Wednesday, 19 January 2011

Bila ada awek yang dah ada pakwe usha kat hang!!! Faktor-faktornya adalah:-



Bila ada awek cun melecun yang muka lebih kurang macam Raja Fazura (Raja Azura + Fazura) *perghhh... gilos mantop beb... dem! tu duk main-main mata ngan korang, sedangkan kat tepi dia tu pakwe dia. Benda inilah yang terjadi masa aku pergi foodcourt sorang-sorang hari tu. So, agak-agak apa tandanya???? Jom kita sama-sama selidik satu persatu masalah ini:-



  1. Mungkin dia dah boring ngan pakwe dia sebab selalu sangat order makan nasi goreng tapi suruh dia yang bayar. Apa kes ni?? Jangan laa suruh makwe yang bayarkan. Kalau dia pun duk korek duit PTPTN tak payah laa.. tapi If dia kaya takpe.. Gunakan duit dia sebaek mungkin. Hahaha.. Hommaigod.. matilaa kena boikot nanti blog ni..
  2. Dia mesti minat kat ko sebab ko lagi hensem dari pakwe dia yang duk sebelah dia tu. Anda patut berbangga kerana anda bakal mendapat sorang lagi friend request dekat facebook ngan YM dan tak lupa juga skype, formspring dan twitter. Myspace ngn friendster aku takdak.
  3. Awek tu mungkin salah sorang pengikut blog hang. Mungkin juga dia memang stalker sejati blog hang. Silent reader laa katakan. Jaga-jaga, kalau ada orang macam ni mesti dia save semua gambar korang yang korang upload dekat blog. pastu dia print dan dia tampal dekat dinding dalam bilik. Tak pun letak bawah bantal. Pastu time korang cakap korang dah ada makwe, nnti dia pun ambik pisau then dia tikam gambar korang tu sampai hancur.. MENAKOOTKANNN...*pengaruh citer KHURAFAT.
  4. Ini agak memalukan. Mungkin masa dia usha korang tu aceli korang tak zip seluar dengan sempurna. Oleh itu jangan sesekali lupa untuk memakai spender mahupun boxer semasa pergi ke tempat awam. Anda juga dilarang memakai seluar yang bukan saiz anda. Maknanya seluar ketat laaa pastu baju plak singkat. Pkai baju labuh sket, at least kalau lupa nak zip seluar/zip rosak, baju tu bleh cover kat zip tu.
  5. If korang dah ada makwe, mungkin dia ni adalah orang upahan makwe korang untuk menguji tahap keimanan dan juga tahap kesetiaan cinta korang kat makwe korang. Tapi if awek tu lagi cantik dari makwe korang, why not layan je. Hahaha.. Ish..tak patut.. setia pada yang satu ek..
  6. Hurmm mungkin jugak dia sedang test market dia. Ye laa perempuan kalau dah ada pakwe ni kadang-kadang jatuh market kalau dah ke hulur ke hilik macam belangkas berpeluk 24 jam. Laki mana lagi yang mau kalau diorang clash nanti sebab masa bercinta mengalahkan orang yang dah kawin, semua benda dah buat.?!! -__-"
Cukup..cukup...usah mengandaikan bukan-bukan lagi.. Aceli perempuan itu adalah Fatimah Juling yang kemasukan asap ikan bakar yang dibakar oleh suami Mak Tek, iaitu tokey kedai Mak Teh Corner. Faham sekarang??? Tak ade kena mengena dengan adegan nak mengurat hang Que. Ferasann jew lebih taw... !!

7 comments:

  1. haha rasanya sebab no 2 paling relevan kot..
    muka u market kot.haha...

    ReplyDelete
  2. ahahaha~
    entah2 dia memang tengah sakit mata kot..
    tu pasal mata tak boleh dok diam..haha
    ;p

    ReplyDelete
  3. hahaha.. best jugak andaian ko tu que.
    nanti aku nak set betol2 dalam hotak nie.. hahaha

    ReplyDelete
  4. boleh tahan juga sebab musabab tu..
    eheheee

    ReplyDelete
  5. bajet la semua org usha ko nanti hahhah

    ReplyDelete
  6. yang baju merah dalam gambar tu ta usha ko ke Q??? Yang baju putih tu macam na peluk mu je tu sbnrnye...

    ReplyDelete
  7. hahahhaha awek juling upenye

    ReplyDelete