Monday, 3 January 2011

Calon isteri pilihan aku. Confirm gempak!! Lisa pun kalah.. Korang macamana???

Susah betul kalau jadi jejaka machohensem, hot, single kat kolej ni. Of course jadi perbualan hangat, dan gossip (padahal mengumpat) budak-budak pompuan yang kenal aku ni. Boleh dikatakan semua kenal laa.. Tak kira laa, yang ada pakwe or lom ada lagi semua asyik duk bergossip pasal aku weh. Muda or tua (makcik cleaner) semua duk pakat usha aku. Siang malam pagi petang, mesej berduyun-duyun masuk. Kalau tak reply mulalah merajok. Tu belum citer yang nak hambek sign autograph beratur sampai habis laa dakwat pen aku. Ada yang nak sign kat baju, tudung, kasut, handsock, kain, ermm kat tempat lain belum lagi. Hahaha.. Satu malam tu aku ngah jalan-jalan kt koridor. Pastu ada orang mengekori aku. Siapakah??? Hati aku berkata. Mungkinkah peminat??? Dah agak da... Aku terus berjalan dengan poyonya. Tiba-tiba, kepala ku dihentak dengan benda yang keras.... oooo rupa-rupanya aku bermimpi.. Jadi, semua benda yang aku cerita kat atas tu semua nya mimpilaa... Cehhh... Bukan setakat korang je geram! Aku pun naek geram. Tak happy ending langsung.! Yang bawah ni betul tau..
Disebabkan ada orang yang selalu bertanya, bagaimanakah ciri-ciri wanita idaman hati saya a.k.a isteri pilihan. Dengan ini, saya memutuskan untuk membuat entri ini khas untuk anda semua wanita-wanita di luar sana. Oyeahhh...! Sila melompat keriangan sebab pasni bolehlah isi borang serta bagi resume dan sijil kelayakan untuk masuk meminang aku. Hahahaha.... Mesti ada hidung berdarah lepas baca benda-benda merepek kat bawah nanti .. hahha http://matcuoi.com

Wanita tersebut mestilah bertudung. Tak mau on off, on off ek. Nak yang muslimah sejati. Tak mau jugak yang nampak the jambul kat depan or the ekor kat belakang. Kalau pakai tudung, tak dak istilah nampak rambut lagi dah.. Bukan setakat rambut ok, aurat lain pun harus dijaga dengan tertib dan teliti. Kalau nak pakai purdah lagi elok. Tapi kalau dalam rumah tak yah laa pakai tudung lagi. Tapi kalau ada yg bukan muhrim dalam rumah tu kena pakai laa..  Senyuman pun harus kena menawan. Gigi kena putih. Tak mau gigi rongok macam nenek-nenek makan sirih. Motif gigi bakal isteri aku warna itam?? Fengsan nanti. Dah la gigi itam mulut busuk plak.. Menanges malam pertama. Kulit pun biarlah putih jugak. Lebih putih dari aku pun lagi elok. Aku putih kew??! Putih laa dari orang tu.. orang mana??? #$E&*D>$!!! Kemudian, sopan santun. Jangan laa nanti kalau gelak, 40 buah rumah jiran dengar. Mati aku duk lam rumah tu. Boleh sound trouble. Mau kena pindah dalam hutan kalau ada isteri yang gelak cam rimau.!! *Ketiak pun putih jugak..wakakaka!! 



































Kalau dah perempuan tu kena laa jaga penampilan diri. Bergaya dan anggun. Jangan laa duk ikut style kanak-kanak taska. Tudung comot kena hingus, taik mata tak buang, taik hidung melekat kat lobang idung, gigi tak gosok, dan yang paling tak boleh blaa adalah bila berpakaian, contohnya kain, ada plak aksesori dalaman iaitu seluar trek PJ yang still lekat kemuncup lagi tu. Haiyooo...jangan laa buat benda-benda ajaib macam ni. Malu den ok. Kalau nak tutup aurat sekalipun pakai laa stokin, kalau nak pakai seluar jugak jangan laa seluar tu lagi panjang dari kain. Korang boleh bayang tak apa yang aku citer ni?? Kesah benar ok. Aku pernah tengok kat universiti orang camni. Tapi nak wat camna kann.. Dah dia selesa berseluar trek PJ yang ada kemuncup tu dipakai sekali ngn baju kurung. Takkan laa aku nak suruh diorang tanggalkan plak. Hahaha.. Lagi satu, tolonglah jangan duk mix match kan baju kurung korang tu. Baju warna biru kain wane pink (baju lain kain lain). Bunga plak lain-lain. Corak pun lagi laa lain. Trend baru kaa??? Trend kak Limah ek??? OMG, aku tak leh terima ok! Habis tu macamana plak kalau ada orang yang pakai kain kpd baju kurung bersama tshirt biasa, pakai tudung then pergi kelas!! pengsang lecturer!!! -_-".  Kalau aku, rela masuk lam mangkuk tandas sampai tengah malam then baru balik kolej.. Ngan pak guard pun aku tak mau terserempak.. http://matcuoi.com




