Tuesday, 28 December 2010

PEAK: Dah mula rindu kat diorang..

Esok program ni dah nak habes. Uwaaa... sedih.. budak-budak ni dah nak pergi balik rumah masing-masing. Walaupun sangat pening nak melayan kerenah diorang ni tapi memang kelakor habis. Macam-macam perangai weh yang diorang ada. Hahaha.. Yang paling kena bersabar time diorang banyak bertanya. Kalau nak main game yang kitaorang buat ni ada jugak yang cakap boring -_-". Sabar je lah banyak-banyak. Tak reti langsung ambik hati kitorang. Hahahaha.. Very the berterus terang okkey diorang ni. Tapi serius diorang ni jenis budak-budak yang sporting. Ikut je apa yang kami suruh buat. Sebabnya, diorang ni nak kejar dek bintang. Sape menang, dapat bintang. Sape kalah bintangnya kena tarik. Sape yang dpt byak paling bintang diorang laa yang dapat banyak hadiah. Hahaha... 

 Mentang-mentang laa kami cakap pasal bintang, dia terus wat bintang kat pipi tu. 


Di Bukit Ekspo, main treasure hunt dan explorace 


Makan dia..jangan tak makan. Habis okeh diorang makan. Jangan main-main. 

Kan I dah cakap. Licin... Siap jilat lagi lepas tu. sangat mematuhi arahan. 


Peserta PEAK. Start dari darjah 3 hingga darjah 6. Tapi ada sorang tingkatan 1.  


Kalau bab main game memang fokus.

 Mase maen sukaneka. Letih ke dik oooii...?


Ni game teka simpulan bahasa. Diorang kena teka apa simpulan bahasa yang kawan dia lukis. Banyak yang budak-budak ni lukis aku langsung tak paham, tapi yang terkejutnya diorang dapat jawab semua okeh. cuba teka apa yang dia lukis tu??? Aku ingat bulu ayam. Macam pam mangkuk tandas pun ada. Rupa-rupanya tangan panjang. Hadoiiii~


Ni budak darjah tiga tu. Hahha.. kakak dia darjah berapa ntah. Masa daftar tu dia nak duduk satu bilik ngn akak dia. Mane boleh dik. Pastu kami pujuk, then sekarang dia yang paling menyerlah ok.. Dah jadi bilal pun kat surau. Bagus dik..


Inilah bintang-bintang yang diorang rebutkan utk tampal kat whiteboard nih. Hahaha..

p/s:: sekian. esok malam ni ada malam kebudayaan. mau tengok video diorang x?

4 comments:

  1. haha kanak-kanak memang jujur :) seronok tengok bebudak ni

    ReplyDelete
  2. WoW! best jer tgok pic bebudak tu semua.. comey2 blaka.. ;)

    ReplyDelete
  3. aktif giler hang join benda2 cmni..memang bakal pemimpin masa depan negara ni heheh..

    ReplyDelete