Sunday, 6 February 2011

10 Benda-benda yang aku teringat time kanak-kanak dulu.

Banyak perkara-perkara yang berlaku time aku kanak-kanak dulu dan sampai sekarang aku tak leh lupa. Terutamanya time sekolah rendah dan zaman kegemilangan aku sebelum sekolah dulu.. Ada yang lucu ada yang pelik-pelik. Sila jangan terkejut taw. Time budak-budak hingusan, semua benda boleh jadi. Hahaha..


  1. Makan beras mentah-mentah. Yang ni aku tak terlibat. Kawan aku ada ada buat. Dia makan beras tu cam makan kacang je weh. Terpegun tak hang pa semua??? Bleh tak masuk dalam Malaysia book of records?? Hahaha.. Kalau makan nasi mentah pun korang dah bising, inikan makan beras!! Yang makan padi aku lom jumpa lagi. Hahaha..
  2. Pernah makan keropok mentah?? Yeahhh... tu fevret aku. Keropok ikan yang korang beli timbang kat pasar tuh... Takkan tak pernah tengok?? Aku suka makan yang mentah sebab aku dapat rasa keenakan ikan segar tu.. Feel sangat!! Kalau rangup lagi best!! Tapi kalau makan of koz saket gigi dan gusi koz keropok tu tajam sket .
  3. Kamu dulu kalau nak maen congkak kena korek lubang kat tanah. Time tu mana ada duwet nak beli papan congkak cam sekarang ni. So, aku ngan akak aku pergi wat lubang sendiri laa kat tanah di belakang rumah. Pastu kalau dah tak mau main ke tutup ngan papan, nanti kalau hujan takdelah tertimbus ngan tanah. Pastu main ngan buah getah. Tak main la ngan guli nih!!
  4. Kalau lepas mandi sungai confirm tak leh balik rumah terus sebab takot my Mum marah. Hari tu disebabkan sangat takut, terpaksa menyorok kat bawah rumah. Hahaha... Sampai Maghrib okeh! Last-last kena rotan gak. Huhu..
  5. Pernah dipukul oleh my Dad sebab curi duit yang ada lam rumah. Aceli I tak curi, tapi I terjumpa duit lam baju yang kat dalam almari. So, I ambik la sebab takut nanti tikus gigit. Lepas je kena pukul, I dah tak pernah ambik duit yg ada lam rumah. Hahaha.. Kalau terjumpa I tanya dulu ini duit sape.. Heheh..
  6. Aku isap botol susu sampai umur 4 tahun. Dalam family, Mak aku cakap aku yang paling susah nak tinggalkan botol susu. ;( Hahaha.. Sampaikan aku boleh ingat detik aku isap susu dalam bilik sampai sekarang. betapa masa tu aku dah besar weh!!!
  7. Masa first nak belajar solat dulu, aku ingatkan solah Zohor tu 3 rakaat. Pastu time solat mata melilau-lilau tengok sampai ke luar tingkap. Akak aku tanya "Nape tengok tempat lain, lain kali tengok kat sejadah??" aku jawab "Boring laa asyik tengok kat bawah je" -__-"
  8. Masa pra-sekolah dulu, aku pernah dibuli oleh sorang budak perempuan. Dia tarik rambut aku weh!! Dia cakap aku curi dia pnyer pensil warna. Aku tak curi pun!!!! Padahal dia saje jer cari alasan nak tarik rmbut aku sebab aku cute!!
  9. Masa kecik-kecik dulu, akak aku selalu belikan aku buku matematik. Kadang-kadang salam satu hari je dah boleh siap satu buku. Sampai kena limitkan bila nak wat latihan sebab takut nanti dah tak ade latihan nak buat. Sekarang???!!! T_T"
  10. Dari pra-sekolah sampai darjah 5 tak pernah dapat no 1. Asyik kalah ngan budak perempuan yang nama Nadia jew. Aku plak duk no. 2, 3, 4, or 5. Hahaha.. Tiba-tiba darjah 6 dapat no. 1. Hurey!! Pastu dapat anugerah Tokoh Murid Cemerlang. Tup tup UPSR dapat 3A2B je!!! Hampes!!
*tadi tak sempat nak letak gambar coz rushing nak keluar. Sekarang dah letak. Hehehe..!!

12 comments:

  1. hahaha
    yg last skali tuh
    chill suda bai
    hahha

    ReplyDelete
  2. hahahhaa..
    klakarnye zaman knak2 kau..

    tp sal no satu dlm kelas tu,,rezeki lah tu..hihihi
    at least penah la kn dapat no 1..
    haha

    ReplyDelete
  3. hehehe comel gile!! yg men congkak tu same la.. men pkai buah getah!! yg botol susu tu ana lg truk kot.. drjah 6 bru tggal.. hahahaha

    jmput singgah sini ANASAURUS :)

    ReplyDelete
  4. main congkak kena korek tu sama la que kita dua...siap masuk kebub getah ni cari buah getah

    ReplyDelete
  5. no 2 & 3 jat penah buat, tp no 1 tu sedih betul.haha..best2,mengimbau zaman2 kecik dulu

    ReplyDelete
  6. ok la tue der, aku ni seumor hidup pon lucky nombor mmg bukan no 1.. asik no 4 je.. entah2, bini nanti pon ade kaitan dgn 4 jugak kot. haha

    ReplyDelete
  7. aRuL aSh..:: chill ke??? cm hampesss jaa...

    ReplyDelete
  8. sicomot-comel:: sekali seumur hidup.. at least penah rasa.. haha

    ReplyDelete
  9. Farhana Jafri :: haiyyooo darjah 6??? fensang!!!

    ReplyDelete
  10. hamihemo:: habis tu xkan nak cari kat kebun kelapa sawit???

    ReplyDelete
  11. zati embong :: sekarang xkan dah xde peluang!!! hahah..

    ReplyDelete
  12. M Naz AR:: haiyooo.. larat kew 4??? hahaha...

    ReplyDelete