Thursday, 2 December 2010

Kesah perkongsian makanan dengan lalat.

Assalamualaikum, hari ni saya dan rakan-rakan perlu ke Putrajaya lagi untuk mencari peserta ke Program yang kami akan anjurkan. Sakit jugak kepala memikirkan benda ni. Huhuhu.. Sejak kebelakangan ini, blog ini pun dah tak terurus dan pengunjung pun makin berkurangan. Kalau dulu saya banyak join contestkan.. Kebanyakan contest yang saya dah join pun semuanya dah kalah. Hahahah... Tidak ada rezeki. Oleh yang demikian, saya rasakan saya harus melakukan pembaharuan untuk blog ini. Sebab itu lah saya menukar header dan background kat belakang itu. Header yang dulu macam dah tak de seri dah.. Huhuhu.. 
Semalam, masa kami pergi cari bebudak sekolah tu kan, memang banyak malapetaka dan nasib malang menimpa kami semua. 



  1. Dah laa sesat tu memang confirm laa, tak leh nak buat apa dah sebab ini bukan kampung halaman kami. Tapi gigih jugak untuk mencari jalan keluar walaupun terkial-kial mencari sign board.
  2. Ada yang hilang duit RM10 yang diletakkan dalam poket seluar.
  3. Ada yang salah letak kunci motor membuatkan kami gerak lambat ke lokasi. Ni semua kerja si Panda lingkaran gelap itu.
  4. Si Hasfalini tu plak dengan tidak sengajanya telah berkongsi makanan iaitu roti Butterscoth dengan dua ekor lalat. *dengan sayunya beliau menghulurkan roti itu di lantai untuk meringankan beban pasangan lalat itu sambil merenung nasib yang kebuluran.
  5. Sweater plak jatuh di jalanan.. terpaksa membongkokkan diri ambik sweater tu balik walaupun dah terseret beberapa km.
  6. Nak cari tempat makan kat putrajaya, terpaksa masuk restoran dan tanya harga makanan, lepas tu terus keluar balik sebab harga mahal.. Ermmm tebal muka kami yang pakai baju korporat UPM tapi sengkek gila.
  7. Balik plak hujan, baju Bee tu terkena taik minyak hitam yang bertompok di belakang bajunya itu.
  8. Baju Si Hasfalini plak terkena air kopi. Yang menimbulkan tanda tanya, dia tak perasan pun baju dia kena air tu. Kami plak yang perasan. Excited sangat masa pergi kat MAHA. Semua tester dia makan dan minum weh patut laa baju kena air kopi pun tak tau.

2 comments:

  1. lololololol sedihnya..tapi gigih..i like..hheeh jangan ambik hati..hehhhe...nice header ..

    ReplyDelete
  2. haha, sbb mu la aku kogsi mknan ngn lalat itu.

    ReplyDelete