Thursday, 2 December 2010

Pergi buang hingus yang meleleh tepi hidung sampai nak masuk ke mulut.. yakss!!

Hari ini muka, leher, tangan, jari, dan bibir aku sangat hitam legam. Sebab pergi tawaf kat Putrajaya mencari bangunan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Entah ada atau tak ade blok tu?? Pegawai kat situ cakap ada. Tapi kami tak jumpa pun pakcik!!! Kami jumpa bangunan Jabatan Peguam Negara jew, JPN jugak... Dah ler panas kat Putrajaya tuh.. Burn kulit kami taw.. Bontot pun dah nak jadi batu + hangus + rentung dah... Lemak tepu dah cair semua.. Rasa macam nak fengsan ok!! Pastu pergi kat kawasan perumahan mujur tak kena kejar ngan anjing !!
Hari ni, lepas je jadi promoter untuk program PEAK, kami semua terus merempit ke MAHA2010 untuk menghabiskan tester segala kerepek, keropok lekor, sosej, karipap, donat dan macam-macam lagi. Time nak test tu ok je, tapi time nak mengundurkan diri sebab tak jadi beli tu yang serba salah sikit. Hahaha.. memang tak mau beli pun. 

Hari ini adalah kali ke tiga aku pegi MAHA ni. Pergi jenguk-jenguk je. Tak beli apa-apa pun. Semalam sempat jugak buat pemeriksaan mata secara percuma. Mata pedih gak laaa sebab dia bubuh air apa ntah!!!.. Tapi takde laa sampai pedih gile-gile.. Huhu.. Hari ni plak, aku beriya-iya ajak diorang pergi kat booth Permata Hijrah. Hari ni check resdung plak. Hommaigod, dia cucuk cutton buds kat dalam telinga dan juga sumbat kat dalam hidung dalam-dalam.. Rasakan... Dia penyet-penyet hidung aku sampai hidung aku yang mula-mula dari warna kulit kepada warna marron terus..  Diaorang urut-urut badan sket. Kemudian dia yang lapkan hingus.sinus kat hidung aku. Haiiyooo!! Malu aku.. Letih satu badah duk hembus segala hingus mingus serta sinus... Mula-mula diorang cakap 15-20 minit, tapi turn aku sampai satu jam kot... RM50 melayang~ Tapi kesan lepas tu kan, masa hirup udara ni terus sampai ke kepala hotak aku. Tenang jew!!!

 Merempit ok!


Buat pemeriksaan mata secara percuma..


Cotton bud tu bukan untuk korek taik telinga taw... Dia ada letak ubat tu.. 

Dia datag daaaa.... sinus laaa.. dah nak bersin... Pemeriksaan ni percuma. 


Time ni dah berbayar sebab buat rawatan. 


Oppssss!! 


Dia picit-picit pipi, hidung, dahi segala... 

Bro, bleh tak tepi sikit kawan i nak ambik gambar i ni.. 


 enterframe sangat...kannn...


Hommaigoddd... apa yang putih-putih tu??? Mayonis ke?? Opss..

p/s:: Kepada Zul, Hasfalini, Bee - bestnya kalau dapat makan cendol...

4 comments:

  1. heheh aq boleh bayangkan hidung ko tu cam mana..makan pedas pun dah merah..kalau kena cucuk..kena hembus hingus bagai tu..ooo alamak merah menyala hidung ko tu..tapi tak pe asal berkesan kan..

    ReplyDelete
  2. bongeks! cendol mu la..eh, aku rase gelap kot pic y aku amek tuu

    ReplyDelete
  3. Akhirnya, mendapatkan apa yang saya cari! Saya pasti menikmati setiap sedikit itu. Senang aku tersandung ke dalam artikel ini! senyum saya harus Anda simpan untuk memeriksa hal-hal baru yang Anda posting.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum semua...
    Kaedah mencair serta mengeluarkan kahak, lendir serta kotoran ni boleh didapati di:

    Rawatan membunuh kuman2 resdung

    Satu lagi tempat yg memberi hasil serta kesan memuaskan adalah di:

    Cara Menghapuskan jerawat dan resdung

    Cuma beza tempat kedua adalah mengajar para pelanggan supaya berdikari dan tak perlu lagi bergantung harap pada pihak ke-3. Semoga sukses ya! Tq.

    ReplyDelete