Sunday, 16 January 2011

BEN ASHAARI .. Masihkah aku ingat ?


Apa yang perlu korang buat ialah menceritakan  dengan  mengimbas kembali saat saat kali pertama korang berblog .. Pahit getir korang buat blog .. Susah senang ... Suka duka ... Mereka yang datang dan pergi ... Blogger pertama yang meninggalkan komen .. Kutukan serta kejian .. Bagaimana korang mendapat inspirasi serta semangat untuk bangkit kembali .. Mereka yang sering memotivasikan korang .. Dan macam macam lagi ..

Ini segmen yang ketiga aku join kat Mr. Ben punyer segmen-segmen yang ada. Kenapa cuma tiga?? Aku pun tak tao. Segmen lain tak sempat nak join la tu kot. Hahaha.. Segmen yang mengimbau kenangan lampau ini menyebabkan aku tak tidor malam sebab mengorek dan menggali semua post-post aku yang awal-awal. Sebabnya aku mencari di mana komen first yang aku dapat. Akhirnya jumpa jugak dua post yang terawal aku dapat. Hahaha.. Kesian.. Berkecimpung dalam blog ni dah lama. Cuma tak expose je. Aku start blogging bila lepas keluar matrikulasi pada April 2008. Tu pun sebab aku tak tao nak simpan kat mana kenangan aku kat matrik. Kenangan aku bersama tiga lagi kawan aku yang lelaki buat poem masa dalam kelas English yang Miss Sabina ajar. Rindu sangat kat Miss Sabina Rose. Seriously dia sangat best weh. Aku selalu anggap dia macam Oprah Winfrey. Masuk kelas dia mesti bersemangat pelik. Dia sangat sporting dan sangat excellent. Ni poem yang kami buat dan juga merupakan post pertama aku kat blog ini iaitu pada:: Tuesday, April 29, 2008 <>

We dedicate this lyric to MISS SABINA ROSE ALPHONSE
We will always love you....
I have a dream,
A secret thing,
To help me free,
From PMC (Penang Matriculation College).

If you see the KESIS,
Near the Post Office,
With the students waving,
Coz we need to leave.

I believe my class team,
Where I always get sweet memories.
I believe my class team,
When I noticed they are too sporting,
I cross the gate.... I have a dream.

I have a dream,
A secret thing,
To help me think,
It’s exciting.

And my destination,
Far from destiny,
I will keep the moment,
For all of my life.

I will miss you, teacher,
When I’m going to the oversea,
I believe to future,
Secret thing became reality,
I cross the sea... I’m on the dream,
I cross the sea... I’m on the dream.

Itulah hasil nukilan kami bertiga. Aku, Yen dan Zuki. Kami bertiga je dalam kelas H5P3 yang lelaki. Hahaah.. Yang lain semua bunga-bunga yang sedang berkembang mekar okeh. Untuk pengomen yang awal-awal mengomen kat blog aku adalah pada tahun 2009. Mereka adalah classmate aku kat Matrikulasi jugak. Mereka adalah Atul dan juga Dylla

Untuk kutukan dan pujian, aku pun dah tak ingat. Biarkan je laa kan. Aku ni pun bukan jenis yang simpan benda-benda macam ni. Orang yang selalu bagi inspirasi untuk aku berblog adalah diri sendiri. Blog aku, so akulah yang menanggung segala-galanya. Walaupun aku dah lama buat blog, tapi aku still rasa baru je masuk kat dunia blog. Sebab dulu ramai lagi orang tak tahu blog ni apa. Masa tu pun tak ada lagi blog-blog yang femes2 ni. Nuffnang pun tak muncul lagi masa tu. Kalau dulu aku suka post pasal peribadi aku dan rahsia-rahsia serta luahan-luahan hati aku. Tapi sekarang, aku tak lagi post benda-benda macam tu untuk menjaga sensitiviti semua orang. Oleh yang demikian, aku hanya menyimpan benda-benda yang amarah itu kat dalam hati je. Pastu buang. Tak perlu simpan lama-lama kan benda-benda yang tak elok ni.Huhu.. 

1 comment:

  1. salam, saya tertarik dengan pengalaman berblog yang anda nukilkan, semoga terus sukses...

    ReplyDelete