Monday, 17 January 2011

Kenangan di Sekolah Menengah imtiaz Besut. School Of Excellence. 2002~2006

Assalamualaikum semua. Pada malam yang cukup indah ini saya mahu berkongsi sedikit pengalaman saya ketika berada di sekolah menengah dulu. Dulu saya bersekolah di Sekolah Menengah imtiaz Besut. Dari tingkatan satu sampailah tingkatan lima. Banyak sangat kenangan-kenangan manis semasa bersekolah di sini. Dan kenangan-kenangan ini di sekolah ini saya rasakan sangat berbeza dengan orang lain yang bersekolah di sekolah kebangsaan. Dulu sekolah ini separa kerajaan negeri Terengganu dan separa swasta. 

Pada mulanya saya memang tak mahu masuk ke sekolah ni. Serius sekolah ni sangat kecik dan sempit ok. Asrama kayu, dahlah ada dua blok je. Kalau kena kejar ngn cekgu konfirm tak leh lari jauh-jauh, tapi sekolah ni sangat special. Nak masuk sekolah ni kena ada interview. Dulu mana la kita tahu interview tu apa kan. Sebab dulu mana ada sekolah yang kena interview kalau nak masuk.. Sekarang je dah banyak wat camni. So interviewnya aku kena hafal ayat al-Quran surah ar-Rahman satu muka-surat, kena tulis dan baca jawi, pastu kena wat karangan dalam English dan Melayu. Aku bajet wat cincai-cincai sebab tak mau masuk sekolah ni weh. Tup-tup surat tawaran sampai kat rumah. OMG!!! So, terpaksalah pergi. Ayah ngn Mak aku memang nak sangat aku masuk sekolah ni. Aku sebagai anak yang tak reti membantah terpaksa ikut je.

Apa yang best sekolah kat sini?? Yang paling aku tak leh lupa adalah cikgu-cikgu kat sekolah imtiaz. Mereka memang superb dan terbaek dari ladang. Aku takkan lupa sampai bila-bila. Mereka macam kakak-kakak dan abang-abang aku. Setiap hari tak sah kalau aku tak gi melepak kat bilik guru dan bergossip ngn cikgu-cikgu. Sampai budak-budak ni cakap aku ni kaki perepot. Padahal aku bukannya repot pasal diorang pun. Aku juz suka tanya pasal kehidupan cikgu tu kat universiti je. 

Cikgu yang paling hot masa tu dan teman aku bergossip dan sharing adalah Cikgu Ramlah (Cikgu Kimia), Cikgu Roshaida (Cikgu Biologi), Ustazah Rohana (Cikgu Pendidikan al-Quran & as-Sunnah), Teacher Syafinaz (Cikgu English), Teacher Sharizah Viva (Cikgu Add-Math), Cikgu Suhaila (Cikgu Math Moden) dan jugak Cikgu Yuhaina (Cikgu BM). Semua cikgu pompuan kan. Hahaha.. Yela.. student lelaki kenalaa rapat ngn cikgu perempuan. Baru nasihat yang diorang bagi tu melekat. 

Pastukan, kalau aku ada masalah or problem, cikgu-cikgu ni mesti dapat perasan kalau tengok muka aku. Pastu mesti diorng tanya aku "Hairi ada masalah ke??, cikgu nampak awak lain je hari ni. Cikgu mengajar pun awak macam tak bagi perhatian je!!" Terharu kan ada cikgu macam mereka-mereka ni. Saya sangat sayang kat mereka semua. Saya sangat suka karekter mereka. Walaupun ada yang suka membebel, suka marah-marah, suka ckp slow-slow saya tetap suka kat diorang. Saya suka perangai mereka yang macam tu. Saya sangat suka bila cikgu membebel. Serius saya sangat suka. Sebab masa diorang membebel, mesti diorang banyak bercerita, pastu mesti masa tu diorang tak mengajar. Hahaha.. Pastu dapat semangat baru, dan macam-macam lagi laa.. Huhuhu.. Wehh dan panjang nih entri.. 300 post pun xcukup nih kalau nak bercerita pasal kisah-kisah kehidupan kat imtiaz... Hahah.. Kita tengok gambar la plak weh..

cari kat mana aku!!! Hahaha.. ya betul. kat depan sekali. Hahaha... Tak ubah-ubah perangai dari dulu sampai sekarang. Suka bergambar. Gambar masa kitaorang wat lawatan ke KL dan Melaka.

