Wednesday, 8 December 2010

Pernah dengar perkataan Hallelujah?? Tau tak maksud dia apa??



Alkisahnya ketika Abang Que ( aiseh, time entri ilmiah je terus jadi abang eh) sedang menonton Drama Korean tajuk You 're Beautiful episod satu, satu adegan dalam church dengan menyebut Hallelujah/ Halleluyah. So... emm tak mau lah so, guna lantas plak... Lantas, terdetik di hati ini, "eh, apakah maksud perkataan hallelujah itu??? Aku duk asyek nyanyi lagu tu weh... Ada satu lagu yang Celine Dion pernah berduet ngn kumpulan hape ntah kat Oprah.. Hommaigod.. Matilah aku... Kena google nih..." Begitulah kisahnya. google punye google kat wikipedia, apa yang Abang Que dapat bagitau kat anda semua, Hallelujah itu bermaksud Praise the Lord. Kalau dalam Islam, Alhamdulillah.


Hallelujah atau Halleluyah adalah perkataan bahasa Ibrani yang bererti "puji Yah ". Bahasa Ibrani tu bahasa yang orang Yahudi bertutur tiap-tiap hari. Perkataan ini sebahagian besarnya ditemui dalam kitab Zabur dan sebutan yang serupa terdapat dalam banyak bahasa. Perkataan ini digunakan dalam agama Yahudi sebagai sebahagian daripada doa-doa Hallel ( Abang Que pun tak tau doa Hallel tu apa) dan dalam lagu puji-pujian Kristian. Perkataan ini telah diterima masuk ke dalam bahasa Inggeris.

Perkataan "hallelujah" yang disebut dalam kitab zabur adalah perkataan Ibrani bagi meminta jemaah untuk menyertai acara puji-pujian. Terjemahan terbaik bagi hallelujah ialah "Pujilah Yah, wahai kaum", biasanya dikatakan  "Praise ye the Lord" atau "Praise the Lord" kalau lam English. Sementara itu pula, Yah ialah nama Maha Pencipta; Dia tidak pernah dirujuk sebagai Tuhan (Lord) oleh Bani Israil kuno.

Dalam Bible Ibrani, "hallelujah" sebenarnya merupakan frasa dua perkataan, bukannya satu perkataan. Bahagian pertama, hallelu, ialah bentuk jamak maskulin perintah orang kedua bagi katakerja bahasa Ibrani hallal. Bagaimana pun, "hallelujah" bererti bukan setakat "pujilah Yah", kerana perkataan hallel dalam bahasa Ibrani bererti puji-pujian yang menggembirakan untuk membesarkan Tuhan atau untuk berperlakuan gila-gila atau bodoh-bodoh. Perkataan kedua pulah Yah iaitu nama pendek bagi tuhan.

Menurut Ahmad Deedat, kalimah hallelujah berasal daripada kalimah "Allahu Ya". Asalnya ia ucapan bersambung daripada "Ya Allahu Ya Allahu Ya..." Tetapi kalimah ini diucapkan di gereja-gereja. Nak bukti,  tengok video kat bawah. Tengok sampai habis taw..






Apo2 pun kalau korang raso polik dgn apo2 pkataan English tu baik kau lupokan yo eh... 

Abang Que pun baru je sat tadi tahu weh.. Sebelum ni ingatkan Hellelujah nama perempuan. Yolah bunyi cam Joyah joyah... Hahaha... Rupanyo salah laa... Terbantut Abang Que nak tengok citer Korean nih.. Baru minit ke berapa ntah.. Hahah.. Okeh mau sambung...
Sebelum tu video yang Abang Que tengok yang sebut Hallelujah tu ada Abang Que letak kat bawah ni... Yang best tu dia nyer harmoni je.. Anggap laa dia sebut Joyah ek.. Oh Joyahh..
Sekian terima kasih. 






5 comments:

  1. aiyo, jangan sebut mende2 sangsi camni main2, alih2 jadik lain nanti,
    ave maria lah, semua tu kan religious words, kita ada word religious yang tersendiri, so stick on our own.

    ko nye loghat n.sembilan banyak salah la, aku terpaksa tegur sebagai seorang anak minang, wakaka

    ReplyDelete
  2. kat dlm citer mr.bean pon ade tyme die kat gereja.. see...

    ReplyDelete
  3. aah..tgh habiskan citer you're beautiful tu.. pasan gak perkataan tu.

    ReplyDelete
  4. aku suka entry ni.. menyampaikan ilmu dengan cara yang santai..gud job Que


    anyways, nice entry =]

    Tulisan kita bukan untuk memaksa org baca, tapi orang yang akan memaksa kita untuk menulis lagi
    ► Play. ▌▌Pause.

    ReplyDelete
  5. video yang que letak kat atas ni memang terbaik lah.. best bila dengar ustaz tu ceramah.. banyak info yang saya tak pernah tahu

    ReplyDelete