Friday, 31 December 2010

Azam tahun baru 2011 : Mahu jadi lagi gentleman!!! Sebelum ni gentleman kat sesetengah orang je. Hahaha..

Korang kenal tak aku ni sape?? Confirm aku rasa ramai yang belom kenal dengan aku ni kan. Antara kawan-kawan aku ni pun aku pasti tak ramai yang betul-betul kenal dengan aku. Aku ni hanya sebuah watak yang kurang skrip tetapi banyak ekspresi emosi dalaman yang terselindung dengan senyuman. Apa boleh buat dah itu watak aku kan. Nak tahu perangai aku dan apa yang orang tafsir pada aku!?

Orang selalu cakap aku ni tak ada perasaan. Hati besi la, lepas tu kalau sayang, aku ni tak reti nak luahkan perasaan sayang tu, kalau pasal care, orang tak nampak aku ni seorang yang care walaupun sebenarnya aku ni seorang yang caring. =_=".!! Maaf sangat-sangat kalau korang rasa macam tu. Bagi aku, aku tak mahu jadi seorang yang complicated. Tak mau jadi seorang yang teramat teliti. Aku mahu jadi seorang yang boleh masuk dengan semua orang. Watak caring dan penyayang tu biarlah orang lain yang pegang. Mungkin orang lain lagi berkebolehan dalam hal-hal begini. Bagi aku, penyayang dan caring dari jauh pun tak apa. Sebab aku tak suka jadi watak utama. Tak ape kalau orang tak kenal, tak apa kalau tak ada orang yang suka. Sebab lagi ramai orang yang suka, makin ramai jugak orang yang tak suka aku. *Low profile!

Aku ni seorang yang simple dan sempoi. Tak suka cakap banyak. Tak suka pening-peningkan kepala. Sebab tu aku ni adalah seorang yang mudah maafkan orang lain. Walaupun orang yang bersalah tu tak datang mintak maaf dengan aku tapi aku akan memaafkannya dahulu. Sebab aku ni tak suka membebani kepala hotak aku ni dengan perkara-perkara yang remeh dan temeh itu.. Semua orang ada pendirian dan prinsip idop masing-masing, so kita kenala saling faham memahami. Aku faham ko, ko plak faham aku. *bajet baek!! hahaha..


Saya senang berkawan dengan sesiapa.. Sangat senang. Tapi saya susah untuk memulakan perkenalan itu sebab saya ni teramat merendahkan diri. Mungkin saya ni pemalu kot. Selalu fikir pasal orang lain, seperti keselesaan diorang bila saya mencelah ataupun adakah saya ini mengganggu hidop diorang. Hahaha.. Terlalu banyak mementingkan diri orang-orang sekeliling. Tapi itu bila dengan orang yang saya baru kenal. Kalau anda dah lama kenal saya, mesti anda suka ngn saya *promote habis habisan neyh!!! hahaha..


Lagi satu, aku tak suka orang yang bajet diri dia tu malaikat suci, tak pernah wat dosa, tak pernah buat salah, hati putih, dan bajet suci semurni baby yg baru lahir. Tak suka2.. menyampah sangat-sangat. Ciri-ciri orang ni memang terserlah suka menyalahkan orang lain semata-mata walaupun itu salah dia. Cakap berbelit-belit dan suka memanipulasikan cerita yang biasa menjadi luar biasa dan mitos yang terhebat sekali di dunia. Aku selalu membayangkan mereka sebagai ahli sihir dengan kata-kata. Memang kalau duduk ngn diorang pun aku dah ready dengan cerita-cerita diorang tu yang entah betol entah tidak. Kadang-kadang aku ni tak nak ambik port. Tapi kalau terpaksa ambik port aku hanya mendengar dengan penuh plastik. Hahaha.. *Hipokrit sgt!


So, untuk azam tahun baru saya nak berubah, dan nak jadi lebih gentleman boleh??? Hahaha.. Banyakkan senyum dan banyakkan menghargai masa yang berkualiti.. Hahaha.. Smile ;) 

4 comments:

  1. dah macho da tu...ramai gadis buzz nanti..hehe

    ReplyDelete
  2. hahaha. bgs 2 bro.. keep it up!
    aku bc dr blog as td.. byk dia puji ko..hehe..yg memaafkan 2 ak pun susah..kagum ngn ko..

    ReplyDelete
  3. iqbalhakimi:: hahaah... kalau awek xpe...jgn nyah sudahhh...

    ReplyDelete
  4. darkbatman:: hahaha,,, blushing.. maluu.. heheh

    ReplyDelete