Saturday, 5 February 2011

Kanak-kanak dah pandai bercinta?? So hingusan!!

Assalamualaikum korang semua pembaca setia blog wamozuwaha ini. Hari ni dah tak mau mengarut-ngarut lagi. Nak story dan share sket pasal satu agenda yang aku kira tidak berapa meletop tapi aku nak letopkan di blog aku ini. Story ini berkisarkan story kanak-kanak. Bukan cinderella mahupun cerita barbie. Ini adalah cerita fakta.  Cinta Kanak-kanak. Apa itu???


Tau tak apa maksud kanak-kanak?? Ni ha.. Kanak-kanak (juga digelarkan budak atau anak kecil) ialah manusia yang muda, iaitu seorang yang masih belum mencapai baligh. Definisi cinta pulak, cinta merupakan satu ukuran asas pengalaman manusia yang memberikan antaranya, perasaan kasih sayang, tarikan, asas kemesraan dan keserasian antara perorangan, rela berkorban untuk orang lain, perasaan tertarik dan hubungan kepada alam, benda hidup ataupun makhluk lain. Ia dapat ditunjukkan melalui perasaan, emosi, kelakuan, pemikiran, persepsi dan sikap. Ia mempengaruhi, mendasari dan menetukan pola utama hubungan antara perorangan dan pengenalan diri.


Oleh yang demikian maksud kepada Cinta Kanak-kanak atau dengan lebih berobjektif lagi, kanak-kanak yang bercinta bermaksud, seseorang manusia yang berada di peringkat umur yang masih muda yang sedang berkasih sayang dan berperasaan  antara dua belah pihak iaitu di pihak lelaki dan wanita. Aiyoyo..tak paham sudahhh...!


Boleh terima tak budak-budak sekolah sekarang sudah pandai bercinta cintun?. Tak masuk tingkatan satu lagi pun dah bercinta. Budak-budak tingkatan satu, dua, tiga, empat dan lima pun tak leh bercinta jugak!! Banggakah kalau dah bercinta di zaman hingusan??? Habiskan duit mak bapak jew. Sape yang bagi duit top up time korang bersms dan bercalling-calling??


Haiyyaa.. blajar la biar habis dulu adik-adik oii.. Kalau putus kan merana plak. Terjun bangunan sekolah lah, makan pil tidur laa, toreh lengan kt nadi laa eh? lengan kat nadi?? nadi kat lengan laaa... dan macam-macam lagi lah.. Sabar la sikit, banyak lagi masa korang leh bercinta. Aku rasa laa.. banyak benda yang buruk datang kalau korang bercinta time zaman hingus meleleh ni.



