Friday, 25 February 2011

Ampunkan dosa-dosaku ya Allah!

Assalamualaikum. Tadi aku terfikir sejenak, ke mana hidupku selepas ini.? Tiba-tiba duniaku terasa kosong. Tiba-tiba aku rasa tidak puas jika hanya dapat segulung ijazah mahupun sarjana dan jua PhD. Tiba-tiba aku rasa tidak cukup bahagia walaupun mempunyai rumah bertingkat-tingkat, tanah berekar-ekar dan juga kereta mewah mahupun duit berjuta-juta. Aku mahukan keredhaan Allah. Aku mahu hidupku diberkati oleh-Nya. Bukan setakat diriku, keluarga, rakan-rakan dan juga seluruh muslimin dan juga muslimat yang berpijak di bumi pinjaman Allah yang Maha Esa.

Aku tahu diriku ini masih ada iman. Tapi, setebal manakah iman yang aku miliki? Mampukah aku hanya mengharapkan iman yang senipis ini untuk menjadi perisai nafsu mudaku yang bergelora dan yang hanya tahu untuk bergelak ketawa? Aku beristighfar. Pipiku dibasahi air yang bertakung di kelopak mata. Aku tak sanggup untuk ke neraka Allah. 

Aku tak tahu bilakah hidupku ini akan berakhir. Kematian sememangnya benda yang paling hampir bagi setiap manusia. Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku ini. Hatiku tersangat rapuh untuk terus meniti ke jalan-Mu. Seringkali aku tersasar, dan terbabas. Hidupku bagai tiada pedoman. Solat 5 waktuku, puasaku, zikirku, aku rasakan masih lagi tidak cukup untuk menjadi bekalan ke SyurgaMu ya Allah.

gambar Kaabah yang diambil oleh Kakak aku ketika beliau mengerjakan Umrah.!

***
Semangatku berkobar-kobar untuk mendalami segala ilmu tentang Islam yang sebenar-benar Islam. Aku tak mahu lagi melihat isu tentang Agama dipersendakan dengan berleluasa di laman sosial. Terutamanya di facebook. Sangat banyak. Kadang-kadang aku sendiri pun keliru. Betul ke tidak hujah dan nas ini. Kadang-kadang aku rasakan isu itu sengaja dimanipulasikan oleh insan yang sengaja ingin merosakkan akidah umat Islam. 

Kadang-kadang juga rasa hairan bila tengok orang-orang yang berilmu ini seperti mendabik dada bila boleh berhujah di hadapan kawan-kawan yang dikatakan jahil dengan ilmu agama. Berbanggakah? Atau riak? Ikhlas atau menunjuk?? As long as kita boleh ambil ilmu dia tu, kita ambil je lah, yang tak baek dari dia tu kita jadikan sempadan. Kalau salah mohon diperbetulkan.?!

No comments:

Post a Comment