Saturday, 8 January 2011

Info tentang binatang yang tak minum air !!!

Assalamualaikum. Memandangkan hari ni tak ade benda sangat nak cerita pasal  hari-hari kehidupan manusia, so aku bercadang nak post entri pasal haiwan plak. Hahaha.. Hari ni life sangat boring. Seharian tak bukak laptop. Kelas gua start pukul 10 am - 12 pm kat Fakulti Sains. Kemudian pergi Fakulti Ekologi Manusia. Kemudian pergi Fakulti Perhutanan.  Kemudian pergi Fakulti Pendidikan untuk makan. Pergi sana pergi sini sampai terlupa nak beli buku latihan bahasa Arab yang ustazah suruh beli. TT__TT.  Lepas solat Jumaat hajatnya nak pergi beli buku bahasa Arab tu kemudian nak cari bahan untuk wat assignment kat perpustakaan, tapi hujan gerimis plak, so nak tidor kejap. Tapi terlajak tidur dan bangun lepas mimpi ape ntah and then terdengar azan asar. Kemudian solat Asar. Ajak member pergi kedai fotostat nak ambik nota yang lecturer suruh fotostat lam kelas tadi. Balik dari kedai fotostat, pergi plak pasar malam Sri Serdang. Balik bilik baru wat assignment. Kemudian teringat kat blog. So ni baru nak hapdet ni.. Okeh... Tamat sudah muqaddimah.

Sekarang ni aku mau bercerita pasal binatang yang bernama Koala. Mesti dah ramai kenal. Tapi mesti ada juga yang tidak tahu menahu dengan lebih mendalam pasal binatang ni. Koala (Phascolarctos cinereus) adalah salah satu binatang berkantung (marsupial) khas dari Australia dan merupakan wakil satu-satunya dari keluarga Phascolarctidae.

Yang special pasal koala ni, geng-geng binatang ni tak minum air taw.. Serius tak minum air weh. Aku pun tak tau nape dia tak minum air. Tak tercekik ke kalau makan?? Apa korang ingat binatang koala ni makan macam korang.?? Semua lantak.. Rangka ayam laaa.. laksa penang laa, burger, nasi goreng telor dadar segala... Lepas tu mula laa tercekik kalau tak minum air.!!.  Hahaha.. *kepada sesiapa yang berkenaan, saya mengalu-alukan hati anda untuk berperasaan tentang perkara ini. sila terasa!

Koala sebenarnya minum air tetapi sangat jarang koz makanannya, daun sireh ekaliptus, sudah mengandungi air yang secukupnya bagi diorang sehingga koala tidak perlu turun dari pokok untuk minum. Koala tu bukannya tergolong dalam kumpulan beruang taw walaupun korang tengok bentuknya seperti beruang. Habis tu tergolong dalam kumpulan mana??
Haiwan ini aceli tergolong dalam kumpulan marsupial iaitu binatang yang mempunyai uncang untuk melindungi anak masing-masing. Kalau korang nak tahu, Koala ni memang suka membazirkan masa sebab geng-geng diorang suka menghabiskan 14 jam sehari untuk tidur. So, kalau korang ni memang tidur 14 jam jugak, of koz laa korang dalam geng diorang. 
Haiwan ini lebih selesa berada di atas pokok kerana keadaan fizikalnya yang memberi kelebihan untuk memanjat pokok. Terdapat ruang yang luas antara dua jari koala dan ibu jari kakinya yang besar membolehkannya memegang kuat dahan pokok. *Sila check jari kaki dan tangan anda sekarang!!
Pada masa dahulu, koala merupakan sumber makanan yang penting kepada kaum asli di Australia. Menjelang tahun 1920an haiwan ini hampir pupus disebabkan perburuan untuk mendapatkan bulunya. Koala boleh hidup sehingga 14 tahun jika berada di kawasan yang bebas daripada gangguan manusia. 
Sekian sahaja yang aku nak kongsi ngan korang. Nak sambong wat assignment plak!!
* senyumanmu sangat tak ikhlas wahai koala!!!

* Ibu mithali kowwt....

* ehhhhhh... macam mata kawan saya sorang taw...hihi.. *haramunim.. tetiber!!!

3 comments:

  1. wahh,.

    nie satu in4 baru..

    bukan senang nak tau..

    thnx yeaa

    ReplyDelete
  2. SyahmiFikri:: Welcome... Aku pom baru taw benda ni..

    ReplyDelete
  3. info terkini..hiburan sensasi.. :P thanks for the info! comey binatang tu..

    im following u :P

    Jom singgah: Anak2 Buahku yang Comey!!

    ReplyDelete