Saturday, 22 January 2011

10 Cara Menjadikan Awek Anda Giler

Kalau dulu aku penah wat entri pasal nak jadikan rumet anda giler, sekarang lepas rumet anda dah giler, misi yang seterusnya adalah menggilakan pasangan anda, boyfrend/girlfrend. Kat sini aku nak wat girlfrend jadi giler laa.. Nanti kalau ada blogger perempuan nak reply entri ini dipersilakan ek, wat boyfrend jadi giler plak. Hehehe..

  1. Kalau dia ajak anda keluar jalan-jalan or temankan gi shopping kat Pavillion/MidValley, anda dressing cara anda yang tersendiri iaitu pakai seluar trek pendidikan jasmani yang banyak kemuncup tu dengan kemeja lengan panjang polkadot, tuck in baju tu taw. Pastikan seluar tu berada dia paras dada. bagi seluar yang ada tali jerut tu, sila ikat riben ek. Baru segak. Aceli nak suruh je pakai cam superman, spender kat luar, tapi tak sampai hati tengok girlfrend terus terjun dari bumbung pavillion tu or giler seumur hidop tak sembuh-sembuh.
  2. Masa makan kat restoran, rajin-rajinkan lah tangan anda tu mengorek segala lubang di muka. Lubang hidong dan lubang telinga. Takkan nak cuci mulut dengan pencuci mulut  je kan. Ketika itu adalah masa yang terbaik untuk mencuci hidung dan telinga. Korek je taik hidung tu. Pastikan sebelum itu anda tidak mengorek hidung selama 1 atau 2 minggu. Lagi lama lagi baek. Tapi jangan sampai korang takleh bernafas sebab tersumbat ngn taik hidong. Pastu lepas korek dan gentel-gentel, letak dalam pinggan awek anda. Perisa tambahan. Takpun terus jentik masuk lam air dia. Konfem berubah warna. Bukan setakat warna air berubah, warna mata awek anda pon berubah. Hahaha.. Mungkinkah mata dia pun berubah kaler sama ngn kale the taik idung anda itu???
  3. Setiap kali besday dia, bagi hadiah yang sangat bermakna kat dia. Mula-mula bagi kain kapan. Tahun selepas tu plak bagi batu nisan yang dah siap tulis nama dia, tunggu nak tulis tarikh ja.. Tahun selepas tu plak bagi laa peta ke kubur dia.. belikan dan chopkan tanah kubur untuk dia siap-siap. Kalau dia tak gila lagi pada besday dia pada tahun selepas tu, anda bagi cangkul ngan no telefon penggali kubur kat dia. Kalau dia tanya kenapa bagi benda-benda ni , cakap je, inilah tanda cinta abang kat awak sampai ke hujung nyawa awak. Abang nak awak ingat kat abang walaupun awak pergi dulu meninggalkan abang pasni. *Ntah-ntah ko yang mati dulu.!
  4. Kalau masa korang keluar jalan-jalan kemudian nampak ada sorang MakCik dengan anak dia duk kat tepi koridor smbil tunjuk segala info-info pasal penyakit dia tu, anda terus ambik handbag awek korang then sedekahkah satu bag dengan isi-isinya sekali. Sambil memandang mata awek korang, "awak ikhlas kan??? semoga awak dimurahkan rezeki. Mana tahu nanti awak plak duk kat sini, masa tu makcik ni plak datang tolong awak!!" 
  5. Pasang alarm siren kebakaran kat jam mahal awek anda dan juga kat jam dinding dalam bilik awek anda dan setkan benda tu akan berbunyi setiap satu jam. Alasan anda adalah, anda mahu awek anda tidak lupakan anda walaupun satu jam. Bayangkan masa duk lam bilik kuliah benda tu berbunyi. Kalau slow tak pe la, tapi ni boleh menyebabkan telinga pensyarah yang mengajar tu berdarah dengar siren tu. Bayangkan masa tidur dia setiap satu jam terganggu dah tak sampai sebulan urat dalam hotaknya konfem akan putus dan pada saat itu misi anda tercapai.
  6. Bila dia ajak tgk wayang citer KHURAFAT, anda ikut. Masa dlm wayang, anda tidak rasa takut walau sedetik. Bila dia tanya "kenapa nmpak macam u tak takut je tadi??", "Buat apa nak takut, hari-hari i duk tengok hantu tu ada dekat ngan i" "Kat mana??" Then korang tunjukkan dalam cermin muka awek anda, bila dia tgk cermin baru dia perasan muka hantu tu sama ngn muka dia. Kemudian dia menjerit ketakotan dan terus giler.
  7. Masa ko tgah drive atas highway, pastu dia suruh berhenti kt RnR sebab nk kencing or berak, tiba-tiba korang berenti kt tengah jalan dan buat-buat pengsan selama 5 jam. Padahal dia memang nak terberak giler dah. RnR pun jaoh lagi. Korang amalkan lah benda ni seberapa byak yg boleh sampai urat berak dia terputus. Kalau urat berak ngn urat kt kepala hotak dia putus secara pakej dan bersama-sama lagi cun.
  8. Masa dinner kolej, anda request ngan pengarah program makwe anda nak nyanyi lagu Ziana Zain yang macam kat AJL hari tu. Padahal makwe anda tak tahu pun dia kena nyanyi dan dia memang tak suka nyanyi sebab suara dia memang macam haram, macam itik sengau yang kena buli ngn geng-geng hantu pocong. Pastu kalau dia terkejut sebab tetibe je kena nyanyi, anda bagi semangat dan cakap, "you can do it girl!!! I trust you!!" kemudian dia naek pentas, rangkap pertama korang kena tahan lagi kesengauan suara dia tu. Masa kat chorus tu ko kena bertindak untuk mengetuai orang-orang yg duk kt bawah tu baling segala barang-barang yang ada atas meja termasuk kerusi dan meja sekali sebab dah ada orang meninggal sebab dengar suara dia..
  9. Korang mesti ada fesbukkan. Mesti korang wat status in relationship kan ngn awek korang. Lepas je korang wat status camtu, korang buang semua gambar korang dalam fesbuk dan letakkan gambar orang Bangladesh yang gigi rongak. Pastikan profile picture pun gambar orang bangladesh tu jugak. Lepas tu korang gi kat wall dia dan menyemak kat komen-komen, biar semua orang tahu makwe anda couple ngn Mamat Bangladesh gigi rongak yang hitam dan berkulat. Buat sampai keluarga diorang tahu!! Menyemak juga kat wall bakal mak mertua dan bapak mertua anda. Biar kawan-kawan mak ngn bpk mertua anda tahu. Bukan setakat awek anda gila, ngn mak dan ayah dia sekali gila. Terus diorang deactive fesbuk diorng!!!
  10. Masa korang ngah naek kereta, tiba-tiba terlihat ada seorang pakcik yang sangat tua naek motor buruk/basikal buruk, anda terus panggil pakcik tu naek keta anda dan bawakan ke tmpt yg dia nak pegi. Motor buruk/basikal pakcik tu anda suruh awek anda yang bawakkan smbil berkata, "tak ape la sayang, hari ni kta di atas, besok kita di bawah, so lebih baik sayang terus berlatih berada kat bawah ek!!"
*Lama tak hapdet blog, tiba-tiba buat entri bengong macam ni!!! Hahaha... Okeh, blog dah hapdet, sila beri komen ek, aku nak wat assignment plak. Tata!!!