Bagi aku ini yang paling penting. Jaga tingkahlaku anda semasa bercouple atau dengan kengkawan sekalipun. Wahai perempuan-perempuan di luar sana, jangan jadi murah OK!! Jangan mudah terpedaya dengan lelaki-lelaki durjana yang merata-rata kat dunia ni. Tolong jangan jadi bodoh. Belum nikah lagi dah pegang-pegang tangan apa kes??? Anda takut kalau tersentuh anjing, anda takut tersentuh babi, tapi kenapa anda tak takut sentuh orang yang bukan muhrim anda? Anda tahu semua tu haram kan. Seharam-haram sentuh babi dan anjing tu still kita boleh samak. Tapi haramnya bersentuh dengan orang yang bukan muhrim hanya dapat disamak dengan api neraka tau.. Sekarang ni sangat ramai couple-couple yang hujung pangkalnya yang entah kemana, pastu dah panggil papa mama, ibu ayah,.. geli ok!!!  Serius aku tak boleh terima!!! Sorry la kalau terkena kat korang. TOLONG JAGA MARUAH ANDA. Jangan laa duk bagi free-free kat jantan-jantan kat luar sana tu apa-apa jew. Jagalah kehormatan anda. Jangan sampai bila clash ngn balak, baru laa nak menyesal tak sudah. Menangis air mata wane purple pun benda tu tak datang balik. Paham-paham je laa.. Kalau nak buat jugak, Allah dah bagi pilihan, kahwin je laa, kalau dah rasa tak tahan sangat kann.. Tapi orang zaman sekarang tak pilih untuk buat macam tu. Mereka rasa kawin muda ni memalukan. Padahal mereka-mereka inilah sebenarnya telah memilih jalan yang terbaik dalam hidup diorang daripada melakukan kemungkaran kat dunia ni. Allah Maha Mengetahui.

Saya suka kalau calon isteri saya pandai masak. Tak pandai semua pun tak apa. Asalkan terror masak masakan kegemaran aku. Bubur lambuk, bubur nasi, ikan singgang, ikan pindang, dan sup. Itu jew. Hahaha.. Don't worry, kalau tak tau, anda boleh belajar ngn kakak-kakak ipar anda nanti. Diorang semua pandai masak ok!! Cakap je nak makan apa. Western, eastern, kuih muih, kek.. semua dalam tangan jew. Pejam mata pun boleh siap ok. Tapi buruk sket ar. Hahahaa.. Kalau celik baru perfect. Huhu..

SUKA SHOPPING. Hureyyy.. aku suka shopping!! Tapi berpada-pada laa.. Jangan laa shopping tak tentu hala. Hahaha.. shopping biasa-biasa sudeyyy.. Tapi susah jugak kalau dapat isteri yang tak suka shopping. Susah nak beli baju anak-anak nanti. Takkan laa aku yang nak beli sorang-sorang. Pastu kalau dapat isteri yg suka shopping nanti boleh laa pilih-pilihkan kain-kain yang elok untuk beli banyak-banyak dozen time hari raya nanti. Dah siap-siap fikir taw. Hahahaha... Harap-harap dia paham laa aku ni yang suka shopping, tapi sebelum shopping tu aku memang suka survey dan wat kira-kira, beli yang mana lagi untung. Hahaha... Tapi tak ade laa sampai bawak kalkulator saintifik pegi mall.. Haahaha..

Bila sampai part bulan madu plak kami nak naek cruise bleh. Tu pun kalau duit banyak lebih sampai boleh tabur kat atas jalan raya. Hahaha.. Dah lama mau naek cruise ni. Sejak lepas tengok citer Pisau Cukur lagi taw. Walaupun aku tau citer Pisau Cukur tu just wat kat studio, tapi tetap juga tergoda nak naek cruise. Agak-agak sama tak ngan naek tongkang??? hahaha..
Nak naek cruise, tapi nak pi mana tak tao lagi. Alih-alih naek dari seberang prai ke Penang ja. Kalau camtu baek baek feri jaa..! -_-"  http://matcuoi.com

Saya nak anak kembar, saya nak anak kembar.. Annoying tak dapat husband macam aku ni?? Hahaha.. bengong ar wife aku pasni. Hahaah.. Sila bersabar kalau dapat husband romantik macam aku ni ek. Nanti nak bagi nama apa ek kat kembar ni??? Hahahaa..  yang penting bin dan binti Wan Mohd Zulqhairi. Aiiyooo.. dah bersedia ke nak jadi ayah??? Jaoh benor dah pikir nih...!



