Monday, 6 December 2010

Sunyi dan rasa macam SAKiT JIWA sekejap.

~kualiti gambar sangat hampeh bila ambik gambar ngn webcam~

Tak tahu nak start macamana. Yang aku boleh cakap sekarang ni aku sangat sunyi rasa dah macam sakit jiwa. Orang cakap kalau sunyi kena keluar dari bilik kan. Tadi dah keluar, tapi aku rasa lagi sunyi. Ye laa keluar pun sorang-sorang macamana tak sunyi. Orang lain semua dah balik kampung. Aku je yang duk terperap kat bilik lagi. Orang lain dah tentu tengah hepi-hepi kat kampung. Esok aku nekad nak balik jugak. Semua kerja yang aku nak buat semuanya tercancel!!! Apa nak jadi ngn aku ni?? Stress tahap gila baban dan ni.. Kalau aku tahu la semua tercancel macam ni, baek aku balik kampung awal-awal duk ngan adik aku. Dia selalu sms aku tanya bila balik??. Kesian kat dia duk rumah sorang-sorang. Makan sorang, tengok tv sorang, tidur sorang, jaga kedai sorang-sorang. Kadang-kadang je anak saudara aku pegi teman. Walaupun lelaki, dia tu sangat penakot ok!! Hahaha.. Mujurlaa sekarang ni musim cuti sekolah. Kalau hari sekolah maunya tak bangun lambat.. Dia baru tingkatan 4.
Aku ni plak kalau duk dekat mula la nak cari gaduh ngan dia. Kalau duk jaoh-jaoh rindu-rindu plak. Abang mana yang tak sayang kat adik. Mujurlaa aku ada sorang adik je. Kalau ramai matilah pokai aku sebab setiap kali balik dari bercuti mana-mana mesti kena beli ole-ole. Biasanya aku beli baju. Huhu.. Baju bukan sebarang baju ok. Saiz XXXL kot. Hahaha.. Hari tu pi Langkawi dah beli baju untuk adik aku, mak ngn ayah aku. Hahaha.. Aku pun terlupa nak beli baju untuk aku. Hahaha.. tak ape lah, dah dapat gi bercuti kat sana pun dah bagus.
Tadi keluar gi tengok wayang citer "Aku Tak Bodoh". Suka cerita tu. Banyak jugak moral value kat movie tu. Lawak pun sempoi dan bersahaja. Huhu. Part yang paling aku ingat masa   pakcik tu nak meninggal dunia dan dia cakap kat guru besar tu macam ni " Buang pelajar dari sekolah bukannya penyelesaian masalah, tapi lagi menambahkan lagi masalah sosial pelajar itu." Aku setuju dengan dialog itu. 




Antara para pelakon yang membintangi Aku Tak Bodoh.


Suka artis korea??? Mau jumpa diorang??? Apa lagi klik laa sini.. Best wooo...

8 comments:

  1. Q, dh takde orang ke kat k6???
    jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri...selamat balik kampung..

    ReplyDelete
  2. ak ad lg dok k6...mari la bilik ak...haha..nuar..result tubik doh..haha

    ReplyDelete
  3. rilek bro.. bgs gak ko tgk aku x bodoh 2..leh release tension.. aku dpt preview dia ritu..mmg best gile tp xramai yg tgk cz poster kurang menarik kot..

    ReplyDelete
  4. ok jumpa kat kg..aq da kat kg raja ni..naik moto mai la cini

    ReplyDelete
  5. Anuar Al-Ameen:: tak de misteri pon...huhu...

    ReplyDelete
  6. darkbatman:: huhu.. tapi series bes citer tuh..

    ReplyDelete
  7. hamihemo:: moto xdop roadtax laaa...

    ReplyDelete