Saturday, 15 January 2011

Contest "What's Hot is Gettin' Hotter"

Hari ini aku mau join contest yang giler sangat gempak hebat panas melecur weh. Aku ni memang taksub ngan fotografi dan video-video kahwin serta cerita-cerita pendek. Yang paling aku teruja bila melihat jalan cerita dan music background yang bersesuaian dengan video yang dipaparkan. Arghh.. dah lama tak shooting. Aku sebagai director yang hancus yang hanya menggunakan handycam biasa-biasa saje then bila masuk dalam laptop dan software dia jadi blur??! Kenape ek?? Susah nak dapatkan gambar yang betul-betul sharp bila dah convert menjadi video. Aku pun nak hasilkan video cam diorang buat.!!!..



Bila aku ke laman web http://vimeo.com/16698604  dan tengok video Love Story Elyana dan Khairul, yang aku boleh cakap hanya wow!!!! Gila hebat!!! Shoot yang first tu pun aku dah cair giler tengok weh. Yang part keluar title CST Production present tu pun aku dah teruja tengok weh.. seriously aku pulak yang jadi bangga. Aku tabik spring laa kat mereka-mereka yang sangat kreatif ni. Kalaulah aku boleh sumbangkan idea kat diorang ni… Suatu hari nanti mereka boleh buat video dengan idea aku…

Tup-tup memang ada contest ni. Aku mau masuk. Aku mau sumbangkan idea aku. Tapi kan, kalau aku bagi idea, mesti ada yang part-part sedih nangis leleh-leleh punya. Takut nanti bukan setakat jadi video, entah-entah boleh terus jadi drama or movie. *ceh, bajet hebat..  Hahaha…

My Dreams “Love Story”

Watak – watak : Amin, Mysara, Efa, Syafiq.

Scene 1
# Flashback: “Let’s break up”. Perkataan yang pertama di video ini. Scene di mana Efa melafazkan kata putus bagi hubungan dia dengan Amin. Tanpa sebarang alasan yang kukuh, Efa ingin menghentikan hubungan mereka berdua.# Kenangan lima tahun yang lampau menerjah kembali di benak fikirann Amin.

Scene 2
Amin berada di dalam bilik air. Sedang mandi dan membersihkan diri. Air yang jatuh itu dihalakan ke rambutnya. Hari itu adalah hari ulangtahun perkenalannya dengan Efa. Kenangan itu masih lagi tidak dapat dilupakan sampai hingga ke saat itu. Efa yang kononnya mencari alasan untuk sambung belajar ke luar Negara itu sebenarnya hanya satu helah untuk dia berkahwin dengan Mat Salleh yang juga merupakan sahabat baik mereka. Lima tahun Amin menderita kerana terlalu mencintai Efa. Lima tahun fikiran Amin kusut kerana ditinggalkan Efa.

Scene 3
Amin drive kereta dengan laju. Tiba-tiba kereta yang dipandunya hilang kawalan dan terlanggar seorang perempuan, Mysara. Mysara tidak sedarkan diri. Darah banyak keluar dari badan dia. Amin segera menghantar Mysara ke hospital. Doktor mengesahkan Mysara patah kaki serta tulang belakang. Amin tergamam dan tak mampu berkata apa-apa. Mysara masih lagi koma tidak sedarkan diri.

Scene 4
Setiap hari Amin menjenguk Mysara di hospital. Setiap hari Amin menjaga Mysara di hospital. Setiap hari Amin merenung mata Mysara. Amin melakukan perkara yang sama selama dua bulan. Satu hari, Mysara tersedar dari koma. Rupa-rupanya Mysara cuba untuk membunuh diri pada masa dia dilanggar akibat kecewa dengan kematian tunangnya, Syafiq.

Scene 5
Amin tetap rasa bersalah walaupun perkara yang terjadi itu adalah kehendak Mysara. Amin terus berusaha untuk memulihkan keadaan Mysara seperti sediakala. Setiap hari Amin cuba untuk membantu Mysara apa yang boleh dibantunya. Sehinggakan muntah dan kencing  Mysara, Amin yang akan basuhkan lantai atau katil, selebihnya yang terbatas, jururawat yang akan lakukan. Pada saat itulah berputiknya cinta Amin pada Mysara. Tetapi tidak pada Mysara. Mysara tetap setia pada cinta Syafiq walaupun Syafiq tidak lagi boleh menyahut cintanya.

