Wednesday, 8 December 2010

Happy Birthday untuk sesiapa yang sambut besday minggu ini.

Assalamualaikum semua kawan-kawan blogger mahupun bukan blogger yang membaca entri ribut ni. Sihat tak???  Lama kita tak jumpa kan.. *padahal tak pernah jumpa pun. Hahahha... Rasa macam slow je hari nih.. Update fesbuk pun xde sorang layan weh.. Hahahaha... Tapi ramai je yang online... Aku invisible ke??? Hahha.. Bukak twitter plak lagi la sepi sebab kawan-kawan aku tak ramai ada twitter.. Kalau YM plak aku malas nak bukak.. Malas nak chatting coz tak tau nak cakap pasal apa.. Hahaha.. Kalau aku online pun mesti aku invisible jugak. Hehehhe.. Baru je lepas packing pakaian disebabkan hari ini aku sangat free giler dan tak bizi macam YB yang PokCik Hans cakap tuh.  Sekarang mungkin dia yang sedang busy dengan walkie talkie baru dia tu. Hahaha.., kat entri ini jugak aku mau ucapkan happy birthday kepada semua orang yang menyambut birthday pada minggu ini.. Hahaha.. Terutamanya kepada kawan saya iaitu Faidzan Hasmunira dan juga Akasyah. Tak lupa juga kepada kawan-kawan-kawan blogger yang telah dan akan menyambut birthday mereka. Yang saya dapat kesan hanya AdamZico dan FahmiFauzi. Happy Belated Birthday. Hehehe.. Video kat bawah itu untuk kamu semua.
Nak ucap terima kasih kepada semua yang sudi menjenguk blog saya yang tidak seberapa nih. hahaha.. blog yang mengarut je memanjang. Kalau ada benda yang baik kat blog ini, anda ambik dan cedoklah untuk jadikan tauladan, dan bagi yang tak baik anda jadikan sempadan ek... jangan plak duk ikut benda yang tak baik tu. hehehe.. Kepada pasangan suami isteri tu, kuatkanlah ikatan kasih sayang anda dengan erat. Kalau ada masalah bawakkan berbincang ek, bertolak ansur dan saling faham memahami tu amat penting. Elakkan penceraian taw.. Kalau yang dah ada anak tu, fikirlah masa depan anak.. Hurmm cakap pasal anak, sekarang AbangNara sedang mencari nama anak lelaki yang best-best dan maksud pun best. Tadi aku cadangkan nama Ahmad Zulqhairi (poyo je cadangkan nama sendiri..hahahaaha) tak tau laa terima or tak. Hahaha.. Kalau anda ada terfikir nak bagi nama kat beliau, silalah ke page facebook beautiful nara ek http://www.facebook.com/pages/BeautifulNaracom/123067383099 . 
Satu lagi, bagi sesiapa yang ada twitter, silalah kita saling follow- mengfollow sebab saya boring sorang-sorang duk tweet kat situ. Tak de sape pun yang nak reply.. Huk huk huk.. T__T.. OK.. Bye~

No comments:

Post a Comment