Thursday, 24 February 2011

Karnival Kesedaran Kanser (3K) - Memang menyedarkan aku

Sedang orang lain sibuk dengan berita rusuhan di UPM, saya sebagai seorang pelajar yang ingin meningkatkan kesedaran tentang penyakit kanser telah menghadirkan diri ke Karnival Kesedaran Kanser (3K) di Dewan Besar ( Pusat Kebudayaan & Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ) UPM. Majlis yang berlansung lebih kurang 2jam itu telah dihadiri oleh pelajar-pelajar dari Kolej Teknologi Timur (KTT) dan Sekolah Menengah Sri Serdang serta staf-staf UPM yang terlibat. Majlis bermula lebih kurang pada pukul 9.30 pagi dan dibuka dengan persembahan Boria oleh para pelajar. 

*Muqaddimah yang sangat macam ayat surat khabar lama*

Majlis start pukul 10 pagi dengan ucapan oleh pengerusi jawatankuasa penganjur dan selesai pada pukul 11.15 pagi. *Dan aku sampai pada pukul 11 pagi, terbaek!* Sebenarnya aku telah diajak oleh Kakakku yang juga seorang pensyarah di KTT untuk join sama program tu. Dengar ceramah je. Lepas tu ada pemeriksaan kesihatan BERBAYAR! *yang penting dapar door gift jem Mentega Kacang dengan lapisan strawberi Lady's Choice lagi, saja nak menunjuk -_-" *

Lepas tu aku pegi la buat pemeriksaan berbayar tu. Alaaa... RM5 ja pun.! Dan daripada pemeriksaan kesihatan tu aku dapat tahu yang aku ni ada darah tinggi yang tinggi la jugak. *patutlah sejak kebelakangan ini stress je memanjang macam orang period!* Lepas tu aku kena turunkan berat badan beberapa kg supaya mendapat BMI yang lebih ideal. *OK, Bisa diatur pakkk, ceh konfiden jew... Menyampah!!* Mulai minggu hadapan *motif minggu ni tak leh start lagi sebab kena habiskan stok makanan yg tak berkhasiat tu!!?*

"GUIDELINE UNTUK HIDUP LEBIH SIHAT TANPA KANSER YANG DIREKA DAN DIOLAH OLEH MOHD QUE, SEMOGA BELIAU MEMATUHINYA.. HAHAHA"
  1. Nak makan Quaker oat seperti yang disarankan oleh Aie @ darkbatman.
  2. Wajib turun jogging di padang kawad sekurang-kurangnya 3 kali dalam seminggu *minggu ni sekali je sebab selalu hujan petang-petang, cehh alasan tak habes-habes !!*
  3. Tak boleh makan malam! *kepada semua orang, sila jangan ajak saya makan malam. Tapi kalau ada orang nak belanja saya macamana???*
  4. Tak boleh makan makanan ringan. Mamee, kerepek, keropok, maggi bagai tuh!! NO!
  5. Nasi makan 50 bijik je!! *Luruh semua taik gigi, taik hidung dan taik mata aku nak kira nasi ni* 
  6. Minum air mineral banyak-banyak. *at least 4 litre per year day!*
  7. Banyakkan makan buah dan sayur sayuran.
  8. Jangan makan KFC dan McD. *Especially ayam goreng dan jugak berger. Mujur aku tak suka makan benda-benda tu..., cehhh dan-dan..*
  9. Jangan makan makanan bergoreng. *Tak leh makan nasi goreng dah lepas ni. Kena makan nasi putih ngn telur masin je -_-" *
  10. Makan ikut keperluan, bukan ikut nafsu. Hehehe.. Yaa, baeklah..
So, sape nak join pemakanan dan hidup yang sihat bersama Que????! Pasti akan lagi kacak dalam beberapa abad minggu lagi. Konfem sangat.! InsyaAllah. 

p/s:: jappp... weh aku nak ambik suppliment VCO jugak la pasni leh kan???! IRENE!!


3 comments:

  1. karnival kanser?? bagus ni.. lame dah x dengar karnival yang camni.. leh r bagi kesedaran bahaye kanser..

    ReplyDelete
  2. HAHA. Preventing is better than cure right?

    ReplyDelete
  3. gua tambah sikti guideline tu..makan masa lapar, stop sebelum kenyang

    ReplyDelete