Tuesday, 16 November 2010

Konfius sekejap ! Apakah?

Tak habis - habis dengan pembuangan bayi. Ape semua ni??? KENAPA????? MENGAPA??? Arggghhhhh!!!! Tension aku!! BODOH BODOH BODOH!!!.. Aku baru je baca tadi. Sori sebab lambat baca. Hahaha.. Maklum lah bizi! Noktah!  Tapi persoalannya, cuba baca berita di bawah, sebenarnya bayi ni masih hidup atau dah meninggal??? Mula-mula cakap jumpa mayat. Tapi cakap sihat pulak. Dr plak cakap stabil??? Yang mana satu???


SIHAT...bayi lelaki ditemui dalam kotak.


GEORGETOWN: Menyayat hati apabila seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditinggalkan dalam kotak minuman di sebuah pangsapuri di Jalan Sungai Pinang, malam kelmarin.
Perbuatan keji itu diketahui selepas orang awam menemui bayi berkenaan yang masih bertali pusat dan diletakkan dalam kotak air minuman bersaiz 37 sentimeter x 25 sentimeter. 

Individu yang menemui mayat bayi berkenaan menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian itu dan polis menemui bayi berkenaan yang cukup sifat itu dalam keadaan sihat. 

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, bayi seberat 2.7 kilogram (kg) ditemui jam 10.15 malam di tepi penjuru Pangsapuri Sri Pelangi, Jalan Sungai dan dipercayai baru dilahirkan.




Menurutnya, siasatan awal mendapati bayi berkenaan berkulit cerah dan berambut lurus dan tali pusat yang dipotong dilakukan secara kasar kerana masih terdapat kesan darah kering.



“Polis masih menjalankan siasatan lanjut termasuk dari rumah ke rumah di pangsapuri berkenaan dan sehingga kini tiada tangkapan dilakukan,” katanya pada sidang media di Balai Polis Pulau Tikus, di sini, semalam. 

Gan berkata, bayi berkenaan ditempatkan di Wad Bersalin Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk pemeriksaan lanjut dan keadaannya dilaporkan stabil

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 313 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. 

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung penemuan bayi berkenaan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Seksual, Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) di talian 04-2181822 atau 016-4217214.

sumber: MyMetro


p/s:: aku konfius, bayi tu masih hidup atau dah meninggal dunia???? Mohon kekeliruan diatasi.. perghh!!!

6 comments:

  1. manusia berhati binatang...mcm kes dok cium dkat bb tue..tue kalau mgndung duk buang merata..

    ReplyDelete
  2. safiyyah osman:: serius saya venci giler kt video kt fb tu... bodoh betul laaaa...serius... sakit hati saya tgk...

    ReplyDelete
  3. pi mai pi mai tang tu gak....

    hrmmmmm....

    yg jadi mangsa baby yg tak bersalah....!

    ReplyDelete
  4. 2la.. aku pun pelik. ade gak bc.. kdg2 berita ne nk cpt xpk dh mane btl n x.

    ReplyDelete
  5. achik ezam:: cilaka punya orang... tau buat jaa...bengong!!

    ReplyDelete
  6. darkbatman:: stuju sgt2... takkan laa tak recheck??!!

    ReplyDelete