Sunday, 23 January 2011

Tolong bagi pendapat dan cadangan tentang dua masalah aku nih!!!

** belum apa-apa lagi gambar tuan blog dah jadi muqaddimah!! -__-" tuan blog !tuan blog! nak sign.

Dah tak tahu nak hapdet pasal apa. Dah tak busy. Meeting dah tak banyak. Kerja pun dah makin kurang. Assigment ada laa sket-sket. Tapi still rasa macam tak tenang. Rasa kepala ni berserabut fikir masa depan. Tak tahu nak kongsi dengan sape. Kalau kongsi pun sekadar cakap je laa. Diaorang pun tak boleh nak bagi exact solution untuk aku. Tapi aku tak nak mengeluh. *walaupun baru sat tadi mengeluh, tu yang last ek!!!. Kadang-kadang terfikir, salah ke jalan hidup yang aku pilih ni? Kadang-kadang aku rasa degree yang aku bakal terima ni satu degree yang sia-sia *tapi takde laa fikir sesia-sia macam tu, metafora jew!.. Aku cuba untuk yakinkan diri aku yang itu adalah yang terbaik untuk aku. Aku cuba untuk menerima hakikat ini. Tapi semakin aku nak menerima, semakin aku rasakan benda ni tak serasi dengan hidup aku.  :( . Passion aku untuk benda ni makin lama makin menghilang. Aku cuba untuk meminati, aku cuba untuk menunjukkan minat, aku paksa untuk minat walaupun aku tak rela, tapi pada penghujungnya aku tak rasa pun kepuasan dan kenikmatan macam yang orang lain dapat. *Ayat jiwang apakah??!

Korang jangan duk fikir bukan-bukan plak. Aku sekarang duk fikir pasal masa depan aku. Apa yang aku nak buat lepas graduate nanti. Aku sendiri konfius giler. Mostly kalau orang tanya aku nak wat ape lepas habis degree aku cakap aku nak sambung Master. Ya, aku memang nak sambung. Tapi yang memeningkan kepala ni aku tak tahu nak sambung dalam bahagian aku. Aku serius tengah pening. Aku ambik Bacelor Sains (Kepujian) Matematik. Tapi tak tahu nak sambung Master dalam bidang apa. Kalau boleh aku dah tak nak ambik dalam bidang Matematik. Aku nak lari dari bidang tu. hahaha.. kenapa??? *sebab kamu tak pandai math pon!!

Kenapa?? Sebab susah ke?? ermmm susah nak cakap.!! Kalau susah sangat maybe orang lain pun tak terambik master dalam Matematik. Kadang-kadang bila hati kita tak rela, kita tak ade passion nak masuk ke dunia tu, kita pasti akan terseksa weh... So, kesudahannya apa yang aku kena buat kalau aku tak nak ambik master dalam matematik??? Aku nak ambik Master dalam bidang apa??? Tak tao..!!! (Aceli dua lagi pilihan yg aku rasa nak cuba iaitu dalam bidang Mulimedia ngn Bidang Keagamaan.)

p/s:: Weh, aku ade problem ngan blog aku ni. Ntah kenapa bila aku nak follow blog lain, dia tak kuar pun gambar ngn nama aku!!! Macamana mau buat.?? Sebelum ni ok jew.!! Dah seminggu dah.. Sebab tu laa nak berblog pun rasa cam tak semangat daa...


Tengok laa..suppose ada gmbr aku ngn nama aku. Tapi ni takde pun.. Camne nak wat weh!!


Jom kawan-kawan kita klik kat benda yang special nih..
1- Makanan best ada di sini
2- Menawarkan perkhidmatan yang menakjubkan.

8 comments:

  1. aku pon ade mslh nk follow blog org..
    tbe2 ade word verification.
    sblom ni xde pon..


    amik la master dlm bidang teknologi mklumat.
    hehe

    ReplyDelete
  2. amier azrul alias:: aku pun dalam dilema lagi...

    ReplyDelete
  3. haa.. cube tnye blogger yg lg lme dlm blog mcm abg ben. sy pn tak brape tahu. (;

    ReplyDelete
  4. ya sy pun dlm d lema,mahu berhenti kerja.mahu jd cekgu please!!
    ~hu membuat onar di blog org~

    ReplyDelete
  5. hahahak..kesiannn..
    tak dapek den nak nolong...

    ReplyDelete
  6. Rezeki ada di mana2x.. jangan cepat putus asa.. ;)

    ReplyDelete
  7. rasanya lbh baik sambung apa yg ada dlm kpala otak..yer tak??

    sb pilih2 pon klu da tersalah pilih leh jd haruuu..

    yg hal nak follow tu tak leh nak jwb..tp saya harap awk leh follow saya..(saya blogger baru, sian saya)

    http://cintazulaikha-ummi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. adeh.. same ler probs kita bro..!! dilema nak smbg or terus keje.. xdapat nak tolong sebb sendri pon xdapat pikey.. huhuuu ^_^"

    ReplyDelete