Wednesday, 1 December 2010

Perkembangan PEAK : Jadi promoter program sangat mencabar.

Bukan senang kalau nak meyakinkan orang ramai tentang program yang kami ingin lakukan. Banyak risiko untuk menghantar anak-anak yang berumur 9-12 tahun kepada orang yang tidak dikenali. Ya! saya faham semua itu. Semalam dan hari ini adalah hari yang sangat mencabar bagi kami semua MTM Kolej Keenam. Demi mencari peserta untuk program terbaru kami Play, Enjoy, Asimilate Knowledge (PEAK) (Klik Sini PEAK) kami semua sanggup untuk mengorbankan masa cuti untuk bersama dengan famili tercinta..
Dan pada dua hari ini juga, kami dah banyak lalui perkara-perkara yang mungkin akan menjadi kenangan buat selamanya. Walaupun terasa penat yang teramat sangat, tapi bila berjumpa kami masih lagi mampu mengukirkan senyuman dan melontarkan senda tawa untuk menghiburkan hati walaupun target untuk mendapatkan peserta belum lagi mencapai tahap yang diingini. Namun kami belum berputus asa. Kami akan cuba selagi terdaya.!

Pengalaman hari yang pertama.

  1. Saya bersama Zul, Hasfalini, dan juga Bee telah merempit ke Putrajaya Presint 16. 
  2. Bagi salam tiap-tiap rumah, ada yang tak nak keluar rumah, ada yang ajak masuk rumah, ada yang bagitau anak dia suruh cakap dia penat.. Hahaha..macam-macam ragam.. Ada yang intai kat langsir. Ada yang suruh anak bagitau mak takde kat rumah. Ada yang dah nak keluar rumah then bila nampak kami masuk dan kunci pintu balik!. Adakah muka kami macam hantu? Kalau macam lembu panda ada laa sorang!!
  3. Kami bersyukur kerana ada juga yang beri respon yang positif.
  4. Hujan turun dengan lebatnya, Meredah hujan.. Mujur ada dua kaki payung yang sekangkang kera itu..
  5. Kilat dan guruh pun ada, berhenti kt pondok dan buat strategi sambil mengumpat. (ketua mengumpat - Hasfalini)
  6. Kemudian kami pergi ke Alamanda.
  7. Lagi dahsyat, semua orang tepis tangan kami. 
  8. Rasa serba salah nak ganggu orang bershopping dan makan-makan.
  9. Terjumpa dengan YDP PIBG dan mendapat respon positif.
  10. Ada jugak yang tak sempat nak explain sebab nak balik cepat.

Pengalaman Hari yang Kedua.

  1. Merempit lagi ke Sungai Merab, Bangi, dan juga Putrajaya.
  2. Masa kat Sungai Merab, rezeki kami dapat minum air zam-zam dan dapat makan buah kurma sebab terbagi salam rumah kat orang yang baru balik dari Haji.. (Teringat plak kat my parents kat Mekah yg belum balik lagi)
  3. Kemudian kat Bandar Baru Bangi, layanan orang-orang kat situ sangat baik sebab penduduk terdiri dalam kalangan orang-orang yang dah veteren yang dah pencen. 
  4. Kat kawasan perumahan Bangi dah dapat sorang peserta.
  5. Pastu terjumpa sorang pakcik yang pakai singlet ni then kena ceramah pasal ape ntah. aku tak dengar sangat. Ada ke patut dia suruh kami batalkan program ini??!! -_-'
  6. Pergi sembahyang Zohor di Masjid Bangi Perdana.
  7. Promote lagi dan dapat lagi sorang. Alhamdulillah.
  8. Suruh Tok Imam wara-warakan program ini pada malam ini.
  9. Kemudian pergi Putrajaya. ~ masa ni dah sangat penat, tangan dah berbelang hitam. Muka dah burn. Punggung dah panas, lemak dah cair.!
  10. Kat Putrayaja sangat best sebab pergi ke Kementerian Pelajaran Malaysia. 
  11. Dapat ilmu pasal pendidikan khas dan kanak-kanak yang istimewa.
  12. Tak sangka pegawai kat situ bagi talk sangat panjang dan tunjuk macam-macam kat bilik tu.
  13. Kesimpulannya hari ini sangat banyak manfaat.






p/s:: semoga esok dapat ramai lagi peserta.

6 comments:

  1. byk ni komen aku nk bagi

    1) bt peminat wamozuwaha, yg bju kelabu tu saya, blh follow di hasfalini.blogspot.com.terima kasih.

    2) ketua mengumpat bukan aku lah, zul wei..haha

    3) ala, ko tak cter pom pasal malapetaka yang berlakuu hari ni...

    4) tiba3 rasa nk tukar jd cikgu pendidikan khas.

    ReplyDelete
  2. apakah sulit sangat program tu? promote dekat budak sekolah agaknya lebih mudah

    ReplyDelete
  3. macam lini hasnan, byk gak nk comment

    1. kenapa muke zul kuyu jee.
    2. takde sekolah berminat ke?
    3. sabarlah ujan + ujian yang menimpa kalian
    4. ade kene bayaran tak program ni?
    5. best tak program ni?

    ReplyDelete
  4. satu lagi tertinggal
    6. kenapa muzik sangat sedih ni????

    ReplyDelete
  5. satu lagi tertinggal
    6. kenapa muzik sangat sedih ni????

    ReplyDelete
  6. waa best tu main hujan..nak main gak la..
    awat cik panda buat muka cam tu heeh..mengumpat sikit...
    as..wa vote gitu hhehehe

    ReplyDelete