Tuesday, 15 February 2011

Berjaga-jaga dengan Facebook...

Memang tak boleh disangkal lagi, budak-budak remaja mahupun dewasa kalau tak bukak internet satu hari memang rasa tak sah. Bila turn on je laptop, benda yang kita tekan selepas butang on dan jugak password laptop adalah browser internet. Betul tak??? Semestinya kebanyakan mereka ni akan bukak facebook terlebih dahulu. Nak bukak apa lagi kan.. Kalau nak bukak yang lain-lain tu lepas habis reply notification kt fb je la nampaknya.

Bercakap mengenai facebook, bila saya perhatikan ia lebih mendatangkan keburukan dari kebaikan. Itu pendapat saya. Saya tidak menafikan facebook juga boleh merapatkan silaturrahim dan menemukan kita dengan insan-insan yang dah lama kita lost contact *jejak kasih* serta boleh menyebarkan maklumat serta informasi-informasi penting untuk pengetahuan kita dan juga lebih senang untuk menyampaikan dakwah yang sememangnya amat digalakkan dan harus dipraktikkan.

*apa pasal ayat sangat skema serupa mau buat thesis??? OK, ubah ayat seperti sediakala*

Tapi la kan, aku rasa laa, facebook ni jugaklah medium yang paling banyak merosakkan perhubungan kita dengan kawan-kawan, dan orang ramai. Mana tak nya, bila tension ngan orang tu, mula lah status yang menyakitkan hati serupa macam ni : 

*Dem punya orang, dah la gigi kalah halimah jongang, kutuk aku kat belakang bukan main sedap! Tolong la sapu dulu kurap kat celah tu baru boleh nak kutuk aku!!!*

*Cermin la diri tu sikit. Muka cam kuali. Dah la kulit ngn kuku hitam. Ada hati ko nak rampas pakwe aku. Dasar pompuan tak sedar diri.*

budak mana yang selalu menyelit ni??? Pelempang baru tau!! 
pesanan dari budak tu: SALAM MAULIDUR RASUL

Aku pun tak tao macamana dapat inspirasi ayat macam tuh. Tapi ayat tu kira cam emo-emo sopan lagi tuh. Ada yang lagi dasyat woooooooooo... Biasanya aku tak ambik port dalam post-post yang macam ni. Aku biar je. Malas nak layan. Nanti ngan aku-aku terlibat. Ye la, kalau masuk campur kadang-kadang time nak tenangkan dia tu, ngan kita-kita sekali kena maki hamun. So, lebih baik aku senyum sorang-sorang depan laptop. Reply komen dalam hati je. Bagus kan.

Biasanya pompuan la yang aku nampak selalu wat post macam ni. Lelaki pun ada. Tapi jarang-jarang je. Tapi ada jugak jenis yang gila kuasa dan yang tak puas hati ngan orang lain. Jenis yang tak leh tengok orang duk senang atau bergembira, kadang-kadang time kita post gambar kita hepi pun cakap kita ni hepi di atas kesengsaraan orang lain. Tak ke psycho gile orang cam tu???! Serik dah ngan orang camni. Wat bodoh je!!!

*Ada jugak yang jenis suka post pasal couple tu haram laa, jangan bersentuhan laa semua tu, tapi dia sendiri pipi berlaga pipi dengan awek/balak dia! So, tak ke korang rasa mual baca post dari dia??? Tak salah, tapi kadang-kadang benda tu dia dah tahu tapi still buat. So tak guna nak berdakwah kt orang lain sedangkan diri kita sendiri pun tak terdakwah lagi. Ok bye. Assalamualaikum!!!

5 comments:

  1. er jap, gambar tu apa kaitan dengan entry? :)

    ReplyDelete
  2. btol2..kawan deela pun ada yg ngah bergado sbb status2 kat FB..huhu

    Meh singgah: Betul ke kuda leh stim tgk manusia???

    ReplyDelete
  3. setuju! sebab tu FB abg eq skrg ada dekat 200 lebih pending.
    mmg ada org niat baik utk add dan ramaiiiiiiiiii juga yg add nak jadi 'spy' kat FB abg eq...so, biar diorg dok diam2 kat friend request tu..hehe

    ReplyDelete
  4. ad wat cmtu skali skala..nty ad membe pjok..sejuk aty..kuikuikui..

    ReplyDelete