Wednesday, 1 December 2010

Kepada Ibu bapa yang ada anak-anak yang berumur 10-12 tahun sila baca ini.

Assalamualaikum
Saya mahu buat satu pengumuman di sini, sila beri perhatian tau. Nak pinjam mata dan hati anda semua. Hehehe.. voleykannn... Hahaha.. Sebenar - benarnya., kat kolej saya iaitu Kolej Keenam, Universiti Putra Malaysia, Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Keenam akan mengadakan satu program yang bernama Play, Enjoy, Assimilate Knowledge (PEAK) pada 27 - 29 Disember 2010.
Program ini adalah program di mana melibatkan penyertaan dari pelajar-pelajar sekolah rendah yang berumur dari 9 - 12 tahun. Tak kira lelaki atau perempuan.  Program ini berlangsung selama 3 hari 2 malam dan anak-anak anda akan stay di Kolej Keenam,UPM bersama fasilitator-fasilitator.
Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kemahiran komunikasi serta jati diri anak-anak sejak dari sekolah rendah lagi. Ini adalah kerana, kami dapat lihat, anak-anak muda yang masuk universiti sekarang amat malu, segan dan tak boleh bercakap langsung di hadapan. Oleh itu, kami tertanya-tanya kenapa boleh berlakunya sedemikian?? Dengan ini kami sendiri memutuskan untuk meningkatkan kemahiran komunikasi, keberanian, kemahiran berfikiran kreatif dalam kalangan sekolah rendah lagi. 
Sebelum ini kami juga ada pernah melakukan program sedemikian untuk pelajar sekolah menengah. Salah satu aktivitinya adalah Public Speaking, kami bagi tajuk dan mereka kena bercakap mengenai tajuk tersebut selama 5 minit dan keputusannya hanya seorang sahaja boleh bercakap dengan baik dan idea yang bernas daripada 50 orang peserta. Maka tercetuslah program ini yang hanya melibatkan pelajar sekolah rendah yang mana, kami ingin memupuk kemahiran komunikasi dari peringkat awal lagi.  Di sini juga, di dalam program ini, kami akan menerapkan elemen kepemimpinan di dalam diri para peserta program.
Untuk pengetahuan ibu bapa, program ini memang sesuai untuk anak-anak anda sebab program ini tidak stress, dan program ini bukan program akademik, tapi program yang membina jati diri serta sahsiah diri yang kami akan terapkan dalam aktiviti-aktiviti dan modul yang telah kami sediakan dengan rapi. Di samping itu, kami juga sudi untuk berkongsi pengalaman serta ilmu kepada anak-anak anda dalam akademik memandangkan ramai di antara kami merupakan bakal-bakal guru di masa hadapan kelak.
Makluman, untuk yuran, kami akan mengenakan bayaran yuran sebanyak RM100 sahaja. Dan anda bolehlah bank-in kan ke dalam akaun CIMB -  IQBAL ISMAT BIN NORDIN ( 1427 0078 4005 20)
Oleh itu, jika berminat, anda bolehlah menghubungi saya di talian Wan Qhairi - 013-5190233 dan jugak rakan-rakan saya di talian 012-2463708 - Aida, 017-2789693 - Hanapi, 013-9182100 - Nabilah, 017-5447220 - Chong Yao. Sebarang maklumat lanjut anda boleh juga bertanyakan di facebook pengarah program. Search Kuen Win atau kuenaida@yahoo.com.my. Usah risau, makanan dan tempat penginapan akan disediakan untuk anak-anak anda.
Untuk kaunter pendaftaran, anda boleh mendaftarkan anak-anak anda pada 26 Disember 2010 pada pukul 3 - 5 petang manakala ada 27 Disember 2010 pada pukul 7.30 pagi hingga 9 pagi.
Sebarang pertanyaan anda boleh komen kat entri ni ek.. Sekian sahaja dari saya. Terima kasih.


p/s:: nanti suruh anak-anak anda bawak kawan diorng jugak ek.. hehehe..







berikut adalah gambar-gambar program yang telah kami jalankan sebelum ini. 
=)

2 comments:

  1. program yang agak menarik! gud luck MTM kolej keenam UPM..semoga program yg bakal dijalankan ini akan berlangsung dgn jayanya..insyaallah...

    ReplyDelete
  2. eh,,mcm knl gmbr2 ini...
    saya tahu ini program ape.....

    ReplyDelete