Monday, 8 November 2010

UPM terima pelajar Mangsa Gunung Merapi, Indonesia

Muqaddimah ni taw...Weh korang...mau bagi teka teki ni.... hebat punyer teka teki... Hahaha.. jawab ek... tapi xde hadiah r.. huhu.. just untuk pengetahuan am.. Okeh... dalam banyak-banyak ikan, ikan apa yang ada bulu ketiak.. .Tak kira laa bulu ketiak tu panjang atau pendek, lebat atau sikit-sikit ja... Asalkan ada bulu ketiak... Huhu... cepat fikir ikan apa...??




****


Malam tadi dalam pukul 3 pagi, Kolej Enam dapat tetamu iaitu pelajar - pelajar Malaysia yang belajar di Indonesia. Mereka adalah mangsa - mangsa Gunung Merapi. Tapi tak de laa terkena lava lagi kot.. Huhu... Diorang dtg dengan kapal terbang tentera TUDM. Dengar kata ada tiga trip... Yang kt kolej aku entah trip yang keberapa, rasa cam trip yang last kot.. Trip yang awal-awal dah ada yang stay kat kolej lain.. Huhu.. Hari ni dorang dah boleh balik kampung masing-masing. Diorang dapat cuti seminggu..


Ambik dari Berita Harian.


Aku ada tanya student tu, teruk ke kat sana. Diorang cakap tempat diorng tu tak ada apa-apa, cuma nampak asap berkepul-kepul je lah.. Kampus cuti satu minggu. Tu je yang aku sempat tanya.. Aku masa tu tengah mamai-mamai lagi.. Pukul 3 pagi kot. Stay up duk study smbil duk blog walking.. hahaha.. Tertiber je MPPUPM call aku pasal student-student dari indonesia ni.. So aku cepat-cepat laa bawak diorang masuk bilik dorm kat kolej Aku.. hehehe.. Harap-harap diorang selesa laa.. Alaa...satu malam je pun kan!!!


Alhamdulillah, Syukur diorang semua selamat dan tiada yang mendapat malapetaka dan kecelakaan. semoga diorang dapat belajar dengan tenang dan aman tanpa sebarang gangguan. Sama - samalah kita mendoakan keselamatkan dan kesejahteraan mereka. Amin.. :)




Pelajar - pelajar yang study kat Malaysia bersyukurlah sebab kat Malaysia tiada bencana alam yang bahaya seperti gunung berapi. Api kot!!! Tak leh nak bayangkan bahang yang terasa tu... Urmm.. tu baru api dunia.. belum akhirat lagi kan... !


berita dari Berita Harian Online::

38 pelajar perubatan jalani latihan praktikal, klinikal kekal di Yogyakarta 
SUBANG: Seramai 401 rakyat Malaysia termasuk 378 pelajar di Yogyakarta yang terjejas akibat letusan Gunung Merapi di Indonesia, selamat tiba di tanah air malam tadi dengan tiga pesawat Charlie C130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).


Pelajar dan rakyat Malaysia yang kelihatan letih itu tiba jam 7.55 malam di Pangkalan Udara TUDM Subang dengan disambut Timbalan Menteri Luar, Senator A Kohilan Pillay serta ahli keluarga yang menunggu kepulangan mereka menerusi penerbangan ihsan itu sejak petang semalam.

Semua pelajar yang dibawa pulang itu adalah penuntut di empat institusi pengajian tinggi di Yogyakarta iaitu Universiti Gajah Mada, Institusi Seni Indonesia, Poli Seni dan pelajar tahfiz di Pesantren, Magelang yang diberikan cuti sehingga 13 November ini. 

Kohilan berkata, seramai 38 pelajar perubatan Malaysia yang menuntut di Universiti Gajah Mada masih berada di Yogyakarta yang sudah diselaputi debu daripada letusan terkuat Gunung Merapi, Jumaat lalu. 

Katanya, pelajar terbabit mengambil keputusan untuk terus tinggal di wilayah itu kerana sedang menjalani latihan praktikal dan klinikal di beberapa hospital termasuk membantu pesakit dan mangsa akibat bencana. 

“Kementerian Luar menerusi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta akan terus memantau perkembangan mereka dan akan sentiasa memberikan nasihat termasuk membawa mereka pulang jika keadaan bertambah buruk,” katanya. 
Kohilan berkata, kerajaan mengambil keputusan membawa pulang pelajar Malaysia di Yogyakarta selepas debu akibat letusan itu sampai ke kawasan berkenaan walaupun ia terletak 30 kilometer dari Gunung Merapi. 

“Operasi pemindahan dan membawa pulang pelajar dari Yogyakarta dibuat selepas letusan terkuat Khamis lalu yang mengakibatkan ramai mangsa terbunuh. 
“Sebelum ini, pihak berkuasa Indonesia memberitahu kawasan tidak selamat dalam lingkungan 20 kilometer dari Gunung Merapi, selepas Yogyakarta yang terletak 30 kilometer dari kawasan itu turut terjejas, kita mengambil keputusan membawa pulang pelajar,” katanya. 

7 comments:

  1. Kat blok delima diorng ada.. diorng kt dorm.. gi laa berkenalan.. huhu

    ReplyDelete
  2. ow..ko la yg amek dorg mlm td..gud2..ak nmpk ko~

    ReplyDelete
  3. waaa.....
    weh ensem dak??
    sila perkenalkan kat aku...

    ReplyDelete
  4. betapa beruntungnya Malaysia mempunyai negara yang makmur dan aman tanpa bencana alam

    ReplyDelete
  5. bersyukur sangat sebab kita semua duduk di Msia ni....

    ReplyDelete