Saturday, 1 January 2011

Isteri berambut 2 tocang + Suami pengangkat bata = Mau bela 2 ekor penyu.

Sebelum korang cakap apa-apa, aku nak bagitau gambar kat ats tu bukan aku yang lukis. Aku tak ade kaitan apa-apa dalam gambar tu. Aku hanya duduk di sebelah pelukis itu semasa dia duk lukis gambar itu..Maaf sebab tak sempat menghalang BELIAU dari melukis benda ni. Aku harap mesej yang pelukis nak sampaikan tu sampai la kat korang. Kalau tak sampai mesej tu, kat sini aku nak terangkan kat korang.
  1. Yang perempuan pakai skirt, rambut tocang dan menggerbang tu adalah Hasfalini. Beliau adalah pemilik/pelukis gambar tersebut. Rambut itu kalau tak diikat mesti rupa beliau tak ubah seperti Kak Limah yang dlm movie Mamat Khalid tu. Tangan dan kakinya yang bulat dalam gambar itu sememangnya menggambarkan itulah yang sebenarnya di alam realiti. Hahaha.. Corak kain baju gaun yang dipakainya itu sememangnya membangkitkan keceriaan walaupun hanya dengan garisan yang abstrak.
  2. Sememangnya lelaki di sebelahnya itu adalah jejaka pujaan hati beliau. Saya harap anda tidak salah faham mengatakan lelaki itu kerja mengangkat bata di tempat binaan. Beliau adalah orang tempatan, bukan bapak Indon mahupun bangladesh. Yang kat ats tu bukan bata/kotak tau. Itu adalah songkok. Mungkin kepala suaminya cepat besar ataupun songkok itu adalah songkok masa 20 tahun dahulu.
  3. Kesian kat suaminya itu, terpaksa pakai baju dengan lengan baju yang panjang sebab lengan baju itu sebenarnya lengan baju si isteri, tapi memandangkan si isteri yang seksi, so terpaksalah dia jahit di baju suaminya sebab tak mahu membazir.
  4. Korang nampak tak 2 ekor labi-labi penyu kat tepi tu. Itu bukan penyu tau. Itu adalah manusia. Dan itu adalah bermaksud lepas kawin, diorang nak anak kembar. Bukannya lepas kawin diorang nak bela 2 ekor penyu kat rumah. 
  5. Nampak tak kat anak-anak itu, mulutnya yang luas itu menggambarkan mereka sedang menangis teresak-esak sebab perutnya buncit kembong. Sakit perut la tu. Diorang pun pakai baju tak nampak segala kaki tangan. Hahaha... Yang masalahnya, saya tak tahu anak-anak tu lelaki atau perempuan.
Saya berharap hidup mereka bahagia hingga ke akhir hayat. SEKIAN TERIMA KASIH. Sila la ke blog HASFALINI dan follow beliau untuk membaca entri-entri beliau. Hehehe...

2 comments:

  1. hey tambi! hahaha.. bukan ke tu gmbar kite bersama anak-anak kita?hahaha

    ReplyDelete
  2. gua baca entry ni ROTFL.... gelak guling2 atas tanah.
    HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!!!! (X abes gelak lg)

    p/s: cek latest entry kwn. mesti ktawa guling2 jgak lah.

    ReplyDelete