Wednesday, 26 January 2011

Mari mari marilah mengundi saya!!!! Like No. 100 @ CST.

Termasuk dengan yang ni, dah 8 kali aku tekan new post untuk wat entri baru, tapi akhirnya kecundang jugak sebab tak tao nak membebel pasal ape. Ditambah pula dengan gambar yang ada dalam henpon tu takleh nak transfer ke laptop. Dengan tidak disangka-sangka dan secara tiba-tiba, pada hari ini boleh la plak transfer.. Hatiku mula melonjak riang dan melompat di atas katil dengan kegembiraan. Oh! Sungguh tidak matang wahai tuan belog ini.

Banyak perkara nak cerita kat korang semua ni!! Terutamanya nak suruh korang semua vote contest yang aku join dengan CST production. Yang hadiah gempak-gempak tu.. Hahaa.. Aku perlukan undian korang. Aku ni sekarang sedang dalam pertandingan yang ala-ala Akademi fantasia laa jugak.. Tapi yang ni 50% dari juri 50% dari orang awam. Biasanya kalau aku join contest, aku akan join yang senang-senang je dan tak perlu nak wat ape-ape just letak gambar aku yang ala-ala model tak laku tu.. Tapi bila time contest ni aku rasa bersemangat plak nak join sebab aku nak jugak try buat storyboard pasal love story yang aku rasa sangat cute giler.. Hehehe.. Nanti korang kena undi taw.. Hehehe.. Caranya sangat senang!!!

Mula-mula anda kena ada akaun facebook kan. mesti semua ada kan... Huhu..
Kemudian pergi je dekat sini::
ataupun ke 
Tekan like di entri saya iaitu di link yang no 100 tu..
then dah siap. Mudah je kan... Apa lagi, cepat-cepat like taw..
hope korang suka story board love story yang aku buat tu..
Sekian Terima Kasih kawan-kawan.
**Kalau nak baca entri contest/lovestory saya tu sila ke ::

Kita akhiri entri ini dengan sekeping gambar yang agak poyo!!

Sedang fikir:: agak-agak boleh menang or tak???

No comments:

Post a Comment