Thursday, 30 December 2010

Pemikiran kolot aku pada zaman dahulu kala kini telah terungkai.

"Korang ni macam belangkas lah... asyik berkepit je 24 jam". Pernah dengar tak peribahasa ni? erkk.. peribahasa kew??  Nak dekat-dekat lah tu kan.. Lantaklah, yang penting bukan peristiwa. Aku bukan mau cerita pasal peribahasa or perumpaan tu semua, tapi aku nak cerita pasal kejakunan, kekolotan dan juga betapa putera katak dalam tempurungnya aku ni pada zaman dahulu kala. Haaa.. korang tau tak belangkas tu menantang apa?? Kalau yang dah tau bagus laa.. Tapi korang pasti ke apa yang korang tahu tu betol?? Jangan la jadi macam aku ni sudah laa... Dulu aku dok ingat belangkas tu adalah macam monyet/mawas/kera/beruk tau. Aku baru tahu identiti sebenar belangkas adalah semasa aku masuk matrikulasi pada semester dua. Sebab masa tu kami belajar chapter biodiversity dan dia buat pengelasan hidupan kat muka bumi ni. Belangkas ni hidupan yang hidup dari zaman dinasor lagi taw...! Yang aku pelik nya cam mana aku boleh anggap belangkas tu adalah monyet??? Sape yang telah meracuni hotak aku masa tu??? Sebab tu laa kawan-kawan aku duk pelik kalau time masuk hutan aku cakap, "takutnya kalau kena kejar ngn belangkas!!" Dan kawan-kawan semua tengok dengan wajah yang menjengkelkan. "ko gila ke menatang tu nak berenang smpai sini!!". Masa tu aku xsyak pape pun lagi.. Mujur sempat masuk matrik. Kalau tak, mesti aku bagitau anak cucu aku benda yang sama..

Sedikit info pasal belangkas ek. : 
Darah berwarna biru dari belangkas berharga RM17,500 (USD5,000) seliter di Amerika Syarikat. Untuk mendapat satu liter darah biru, nelayan perlu menangkap 115 ekor belangkas bersaiz kecil di Semenanjung Malaysia. Tapi hanya 45 ekor jika belangkas di perairan Sabah kerana saiz lebih besar. 
Darah biru belangkas disedut keluar tanpa perlu membunuh belangkas tersebut.Bahan dalam badan belangkas boleh digunakan untuk mengesan virusbakteria dan toksin. Kit anti-toksin menggunakan belangkas telah berkembang di EropahAmerika SyarikatJepun dan Asia Barat sejak 1988. 
Daging dan telur belangkas boleh dimakan oleh orang Islam. Masyarakat Melayu di Kota TinggiJohor menyediakan masakan asam pedas dan sambal tumis belangkas. Ia juga boleh dimakan dengan hanya memanggang / membakar sahaja. Namun begitu untuk ia bukan sesuatu yang mudah kerana belangkas terdapat sejenis toksin yang boleh memberikan ketidakselesaan kepada deria (pening) atau biasanya dikenali sebagai MABUK. Hanya bahagian tertentu sahaja boleh dimakan dan hanya seseorang yang benar-benar tahu sahaja tahu cara menyediakan makanan laut dari belangkas ini.
p/s:: orang cakap kalau kita cium belankas nanti dpt pasangan yang setia. btol x??? sah mengarut!!.. Hanya betol jika korang tu adalah belangkas jew!!!

Ni laa belangkas yang sebenar.

Dahulu kala ku pikirkan ini adalah belangkas. Hahaha.. Mengong!!!

6 comments:

  1. belangkas! dulu selalu makan. sekarang dah malas nak pergi cari :P

    ReplyDelete
  2. aah...orang cakap belangkas sedap. Tapi aku tak leh tahan makan telur die..pening.
    dulu masa kecik jakun giler kalau jumpa belangkas tp masih xleh lawan kejakunan ko smpi ingat belangkas monyet. hahaha

    ReplyDelete
  3. Weh masa p Langkawi time kita tu kan ada abg tu tunjuk belangkas...x ingat ka???

    ReplyDelete
  4. pertama kali dengar belangkas adalah monyet...huhuhu

    ReplyDelete
  5. anda di tag..silalah melawat blog saya...

    ReplyDelete
  6. kesian giler kt ko dah 18 thn idup bru kenal belangkas!hehehehe

    ReplyDelete