Wednesday, 16 February 2011

GIORDANO ada sales, IKEA pun macam best sebab boleh beli Tilam yang empuk!

Arghhh... Saket perut.. Sorry lah gua tulis entry ni time perut gua meragam. Tak tau lah meragam sebab lapar atau nak melabur. *OK dah lega* Kesakitan itu dah pergi dengan serta merta. Aku baru je lepas membaca blog Cik Epal gonjeng tu. Entah tak tahu kenapa sekarang aku suka sangat baca belog dia sambil ketawa bedekeh-dekeh *ayat BM masa form four* macam orang tua tak dak gigi. Best laa nampak mereka itu keluar dan berjalan-jalan melepaskan tension *atau dengan nama tak sopannya adalah berpoya-poya*.

Rasa macam sudah lama tidak berfoya-foya weh. Kami berfoya-foya cara budak kampung ja. Pergi shopping complex yang macam serupa rumah ketiga kami semua iaitu The Mines. Pergi sana sampai dah tak tahu nak beli apa!! Kalau setakat nak pi beli diadorant rexona, kedai runcit bapak aku yang kat kampung tu pun ada jual. Lagi murah ok. RM4.50 je. Biasalah aku sebagai anak yang soleh akan ambil tanpa membayar pun. *Ye laa, kalau bayar pun aku bayar ngn duit ayah aku jugak, so baek aku simpan buat beli buku. Buku?? Erkkk*

Kalau pergi ke Mines, kedai yang aku suka usha sekarang ni adalah kedai GIORDANO. Walaupun tak murah tapi kedai ni selalu ada sales. *Sangat senang ditipu dengan perkataan sales, budak mentah biasalah kan* Hahaha.. Kalau beli satu baju dapat 10% diskaun, dan kalau beli 3 item dapat 30% diskaun! Kalau beli 4 pun dapat 30% jugak. Dia wat camni sebab takut nanti kalau orang beli 100 item terus dapat 100% diskaun!! So baek aku beli 3 item jer. *Jer??? Apakah??* Keh keh keh... Beli sekali gus baru tidak menyusahkan akak cashier tu untuk melancarkan proses pembelian. Hahaha..


Aku tengok sekarang semua orang duk sebok pergi kat IKEA tu. Buat apa mereka ke sana?? Mau beli perabotkah? Atau hanya mahu berfotografi sambil membuang masa?? Yang penting aku pun tak pernah masuk lagi ke dalam IKEA. Yang aku tahu IKEA tu tempat Sharifah Shahira dengan Didie Alias hostkan program deko rumah apa tah nama program tu, yang bila masuk rumah semua orang terkejut sampai mau pengsan sebab tengok rumah dah macam istana.

So aku bajet kat IKEA tu jual tilam, perabot, cadar, segala macam almari dan sebagainya lah. Aku pun membuat keputusan untuk pergi time dah beli rumah nanti. * Berapa tahun lagi ek??, dah tak lama dah..*

Oleh kerana kelas aku ada lepas ni, aku pun mahu mengakhiri post ini lah dengan ucapan... " Kita bakorr.., baca sambil mengalunkan tangan anda seperti penari kebudayaan hantu kak Limah" *. Ayat yang paling meletop pada awal tahun ini, tak tahu kenapa semua orang dah terpengaruh termasuk aku, tapi aku takde la semangat buat tangan serupa itu* Ok, chowww!!

5 comments:

  1. tak pernah gua jejak kaki kat ikea

    ReplyDelete
  2. Kite bakor.. (Aku pun join jugak walaupun tak pernah tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah).

    ReplyDelete