Tuesday, 7 December 2010

Fesyen Rambut Untuk kaum Adam di Tahun Baru ~

Memandangkan kita sedang menyambut Awal Muharram 1432 dan bakal menyambut tahun baru 2011, so saya dengan bangganya ingin mempersembahkan fesyen-fesyen terbaru yang mungkin anda boleh buat untuk penampilan anda pada tahun baru. Hahaha.. Khas untuk kaum Adam sahaja okehh... Fesyen-fesyen ini jugak boleh dijadikan modal untuk mengurat aweks ek.. Hahaha.. Selain anda makan W.O Protein yang diwara-warakan oleh Mr. Aie tu, anda juga boleh menggunakan cara Mr. Que ini.. Hahaha.. Saya la tu wehh... Fesyen-fesyen ini juga boleh diaplikasikan bila ingin menghadiri upacara-upacara seperti Grammy Awards, Anugerah Juara Lagu, Menonton filem 2 Alam, Bertemu Artis Korea, Naik kapal terbang ke New Zealand, jumpa bakal mak mertua, melawat orang sakit di hospital dan macam-macam lagi lah.. Banyak function. Boleh dikatakan fesyen rambut ni universal okeh.. Yang penting, kat majlis tu anda yang paling meletop. Kepada Bro: Ben Ashaari, Hamzah, Darkbatman, KembaTolo, Qarl, Aizul Marcello, Irine Nadia Mercello, EqbalZack, dan semua boleh la try buat eh....  Bagi yang rambutnya seciput, kenalah simpan lama-lama rambut tu dulu biar lebat.. Hehehe.. Kita ke fesyen rambut yang pertama : 

http://matcuoi.com: Fesyen Alunan Ombak

Fesyen ini sesuai untuk ke kuliah untuk kelihatan lebih bijak dan nerd okeh.
Kalau mahu kelihatan lagi nerd, anda boleh meminjam cermin mata
yang berbingkai besar dari Cik Epal yg cantek itu.
hari tu saya nampak dia pakai masa dia pegi Putrajaya.
Fesyen ini diadaptasi dari fesyen rambut Elvis Presley taw.. 
Bukan calang-calang orang yang boleh mengalunkan
rambut seperti alunan ombak taw. Remy Ishak pun tak reti nak buat. 
Kalau mahu buat, boleh laa belajar dari Hero-hero Tamil ek. 
I selalu nampak diorang muncul dengan fesyen rambut begini.

 http://matcuoi.com: Fesyen Angin Monsun Barat Daya
Ini adalah konsep Halilintar di mana fesyen ini biasanya akan terperoleh secara semulajadi
apabila seseorang itu terkenal petir dan kejutan elektrik. Hahahha.. Cantek bukan??
Kalau rambut anda lebat, anda boleh buat amal dengan menubuhkan zoo untuk kutu-kutu sedunia. Untuk rambut yang beruban, anda jangan risau, 
rambut anda lagi mahal sebab kutu-kutu itu ingat
mereka berada di antartika. Diorang memang sukakan salji..

http://matcuoi.com: Fesyen Dr. Rozmey Malatop.
Fesyen rambut ni lagi mahal okeh.. Original dari Malaysia.  Hanya terdapat di Malaysia.
Sesiapa yang buat fesyen ini anda dapat hadiah jus mate 5 secara free.. Huhu..
Anda pasti akan kelihatan lagi tampan dan segak bergaya pabila mengenakan 
fesyen ini lebih-lebih lagi sewaktu menonton filem 2 Alam. Good Job for Dr. Rozmey.
diorang cakap rambut ni cendawankan.. tang mana yang cendawan tu???

http://matcuoi.com: Fesyen Abu Usop Sontorian.
Rambut ini famous dalam famili aku weh.. 
The geng of anak saudara aku semua buat fesyen ni.
panjang laa macamana pun rambut diorang tu, tetap akan terpacak 25jam okeh.. Lagi-lagi
si Aiman dan Adiknya si Adib tuh. Bak kata sape ntah, Kalau cicak jatuh atas kepada 
konpem hilang nyawa dengan serta merta tanpa segan silu..

