Sunday, 5 December 2010

Apakah maksud Aurora??? Kalau nak tahu sila baca entri ini. Sekian, harap maklum.

Korang semua tahu tak apa maksud Aurora??? mesti semua orang ingat Aurora tu nama orang kan.. Bagi yang tahu tu sila laa begitau kat orang-orang yang masih lagi tidak tahu. Kalau dulu aurora tu aku ingat kata gandaan kepada aura... Hahaha... Macam gelap gelita, hitam legam, putih melepak, terang benderang, dan Aura aurora. Hahaha.. Sila jangan suka assume sesuka hati macam yang abang Que buat nih. Hehehe.. Sebelum tahu maksud aurora ni, abang Que nak laa jugak letak nama anak perempuan abang Que, Wan Nur Aurora Aireen. Malatop nama anak aku nanti weh... Nama yang alam sekitar sangat kan... Ada aur dengan air di situ. Hahaha... Sebelum melalut dengan lebih jauh, meh abang Que bagitau apa maksud Aurora.

Aurora ialah fenomena cahaya terang yang dapat dilihat di langit malam, biasanya di kawasan kutub. Kerana inilah sesetengah saintis memanggilnya "aurora kutub" (atau "aurora polaris"). Fenomena aurora di utara dikenali sebagai aurora borealis, yang dinamakan bersempena Dewi Fajar Rom, Aurora, dan nama Greek untuk angin utara, Boreas. Ini kerana di Eropah ia kerap dilihat kemerah-merahan di ufuk utara seolah-olah matahari akan terbit dari arah tersebut. Aurora borealis juga dipanggil cahaya utara, dan selalu terjadi di antara September dan Oktober dan Mac dan April. Fenomena aurora di selatan, aurora australis atau cahaya selatan, mempunyai sifat-sifat yang serupa. Faham tak setakat ni?? Faham?? bagus2 la korang ni.. Tak paham??? erkk..buat-buat paham je lah.. Malas nak explain lagi..
Tau tak nape fenomena cahaya ni boleh terjadi??? Ini assignment untuk anda.. pegi cari sendiri. Hahahaha.. Tengok gambar plak ek..






Tadi Que ada cakap kan nama Aurora itu diambil dari nama dewa fajar Rom. Aurora adalah satu perkataan yang berasal dari bahasa Latin bermaksud fajar, dan merujuk kepada dewi fajar di dalam mitos Rom dan sajak-sajak Latin. Aurora boleh disamakan dengan dewa Greek iaitu Eos, namun begitu, Aurora tidak memiliki ciri-ciri dewa kuno yang agung.

*Yang mana satu aurora?? Abang Que pun tak tahu. Yang pegang bunga berkepak tu kot. Haha. Yang terbaring kat bawah tu ayah diorang ke?? Ish.. kot ye pun pakai ler baju..

Ni satu lagi gambar yang abang Que search kat yahoo images.

Dan Aurora yang satu lagi adalah nama tempat kt Filipina tau.. Korang penah pergi??? Mesti tak pernah kan... NadiaAdnan ngan Qarl penah pegi tak??? Huhuhu... Abang Que pun tak tahu ada apa kat sana tuh.. ni serba sedikit maklumat pasal tempat tu. 
Wilayah Aurora merupakan sebuah wilayah di Filipina. Pusatnya ialah Baler. Wilayah ini bersempadan dengan Quezon, Bulacan, Nueva Ecija, Nueva Vizcaya, Wilayah Quirino. Wilayah ini memiliki keluasan wilayah 3,239 km² dengan memiliki jumlah penduduk 173,797 orang (2000) dengan kepadatan penduduk 54 orang/km².

Eh, Bulacan.. Kenapa bukan belacan??? Rizal ngan Isabela pun ada.. Huhu.. Kalau Rezal tu nama Lecturer Abang Que yang mengajar Real Analysis.

Sekian sahaja lecture kita pada hari ini. Semoga dapat manfaatkan ilmu ini. Kalau boleh bagitau segala anak-anak, cucu cicit, datuk nenek moyang semua ek. Jangan risau diorang paham punyer.. Kalau diorang tak faham tu suruh diorang baca entri ini. Konpem lagi paham...Huk huk huk.. p/s:: maklumat diperoleh dari encik wikipedia. peace. sila tepuk tangan dengan girangnya. Huhu..


*terus cancel nama Aurora untuk anak saya. kena prepare nama lain ni..
*motif ber Abang Que lam entri nih!!

15 comments:

  1. lawa la nama anak ko ahahah..

    ReplyDelete
  2. hhaha..aurora..sc form 3 ade bljar gak ^^

    ReplyDelete
  3. nice.aku suka post macam ni.ada input yang orang boleh dapat

    ReplyDelete
  4. Good info. Sometimes, sesedap mana bunyi nama tu sekalipun adakalanya perlu juga tahu dari mana asal-usulnya.

    ReplyDelete
  5. Sedapla nama Aurora Aireen tuu.. HAHA..

    ReplyDelete
  6. MS ~SARANG HAE~ :: Ade ek??? lupa sudah... huu

    ReplyDelete
  7. Fariz Danial :: Yang lain pun ada input gak.. cuma tersirat jew..

    ReplyDelete
  8. Gen Fujita:: betul2.. huhu.. baru laa nanti orang tanya boleh jawab dgn yakin.. hehe..

    ReplyDelete
  9. ZWAN SABRI:: suka la tu.. hahaha

    ReplyDelete
  10. Ilham Liyana:: takkan kakak kot.. hehe

    ReplyDelete
  11. name of my fb is faradilla aurora..

    ReplyDelete
  12. name of my fb is faradilla aurora

    ReplyDelete
  13. baru nk letak nama anak MIA AURORA.. huhuhu sekali goddess from GREEK la pulak.. neway tq for the info..

    ReplyDelete