Tuesday, 18 January 2011

AKU INI LELAKI .. LELAKI INI ?


Pendapat anda mengenai wanita masa kini .. Citarasa anda ? Wanita pilihan anda... Wanita yang berjaya , yang patut dicontohi oleh wanita sekarang pada pendapat anda ..

Assalamualaikum. Apa yang saya dpt tengok wanita sekarang ni banyak yang pandai-pandai, masuk universiti, ambik master, ambik PhD, kerja pun pangkat besar-besar. Bagus, sebab diorang ada kerjaya yang cerah masa depan dan juga mempunyai kewangan yang kukuh. 

Tapi yang tak eloknya bila ada wanita yang tidak menjaga maruah diri. Kadang-kadang depan kawan-kawan lelaki dia jaga benda-benda tu semua, tapi bila bersama boyfrend atau pakwe atau nama pertaniannya 'balak' (bak kata Imam Muda Asyraf), mereka merelakan segala-galanya. Kenapa perlu macam ni?? Anda tu tak kahwin lagi. Anda tak ada ikatan apa-apa lagi.!. Anda belum akad nikah lagi. 

Kenapa dah berpeluk-pelukan bila naik motor?? 
Kenapa dah bersentuh-sentuhan pipi bila ambil gambar bersama??, 
Kenapa perlu letakkan tangan di paha pakwe bila dia sedang drive??, 
Kenapa perlu berpegangan tangan bila berjalan bersama??, 
Kenapa perlu melentokkan kepala kat bahu bila menonton wayang??, 
Kenapa terlalu mudah untuk menyerahkan segala-galanya.?? 

Kepada lelaki - lelaki di luar sana, jangan la buat benda-benda macam ni kat girlfriend anda. Saya mengesyorkan kepada wanita-wanita di luar sana, kalau ada lelaki yang cuba mintak bukan-bukan yang terbatas daripada anda, silalah mintak putus ngn pakwe anda tanpa ragu-ragu lagi. Anda tak perlu nak ragu-ragu untuk break up dengan lelaki macam tu. Walau sehensem manapun lelaki tu, walau sekaya mana pun lelaki tu, agak-agak tenang ke hidup anda kalau dah dah lakukan perkara-perkara terkutuk itu?? 

Aku lebih rela mendapat berita tentang seorang wanita yang ke Thailand untuk berkahwin demi menjaga hubungannya dengan lelaki itu, daripada menerima berita seorang lelaki ada affair ngn perempuan lain sampai masuk hotel sedangkan isteri kat rumah sedang sarat mengandung dan juga menjaga anak yang masih kecil. Tapi hati kita semua dah buta. Fikir-fikirkan lah..

Citarasa wanita pilihan dulu saya dah buat kat entri ini, Calon isteri pilihan aku. Confirm gempak!! Lisa pun kalah.. Korang macamana??? Bagi saya, wanita-wanita kat luar sana semuanya dah ada idola masing-masing dan sudah tentunya idola mereka semua tu yang terbaek dan mereka juga ingin mencontohi benda-benda yang baek, takkan nak contohi benda-benda yang tak baek plak kan. Huhu.. SEKIAN sahaja.

22 comments:

  1. halal haram sesuatu hubungan bergantung pada niat dan cara. setuju?

    ReplyDelete
  2. sumpah ni entry terbaek aku pena bace dari blog ko... very very very nice que !!!! like that..

    teruskan usaha wat entry2 begini !!!

    ReplyDelete
  3. Tak setuju.. Cara tidak menghalal kan benda yang haram...

    ReplyDelete
  4. Fariz Danial:: Ko ni, bagi laa omen pasal entri.. bukan komen pasal aku.

    ReplyDelete
  5. zacky ~786~:: hahaha... sokong??? kalau sokong sila angkat kaki sekarang.

    ReplyDelete
  6. ha...
    pasal pegang2,..sentuh2...tu
    betul la sgt..
    jgnlah dok mudah sgt terpedaya ngn ayt2 manis lelaki ni..*jgn mrh ek

    kalau dorg mintak je bukan2,baik cium muka dorang ngn tapak kaki dan terus blah dari situ..
    haha

    ReplyDelete
  7. betol tu wan... haram tetap haram... tak payah nak bercinta sangat if tak de hubungan yang halal tanpa was was...

    ReplyDelete
  8. sicomot-comel :: tembak ngn senapang jew.

    ReplyDelete
  9. Wan Zulqhairi:: Kan... jgn mengkonflikkan lagi jia dgn benda2 yg xelok.

    ReplyDelete
  10. setuju pasal kapel tu... gadis-gadis perlu tinggikan martabatnya dengan tidak mudah menyerahkan semuanya kepada si balaknye...:)

    ReplyDelete
  11. good points! jd lah lelaki yg baik, ketua keluarga yg baik & seterusnya dpt memimpin isteri & anak anak sebaik baiknya.

    ReplyDelete
  12. kena pasang lagu ana raffali kat diaorang...jangan pegang2, duduk renggang...lalallalala.hehehheee.

    ReplyDelete
  13. Pembawa_Wacana :: Yup, barulah boleh bagi contoh kpd anak2 nnti.

    ReplyDelete
  14. Mama Kembar 3 :: InsyaAllah. Doa2kan..

    ReplyDelete
  15. ilham_un:: Hahhaa.. lagu tu best kan.

    ReplyDelete
  16. 2 2 salah, sepatutnya masing2 kena tahu adab batas pergaulan, bukan hanya ikutkan nafsu semata.. wallahualam..

    ReplyDelete
  17. salam perkenalan dari BA, follow disini..

    setuju dgn anda, setinggi mana pun kita, ada pHD sekalipun, kalau agama kat tepi tidak jadi juga.

    ReplyDelete
  18. hurm... tak semua wanita cam tuh kan.. ^^

    dan pada guyz, jadik lah pemimpin yang baik kepada kami kaum wanita ni ye...^^

    ReplyDelete
  19. Nak tanya encik wan Zulqhairi, mcm mane dengan pempuan yg tayang muka, body dekat social web? ade opinion?

    ReplyDelete
  20. sebab yang dilarang itu syok... dah disuruh itu tak syok...

    ReplyDelete