http://matcuoi.com: Fesyen Tomok The Movie
Oyeahhh... Fesyen ini fofular pada masa kini okehh.. 
Budak budak remaja suka laa macam ni.
Fesyen tutup sebelah mata ni..pastu jalan-jalan mula laa tersepak tiang laa benteng laa..
Biasanya kalau rambut panjang orang akan menghalakan ke belakang, yang ini lain tau.
Dia akan halakan ke hadapan.. macam ni laa jugak geng-geng pontianak tu berfesyen tau.
hahahaah... u'olls tiru dia la tuu... hehehe.. credit tu Tomok.. hihihi.. Tapi kalau pandai
bergaya dengan rambut macam ni memang nampak nice macam Tomok ngn Zwan Sabri ni

http://matcuoi.com: Fesyen Gunung Merapi Meletus
Fesyen ni pun ramai orang buat okeh.. Aku pun kadang-kadang terlibat.. 
Tapi yang paling menyerlah adalah si Mijea
Jambul ayam jantan sangat rambot dia. Wallaweee...  Patot laa fofular.
2 orang lagi yang fofular adalah Mr. Hizami dan Fiq Fikri. Malatop okeh.. Hahaha..
Kalau rambut lagi panjang, lagi up laa aura gunung merapi tuh.. hahaha..

Tamatlah sudah segmen fesyen untuk kali ini. Tenkiu kepada model-model kita yang di atas itu. Amat sweet mereka menggayakan kimono itu. hahaha.. Untuk nama-nama blogger yang disiarkan hanyalah untuk suka-suka. Jangan terasa hati ek. Maaf jika ada terasa di hati. Peace . Huhu..


p/s:: Nampaknya si Kembar 3 pun menggayakan fesyen rambut baru.. Huhuu.. Bagos2... nampak lagi hensem dan cute.. Hahaha.. Aku ni plak tak tao nak gunting rambot bila .hahaha... 

17 comments:

  1. gua punya fessyen boleh pergi mana2.. konsert boleh ke majlis tahlil pun boleh.. keh keh

    ReplyDelete
  2. fesyen mawi takde ke? gua suka fesyen mawi.. haha

    ReplyDelete
  3. hahaha...akan kehilangan rambut 3 thn akan dtg...bahana PhD!

    ReplyDelete
  4. hamzah ian:: hahaha... ke kubur pun boleh.. hahah

    ReplyDelete
  5. kembatolo™:: rambot mawi tu dah expired.. hahaha.. rambot tu sama je ngn fesyen abu usop sontorian.. hehe

    ReplyDelete
  6. eqbalzack :: hati2.. my bro in law pun dah mengalaminya.. haha

    ReplyDelete
  7. haha..comel..bro, cmne ko wt background cm2? ajar aku bro..

    ReplyDelete
  8. Hahaha.. lawak2.. tp ok la der fesyen2 rambut tu.. haha.. knp bro sndiri yg wat setiap fesyen tu pastu bubuh ar pic2 bro tu dlm en3.. hehe

    ReplyDelete
  9. haha...yg dr.rozmey tu.., 'remos' kasi tepi lg k. ! hahahhaaa

    ReplyDelete
  10. whahahah..skung rambut ku tak sesuia buak gunung berpi bahaye.
    aku nk try buat rambut cam doc rozmi..meletop ko.ahhah

    ReplyDelete
  11. haha

    rambut qarl skang cm aslan NARNIA tu hahaha

    ReplyDelete
  12. Haha.. Terima kasehla sebab memuji rambut aku walaupun agak kecik ati sebab samakan ngan geng2 pontianak.. huhu..
    btw, thanks kepada Tomok sebab bagi inspirasi kat aku untuk trus ngan fesyen rambut nii.. ;)

    ReplyDelete
  13. hahaha! cute laa! banyak pilihan tu, yg paling tak tahan dr rozmey malatop hehehe... btw si kembar kalau rambut panjang jd cam fesyen angin monsun barat daya tu laa kot kihkihkih

    ReplyDelete
  14. Terima kasih atas informasi menarik

    ReplyDelete