  1. Senang nak putus sebab nanti time nak sambung belajar, rupa-rupa lagi ramai orang yang hensem dan cecantik dari pasangan korang kat luar sana tu.
  2. Nanti korang dah tak ade secret. Ye la..kalau dah start dari kecik lagi bercinta sampai kawin, semua benda dia dah tahu dah... Sampai bulu mata korang pun dia dah tahu ada berapa helai sebab dah selalu jumpa dan dah start kira dari kecik lagi.
  3. Macam yang aku cakap tadi, kalau putus, mulalah nak masuk olahraga terjun bangunan. Dan juga terus nak join kontes sape yang mati dulu.
  4. Bila dah bercinta, study pun terabai, ye la.. calling-calling sampai pengsan, sms sampai keypad tu dah luntur tulisan. Bila masa nak study for SPM?? Dah tak mao study grup daa sebab dah grup ngn pakwe/makwe, kalau diorang pandai takpe la.. kalau tak berapa pandai smpai BM pun dapat D or E??? Naseb laa..
  5. Kecik-kecik dan start panggil umie/ abi / mama / papa konon. Cehh... Tercabut bulu roma kaki aku ni mendengar benda ni. Luruh semua taik telinga aku. Bukan setakat aku je, korang nyer mak ngn abah pun geli taw. Diorang pun tak pernah buat camni time dulu-dulu. 
  6. Kalau dah nafsu membuak-buak, apa-apa pun boleh jadi walaupun time kanak-kanak. Benda ni laa yang menyebabkan berlakunya perkara-perkara yang kita tidak diingini. Kalau termengandung camne?? Sape mau bertanggungjawab. Korang laa, sape lagi. Sapa suruh duk panggil mama papa segala... Kan dah keluar orang yang sepatutnya panggil panggilan tu.. Sape mau jawab??? Please, please, please don't nakal-nakal sangat. Janggut tak tumbuh lagi dah menggatai!!!
  7. Konfem kalau dah ade awek, kawan-kawan korang tinggal. Kawan-kawan letak tepi dulu. Buat apa nak kawan-kawan lagi kan.. Awek kan dah ada. Teman hanya diperlukan time nak exam. Kalau sepanjang bulan nak exam tak pe la kan, kawan-kawan boleh laa consider nak ajar segala benda kan. Tapi besok nak paper add math, hari ni mintak ngan kawan tu letak jawapan kat tandas!! Sangat kawan sejati bukan.!.
  8. Bila dah putus segala, mula lah mengadu kat kawan, mula la rapat ngn kengkawan. Kalau dapat kawan cam aku ni tak pe laa. So bajet. Ye laa. kawan demam pun aku pi hantar ubat, tapi time aku demam, ?!!! T__T. Ke mana dia???
  9. Sepatutnya time kanak-kanak la kita nak bermanja-manja ngan family. Tapi bila dah couple, tak mau keluar bilik, henfon kat tangan 24 jam. Mak panggil makan nasi pun tak nak sebab dah kenyang makan sms dari papa/mama korang tu. Hubungan ngan mak ayah dan adik beradik pun dah kurang. Ini yang katakan orang luar diutamakan famili sendiri diketepikan. Bila dah berkurangan kasih sayang ngan famili, besar nanti mulalah cakap tak cukup kasih sayang ngn mak ayah.
  10. Akhirnya, bagi yang perempuan ditempatkan di Sekolah Harapan. Mahu ke terlanjur smpai macam ni?? Yang lelaki senang lenang!! Ye ke senang lenang?? Padahal sesal tak sudah dalam hati masing-masing.. Kalau ada secebis kekesalan pun dah tak pe, tapi bagi yang tak ade langsung macamana?? Ini ke yang korang semua mahu???
Adik-adik harapan bangsa dan negara, fikir banyak kali bila nak buat sesuatu keputusan tau. Yang penting jalan kehidupan adik-adik tu bermakna dan penuh dengan keredhaanNya. Tak perlu nak bercinta sangat-sangat over sampai mulut bertemu mulut. Tak perlu semua tu dik. Belajar dulu sampai ke menara gading dan capai apa yang adik mahu dalam kerjaya. 
Kemudian baru bercinta. Itu lebih suci bukan. 

Salam sayang dari Abang Que. Hihihi :)

15 comments:

  1. blaja bagi habes. dapat duit senirik baru pk pasal cinte. time tu baru best sebab duit da byk. hohoo :P

    ReplyDelete
  2. semmat ar.. mmg menyeluruh ang punye info..

    tapi bebudak nih, bile dah kene bukan senang2 nk lepas awek.. haih...

    ReplyDelete
  3. salam syg dr abg que tu yg x bleh blah....huuuuuuuuuuuuu~

    ReplyDelete
  4. Biasala tuu..
    cinta monyet..
    HAHA

    ReplyDelete
  5. memang takleh terima..huhuhu. belajar pun tak habis lagi, nanti makin jauh mereka belajar, makin rami lagi yang akan diorang jumpa..tak semestinya cinta monyet yang tingkatan 1 sekrang ni lah cinta sejati dik oi..cane eh nak pesan kat diorang? huhuhu..

    Sakura Pun Pakai Baju ke?

    ReplyDelete
  6. Sape2 yang tngok citer sembilu, gerenti susah nak lepaskan awek time skolah :p

    ReplyDelete
  7. cantik la que header baru mu ni...aq suka..nak tukar gak tapi x pandai..huhuh

    ReplyDelete
  8. Along Usop:: geli aku kecik2 dah bercintun2.

    ReplyDelete
  9. ZWAN SABRI :: monyet pun tak mengaku diorng wat camni. haha

    ReplyDelete
  10. Sunah Mohammad :: bagi je pelempang sedas. hahaa

    ReplyDelete
  11. Fær.han/Unown F/Gyan:: sembilu ngn kisah kaisara. hahah.. hampess..

    ReplyDelete
  12. hamihemo :: hang ni awat duk komen tang lain???

    ReplyDelete
  13. As salam dik,

    ntah mcm mana terjumpa lah mok cik ngan blog adik ni, suko lak ngan en3 ni, mok cik buat jugak dulu la ni baru nak nyesal dik sebab rasa amatlah membuang masonyer , puuuitt...

    lo ni bercinta lah sangat ngan laki mok cik n anak teruno mok cik tu, baru lah best, berbaloi2 ...

    ReplyDelete