22 comments:

  1. klu awek tue still ngan pkwe dia means mmg dia sayang abesla.. hoho~

    ReplyDelete
  2. hahahahaha! gagah ah kalau awek die still ngan bf tu lagi.

    ReplyDelete
  3. senang2 mintak putus aje lahh. xbaik siksa org jd gile. . haha

    ReplyDelete
  4. aku nak pesan kat bakal gf hg...hahaha....kena jaga2 sbb hg dah berniat nak buat dia gila...

    jika perlukan bukti, entri ni aku tunjuk kat dia...hahahaha

    ReplyDelete
  5. uishh.dasyat.rsenye tk abis buat lg awek tuh da mntk clash.haha

    ReplyDelete
  6. ahahaaa , i likee ;)
    murni sungguh hati awak , bhahahaaa

    ReplyDelete
  7. mmg tension je aku bace tips2 ko nie. hahahah:D gelak sampai nak putus usus dah.

    ReplyDelete
  8. takde awek lagi la que..
    taley terai lagi..
    postpone.. ahaha

    ReplyDelete
  9. aku terasa mmg confirm aku putus segala urat saraf..hohoho

    ReplyDelete
  10. Sorry ganggu..=)


    Saya sudah follow blog awak..
    Awak bila nak follow blog saya..
    http://pangkahbulat.blogspot.com/

    ReplyDelete
  11. ch!natsu:: of koz.. nnti kalau break tak tao sape yg nak kt dia dah. hahaa

    ReplyDelete
  12. mellyana sara:: harus jadi awek yg setia..

    ReplyDelete
  13. RIAN :: bukan nak seksa.. aceli nak test kesetiaan. haha

    ReplyDelete
  14. nyonya penang:: ooo...sat lagi aku report kt meggi hang ada scandal lain.. opsss..hhahaha

    ReplyDelete
  15. Tini Fatini :: hahaha... harus si awek kna sabar..haha

    ReplyDelete
  16. unieMARKS :) :: of koz.. jgn boikot saya. haha

    ReplyDelete
  17. alin:: putus usus xpe, jgn jdi giler sudah.haha

    ReplyDelete
  18. kembatolo™:: ko memang nak awek ko giler ke?? haha.. ko memg giler. haha

    ReplyDelete
  19. wawa_syazwani :: hahaha.. suka ke??

    ReplyDelete
  20. PangkahBulat :: nnti bila blog dah xde problem i folow

    ReplyDelete
  21. aku plak yg jadik giler baca n3 ko nih... huhuhuh

    ReplyDelete