Selain bleh jadi geng untuk keluar pegi shopping, dia jugak mesti boleh teman aku tengok citer Korea. Kira sama-sama laa tengok citer Korea tu. Kalau dia nanges aku lap air mata dia. Kalau aku nanges dia lap air mata aku. Aiyooo jambu nya... Malunya tengok citer Korea nanges depan isteri. Yoyo or jew.. Bagus laa kalau dua-dua gilakan citer korea. Nanti tak de laa sorang nak tengok citer Korea, sorang lagi nak tengok Raja Lawak. Kalau nak tengok Raja Lawak tu tengok yang ulangan sudaaa.. Hahaha.


Aktiviti ni memang nak laa sangat aku wat ngn famili aku nih. Semua kena pegi. Mau melancong ke luar negara sama-sama. Mula-mula kita gi wat Umrah lu sama-sama ek. Then baru laa boleh pegi ke tempat lain. Aku pilih nak gi Korea. Hahaha.. Tak habes-habes ngn Korea aku nih. Hahaha... takkan nak nye kumpulan SNSD nak jumpa ko tu. Hahaha.. Harap-harap dapat isteri yang suka melancong. Tak mau laa dapat yang duk rumah je 24 jam pakai kain batik tak mandi, pastu ngadap Sinetron Indon. Dah macam bibik da...Hahaaha... 

Okey.. Akhirnya tercapai sudah untuk hapdet blog ciri-ciri wanita idaman Que. Ambik masa dua hari tau nak siapkan lukisan tu. Huhuhu.. Ok daa... http://matcuoi.com. Mau seminggu tak hapdet nanti ni..hahaah.. teruskan membaca ek. Jadikan tauladan dan sempadan. 





18 comments:

  1. wah wah...sgt perfect pilihan kamuu
    hehehhehe

    ReplyDelete
  2. Haha.. kelakar lah entry ni..
    Moga termakbul cita-cita ni ya!

    ReplyDelete
  3. comel kau lukis!
    ayt pkai kain batik dlm umh,tgk cter sinetron indon tu xthn
    kekeke

    ReplyDelete
  4. hoho mmg perfect . susah nk carik . ;)

    ReplyDelete
  5. fuyooo saya pun nak macam ni

    ReplyDelete
  6. pergh.. semua nak A jek.
    semoga dapat jumpe. Haha.

    aku kembar. tanak mintak tips? haha

    ReplyDelete
  7. wah...berjiwa romantik ye? bgs2...

    mcm mana plak kalau nak cari suami yang ada minat yg sme ye? paling payah nak cri suami yang boleh terima kita seadanya...waaa, sangat takot kalau tak dapat cri yg boleh terima yg kita ni minat anime...(=_=)"

    ReplyDelete
  8. wahhh siap bajet nak anak kembar 3 tuh ;-)

    p/s - bab suka shopping tu InsyaAllah senang carik hehe

    ReplyDelete
  9. wow ! perfect gile . haha .

    ReplyDelete
  10. plis la gadis3 jangan terpedaya dgn sikap romantik die niiii.. bab shopim very cerewet bebenor

    ReplyDelete
  11. Masihkah wujud wanita sejati seperti yg kamo cari ni??? Coz... kadang2 luar je ok ..but dlm ..ko... Anyway acik doakan u menjumpainya...amin..

    ReplyDelete
  12. Wan, jom join gathering geng kembar on 12 feb nnt, tgk link ni:

    http://mamakembar3.blogspot.com/2011/01/jom-berkelah-dengan-geng-kembar.html

    ReplyDelete
  13. adoii....x mampu jd seprfect ue woo...lg2 part nak anak kembar....hohoho....

    ReplyDelete
  14. hahaa...~ jom2 cari bakal isteri.. :PP

    ReplyDelete
  15. hahaha... kelakau but nice... part shopping tu yang tak boleh tahan... de gak erk laki shopping camtu... jarang sekali dengar apatah baca... tehehe

    ReplyDelete
  16. Salam ziarah...wah2...macam cerewet sedikit di situ...awk lelaki virgo kah?tp comel jugak bleh layan cerita korea, shopping ngn melancong....hehe...btw nak tanya...kartun tu lukis guna apa ye?

    ReplyDelete