Friday, 5 November 2010

Saida, suami mohon ruang pulih hubungan

Saida dan suami..

KUALA LUMPUR 4 Nov. - Penyanyi Saida atau nama sebenarnya, Siti Nursaida Tarudin memohon agar masyarakat memberi ruang kepadanya dan suami, Mohd. Ghazali Yahya Zikri, 40, menyelesaikan sendiri masalah rumahtangga mereka yang sedang dilanda krisis.

Kakak kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza itu berkata, dia akan menggunakan tempoh dua bulan yang diberikan mahkamah sebaik mungkin untuk berbincang dengan suami.
Saida, 34, berkata, jauh di sudut hati, perasaan kasih sayang terhadap suaminya sedikit pun tidak pernah hilang.
"Kalau kata tidak ada lagi perasaan kasih dan sayang, itu tidak betul. Saya dah kahwin hampir 14 tahun. Saya masih sayangkan dia.
"Tapi tidak perlulah saya menjelaskan bila dan apa punca yang menyebabkan berlaku kemelut yang tidak terduga ini. Apa yang pasti, ia tiada kena-mengena dengan kehadiran orang ketiga atau pengaruh populariti sejak saya menjadi artis," katanya ketika ditemui di pejabat Siti Nurhaliza Production (SNP) di sini hari ini.
Saida tampil menjelaskan tindakannya memfailkan permohonan cerai secara baik terhadap Mohd. Ghazali di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur di sini, pada 6 Oktober lalu.
Bagaimanapun pada prosiding 26 Oktober lalu, peguam syarie, Noor Azlina Che Hasan yang mewakili Saida memohon agar mahkamah memberi tempoh lebih kurang dua bulan kerana kedua-dua pihak berhasrat berbincang semula sama ada mahu meneruskan permohonan tersebut atau sebaliknya.
Mahkamah menetapkan kes itu disebut semula pada 20 Disember ini.
Menurut Saida, hubungannya bersama suami masih berjalan baik seperti biasa walaupun isu rumahtangganya sudah dibawa ke mahkamah.
"Saya dan suami masih solat jemaah bersama, makan malam bersama malah jauh sekali hendak bermasam muka atau tidak bertegur sapa di rumah," kata bekas pelajar program realiti Akademi Fantasia musim keenam (AF6) itu.
Dia mengakui tindakannya memfailkan penceraian itu dibuat atas keputusan sendiri tanpa berbincang dengan suami dan ahli keluarga lain.
Jelasnya, sebagai manusia dia tidak memiliki sifat sempurna sebaliknya kadang-kadang mengikut kata hatinya tanpa berfikir panjang.
Ditanya pandangan ibunya, Siti Salmah Bachik dan adiknya, Siti Nurhaliza, mengenai kemelut rumahtangga beliau itu, Saida memberitahu, mereka menasihatkannya agar banyak bersabar dan sentiasa ingatkan anak-anak.
"Sambutan Hari Raya Haji dan cuti persekolahan panjang tidak lama lagi akan digunakan sebaik-baiknya untuk pergi bercuti bersama satu keluarga.
"Sebenarnya masih ada lagi sinar dan saya berharap peminat mendoakan rumahtangga saya dan suami kembali pulih seperti biasa," katanya penuh mengharap.
Saida dan suami bernikah pada 14 Disember 1996 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Siti Nurunnyssa, 13; Anas, 11; Khalid, 7; dan Siti Nurul Mashitah, 4.

p/s:: FIkirkanlah nasib anak-anak...

sumber:: Berita Harian

4 comments:

  1. hmm..
    sama2 la kita doakan rumah tangga diorng kekal bahagia hingga hujung nyawa.. Amin~

    ReplyDelete
  2. a.z.r.i.n.a.03.07:: dunia semuanya..

    ReplyDelete