Scene 6
Selama enam bulan Mysara di hospital, akhirnya Mysara dibenarkan keluar. Mysara amat tidak selesa kerana Amin terlalu mengambil berat kepadanya. Amin cuba untuk menggantikan tempat tunang Mysara. Amin cuba untuk menghiburkan hati Mysara. Tetapi dia seringkali tewas. Mysara tetap juga muram, sugul dan sedih.

Scene 7
Amin membawa Mysara ke suatu tempat. Kelihatan Amin mengorek tanah di sepohon pokok yang rendang. Amin mencari sesuatu yang pernah ditanamnya bersama Efa. Amin pernah menyemadikan dua keping gambar. Satu gambarnya sendiri, satu lagi gambar Efa. Tetapi semasa dia mengambil gambar itu semula, gambar Efa telah hilang. Hanya tinggal gambarnya sahaja. Memang itu janjinya kepada Efa. Dia akan mengambil kembali gambar itu jika cintanya sudah tiada di hati, dan ternyata Efa telah lama mengambil gambar itu. Amin menceritakan segala-galanya kepada Mysara. Mysara seperti memahami hati dan perasaan Amin.

Scene 8
Mysara teringat, dia dan Syafiq pernah juga menyemadikan gambar mereka bersama. Tetapi Mysara teringat yang dia tidak pernah pun melihat gambar yang mereka tanam kerana selepas mencuci gambar, gambar itu diletakkan kedalam sampul kecil, dan sampul itu, terus Mysara masukkan ke dalam plastik tanpa melihatnya. Mysara terus mencari plastik itu, dan setelah menjumpainya, Mysara terkejut apabila melihat gambarnya dan juga gambar Amin yang berada di dalam sampul itu, tetapi bukan gambar Syafiq.

Scene 9 #Flashback di kedai gambar
Amin, Efa, Mysara dan Syafiq berada di kedai gambar. Pada masa ini mereka saling tidak mengenali. Mysara dan Syafiq mengejar masa untuk menanam gambar mereka dan mereka hanya membuat satu salinan gambar sahaja. Mysara terlanggar Efa yang pada ketika itu sedang memegang beberapa keeping gambar Amin. Gambar Amin dan gambar Syafiq jatuh di lantai. Tanpa melihat gambar tersebut akibat tergesa-gesa, Mysara telah mengambil gambar tersebut dan memasukkannya ke dalam sampul sehinggalah gambar itu ditanam oleh mereka.

Scene 10 #Finale
Mysara menanam kembali gambarnya bersama Amin, tanda dia menerima cinta Amin sepenuh hatinya.

THE END.

Amacam love story aku??? On da spot punyer jalan cerita ni. Asli lagi dari kepala hotak aku ni. Hahaha.. Harap-harap diterima ramai ye.. Ok, kepada sesiapa yang mau join jugak, saya mengalu-alukan anda untuk terus ke laman web pihak penganjur di:-



&



Untuk melihat syarat-syarat serta hadiah yang ditawarkan, anda boleh juga ke link ini :
Selamat Berjaya. Nanti jangan lupa undi saya ek. TQ. 

*walaupun tak berjaya, saya tetap berpuas hati sebab dapat mereka jalan cerita dalam masa satu hari sahaja. Hehehe... *Kepada pengarah-pengarah filem di luar sana yang mahu buat filem/telemovie, anda dialu-alukan untuk ambil idea ni. Tapi mesti bagitau saya dulu taw. hhehe...Sekian.


9 comments:

  1. CSTproduction..memang gempak gler!photos and dslr movie maker mmg serius x tipu..cun habis!

    ReplyDelete
  2. wahh..so sweet..not bad der..hahaha..gud luck..=)

    ReplyDelete
  3. Nur Intan Syafinaz:: tu laa pasal... teruja tgk video diorng wat

    ReplyDelete
  4. sniffa93_aznil4eva:: tQ,,, nnti undi taw

    ReplyDelete
  5. eh boleh wat drama nih!
    haha
    besh2!

    ReplyDelete
  6. jom tukar vote..mine 131..=))

    ReplyDelete