sebenarnya calon MPP je taw, tak payah lah over nak ada moto camtu lagi*

"Klik! Klik! Klik! Mudah jer"
*Ingat iklan nuffnang ke nak klik klik??? Tau laa undi e-undi, tapi tak payah la motto sampai macam ni skali*  -_-"


9 comments:

  1. Wan Ahmad Izudean :: kolej enam. matematik.

    ReplyDelete
  2. amier azrul alias :: xmampu dah nak dgr ayat ni.. satu lagi yg kita bako2..

    ReplyDelete
  3. hahaha ! betul3..kadang2 nak gelak kot dengar tagline dorang XD

    ReplyDelete
  4. betul2 aq baca un nak naik meluat..kadang2 orang undi bukan dari sifat kepemimpinan dia orang tapi sapa da rupa pasti dapat jadi MPP...ni gerenti..aq jamin la...kalau dah jadi MPP tu ubah la tag line cam budak2 ni..cam mana nak pimpin UPM ni..hahah

    ReplyDelete
  5. contoh lain:

    sudip untuk kuah, pradeep untuk semua,

    ReplyDelete