Saturday, 8 January 2011

10 AMALAN YANG TERBALIK. *Muslim wajib baca taw.



Assalamualaikum w.b.t kepada semua kawan-kawan yang membaca entri ini. Hari ni saya nak berkongsi kepada anda semua tentang satu artikel yang agak menarik perhatian saya sebagai Syababul Islam (Remaja Islam). Walaupun entri di bawah ini hanya satu entri yang saya copy dan paste di blog saya, tetapi saya harap ia adalah satu entri yang boleh membuka mata kita semua sebagai seorang Muslim sejati. *tetiber muqaddimah kali ni penuh dengan ciri-ciri seorang ustaz. Padahal sebelum ni beraku engkau.. hahaha..

Kawan-kawan, marilah kita sama-sama muhasabah diri dan menilai serta menghitung kembali tentang amalan-amalan seharian kita. Kadang - kala kita dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang sepatutnya dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar serta lalai dan terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah, di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati supaya dapat meringankan beban dan kesusahan serta kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh si mati atau harta peninggalan si mati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?? *Setuju! memang di kampung-kampung biasa buat macam ni. Bagi keluarga yang berada mungkin itu tidak menjadi masalah untuk mereka, tetapi yang menjadi masalah adalah kepada keluarga yang miskin dan tidak ada duit untuk berbelanja. Seelokknya, sesebuah kampung itu menubuhkan satu tabung khairat kematian untuk penduduk kampung itu yang kematian keluarga supaya senang untuk mengadakan kenduri arwah dengan menggunakan duit tersebut sahaja. So, keluarga si mati tak perlulah berbelanja untuk mengadakan kenduri tersebut.

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi hadiah wang yang diberi semasa bersalam. Kalau tak ada duit yang nak dikepit dalam tangan, maka segan laa dia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau hanya menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan. *Kalau kat kenduri yang saya pernah pergi ngan Mak, biasanya ada juga yang bagi gula..

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik. *Memang terbalik. Bukan setakat nak gi majlis pemimpin negara, nak gi kedai runcit beli eskrem poli pong yang harge 10sen pon pakai baju cantek-cantek okeh!! Bukan nak cakap kat orang lain laa... orang yang menaip blog ni pun sama.. TT__TT

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir. *Bajet makan sikit, malu-malu la katakan.. Takot tuan rumah cakap, budak ni banyak nyer makan. Hahaha.. Hari tu masa kat kampung, aku wat air teh sebab Mak suruh, lepas hidang, beberapa orang je yang minum. Tak sedap ke air teh yang aku wat?? Terasa aku.. Kalau nak cakap dah kenyang minum air zam-zam, rasenya kami hidang sikit-sikit je kat diorang! KONFEM AIR AKU TAK SHEDAP.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak. *Betul, setuju. Lagi satu, saya pernah terdengar ustaz saya cakap, sebenarnya Solat Sunat Selepas Solat Jumaat lagi afdal dilakukan daripada solat sunat sebelum  Solat Jumaat. Tapi terbalik plak kan... ramai yang solat sebelum.. Betul ke?? Kalau salah tolong betulkan taw.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita? *Dah banyak kali hal ni diketengahkan, tapi tetap juga macam tu kan. Tetap juga bazaar Ramadhan tu penuh ngn manusia.

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain. *Kat kampung hari tu buat dua-dua.. Sebelum buat, selepas pun buat. Saya pun tak pasti apa tujuannya. Mungkin juga nak semua orang doakan mereka tu selamat pergi dan pulang. Orang-orang yang datang kenduri tu pula mungkin nak ambil berkat kot...

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa. *Seeloknnya kita seimbangkan kedua-duanya ok!!

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas. *Setuju!!! Aku pon sama!!! Haishhh... Harap diri ini dapat berubah.. TT__TT

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia. *Betul, harus ke isteri kat umah pakai kain batik jew..? Jarang nampak pakai baju kurung kan.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. 


7 comments:

  1. tp kat sini ade je kenduri arwah :|

    ReplyDelete
  2. huhu. buke eis kerin poli pong la, ais krim pong jah

    ReplyDelete
  3. saya setuju cikgu..heheh tetibakan...tapi aq sokong yang no 8 tu..mata kita sekarang lebih terarah pada dunia akhirat kita leka..nauzubillah..minta2 la jauh dari keluarga aq nanti amin

    ReplyDelete
  4. insaf jap bace bro.. ade yg btol cam kene perli pun ade..hahahaa

    ReplyDelete
  5. Wah, aen suka info ni
    Thumbs up beb

    :)

    ReplyDelete
  6. betOl6....semoga tahun baru nie kita ubah kepada yg lebih baik....

    **Insaf...

    ReplyDelete