Friday, 3 December 2010

Bukan senang aku nak luah benda-benda macam ni.

Bestnye music ni. Hahaha.. Sayu plak aku rasa.. Nak wat entri tacing bleh?? Kalau tak tacing jangan marah ek. Hahaha.. Tak kesah kalau korang tak tacing, yang penting aku yang tacing. Hoho.. Sekarang pukul 5:21 Petang. 3 Disember 2010. Hari Jumaat.
Tiba-tiba kepala aku ni terasa berat. Besar amanah yang aku kena pikul. Besar sungguh tanggungjawab aku ni. Ya, aku seorang hamba - Allah, seorang anak, seorang adik, seorang abang, seorang pelajar, dan seorang sahabat. Bahu yang aku ada sekarang ni terasa amat berat untuk aku pikul semua ni sekarang. Masa berlalu begitu pantas. Pernah juga aku bertanya kepada diriku sendiri, kenapa benda ini aku perlu hadapi ? Aku sorang je ke yang rasa perkara ni??... Aku sangat-sangat mahukan seperti dulu.
Aku tahu, kawan-kawanku tak pernah tahu pasal perkara ni. Aku pun tak pernah bercerita. Kenapa? Aku rasa belum tiba masanya dan biarlah aku seorang sahaja yang mengetahuinya. Orang lain takkan faham apa yang kita rasa. Aku jugak tak mahu mereka bertanggapan negatif. Tidak sama sekali. 

Bila dia ada, kita tidak hargai. Bila dia pergi kita harapkan kepulangan. Bila kita memiliki, kita tak pernah mensyukuri, malah kita lagi menyakiti dia, bila kepercayaan sesama sendiri sudah hilang, keraguan mulalah merajai jiwa. Aku hanya mampu berdoa. Lidahku masih lagi kelu untuk bersuara. Belum tiba masanya atau keyakinan amat kurang?? Mungkin juga rasa hormat yang masih menebal di dada ini membuatkan mulutku terkunci. Aku masih biarkan suasana itu terjadi dengan kehendak mereka. 
Pernah juga terlintas di fikiran, soalan yang selalu bermain di benak fikiran, aku ni akhi yang baik atau tak? Kalau boleh aku mahu semua orang gembira tersenyum, senang hati! Ini tugas aku!!. Tapi macamana? Dah tak ada peluang ke untuk semua ini terjadi lagi seperti dulu? Aku harus fikirkan. Aku dah tak berdaya nak memujuk bila orang yang lebih tua dari kita berbicara benda yang merendahkan lagi diri dan status dia dari aku. Sepatutnya dia yang bagi semangat kat aku. Kuatkan semangat aku. Bagi dorongan dan sokongan kepada aku. Tapi dia seakan-akan mahu aku memujuknya dan menjanjikan benda yang aku sendiri tak mampu bagi buat masa ini.
Adil?? Tak adil kah mereka?? Banyak sangat ke benda yang lebih pada aku. Adakah aku perlu berhenti meminta dan menolak semuanya untuk puaskan hati semua orang yang seringkali bersuara tentang keadilan.? Masih tidak cukup kah segala harta benda dan pengorbanan yang mereka dapat dahulu malah sekarang pun still lagi ada.?? Masih dengkikan mereka pada aku yang amat memerlukan semua ini?? Aku berusaha untuk tidak menyusahkan mereka, tapi mengapa mereka masih nak ambik dan nak kikis hak aku? Puaskah hati mereka bila aku bagi semuanya untuk mereka?   
Aku berjanji pada diri aku sendiri, aku akan puaskan hati semua orang. Aku akan cuba sedaya upaya, namun jika aku tersungkur, aku harap ada orang yang akan bagi sokongan untuk aku. Aku tidak mahu ditindas dan diherdik dengan alasan yang tidak berasas. Jangan cepat menghukum orang lain jika diri sendiri pun tak ada hala tuju dan arah. Hidup ini bukan sekadar kerja, gaji, duit, shopping, makan dan tidur taw. Dalam kehidupan juga perlukan kesabaran, keikhlasan, rasional, kematangan, ibadah, dan sentiasa positif serta lain-lain lagi. Kita diberi akal untuk berfikir, tapi kenapa kita sering ikut hawa nafsu. Buangkan api kemarahan. Istighfar banyak-banyak. Selami hati orang lain. Jangan ambil keputusan terburu-buru, nanti buruk padahnya.



Candid ni.. Aku tengok benda lain laa.. tak tengok pun kat suami isteri tu..


14 comments:

  1. haaaaaa~santekkk gler gmbar candid....nnt dah kawen xpe kan bwat gtu???

    ReplyDelete
  2. ni lagu wali band. puaskah kan? suka gak lagu ni

    ReplyDelete
  3. Salam.. Are you okey que?

    Saya rasa gembira dan bahagia sekarang dan tahu tak saya ingatkan kawan-kawan dan awak kat sana semuanya sentiasa gembira jugak tapi sangkaan saya silap. Saya harap awak banyakkan bersabar dalam apa jua dugaan ya. Awak masih ada kawan-kawan yang memahami dan mendengar masalah awak. It's okey. Tinggal satu sem sahaja lagi dan bila ianya berakhir, sedikit sebanyak bebanan itu akan hilang dan hilang.... Insyallah.. Hope tabah dan redha ok.Senyum selalu

    ReplyDelete
  4. hah, ku tau mesti ko pura-pura tak tengok

    ReplyDelete
  5. bro, kn byk kan bsbr.. life ne xsmudah n susah spt yg kita pk kan..
    kdg2 hidup ne timbal balik..mgkin ade hikmahnya..

    ReplyDelete
  6. miemen:: tak pe.. tapi jgn wat kt public plak.. hehe

    ReplyDelete
  7. cik EPAL:: lirik dia best kann...

    ReplyDelete
  8. Sasa Al-Sharif :: macamana tau plak ni??

    ReplyDelete
  9. darkbatman:: thanks aie... skrg tgh bersabar...menanti hikmah yg bakal menyusul..insyAllah

    ReplyDelete