Yang lawa + cantek + cute + pakai tudung tu adalah Teacher Syafinaz. Dia memang sempoi, otai, dan memang sporting giler ngn kitorang. Kalau bercakap ngn dia memang nak gelak 24 jam. Haha..

OK, dah nampak aku kan..Hahah.. Sekian..

Ni masa kat Jakim Putrajaya. Hehehe.. Dari kiri yang pakai baju batik kuning tu Cikgu Sunaidi, Ustaz Zaidi, Ustaz Azizi, Cikgu Ramlah, dan Teacher Syafinaz.

Ni masa kami form five. Calon-calon 11A1 SPM. hahaha.. Yang  kat tengah tu kami punyer Pengetua. Dan yang cantek manis tu adalah cikgu kelas kami Ustazah Rohana. Beliau sangat sporting. Selalu belanja kami makan dan bawak gi jalan-jalan. Ustazah, saya rindu kat ustazah. Banyak benda saya nak kongsi ngn Ustazah ni.. Ustazah mesti sangat busy kan sekarang!!! Nanti ada masa kita jumpa. Lama gak tak sms ustazah.

Ni dalam dewan makan. Kami semua memang sangat close ngn semua staff yang bekerja kat sekolah kami. wahh..rindu kat korang semua. Lama tak jumpa korang weh.. Semua dah besar panjang da... Hahah.. Dulu semua cute-cute, sekarang dah hensem-hensem semua termasuk aku. Hahaha.. Motif??

Ni kat Melaka bandaraya bersejarah. Huhu..

Cikgu cikgu, Ustaz dan Ustazah sekolah kami. Mereka ni laa yang mengajar kami semua. Terima Kasih Cikgu. Selamat Hari Guru. Haha..

Nampak aku tak?? Haha.. tengah focus masa makan okeh.. Huhu..

Masa majlis apa ntah.. Dah lupa.. Hari guru kalau tak silap. Hehehe. Kelas kami semuanya lelaki taw... Budak perempuan yang 1st intake masa ni baru form 3. Kami dah form 5.

Aku masuk nasyid dulu okeh. grup harmoni lagi. Rugi korang tak ambek aku nasyid sekarang. Hahaah.. Yang penting, time ni kami juara.. Melayu dan English dua-dua kami juara.

Bersantai bersama Ustazah selepas habis bernasyid.

Dekat meriam. Hahaha.. Sila janga gelakkan selipar terompah aku tu.. sempoi kan aku dulu. Sekarang je comot sket. Hahaha.. Plizz laa.. nape semua gmbar aku takde yang senyum. Hahaah.. Banyak lagi gambar yang tak terupload. Haha..  Thanks sudi membaca.

5 comments:

  1. waduh..teringt balik kisah lama...kah3

    ReplyDelete
  2. salam...

    gambar2 yg menarik..:)

    **follow ur blog...***776

    ReplyDelete
  3. Anony... :: tau xpe.. rindu kan..

    ReplyDelete
  4. sekamar rindu :: tQ.. keep reading.

    ReplyDelete
  5. wamozuwaha.. aku pok senasib ngan ko time skolah dulu.. selalu jumpe cikgu sbab nk mintak motivation sbab stress exam.. last2 diorg ingat aku kaki repot, smpai penah mknan aku kne sabotaj.. "pegi syurga' la ngan diorg nye hal, xde masa aku nk repot.. asal x kaco aku cukup.. haha.. pepun, time skolah tetap best..

    ReplyDelete