Thursday, 18 November 2010

CERITA KREATIF BEN ASHAARI : BLOGGER KERING IDEA ?



Hai. Nama saya Thunder (Jiran kepada Rain (klik) yang pelakon dan penyanyi Korean yang popular dan hensem tu...). Saya berumur 2 tahun 8 bulan. Hahaha.. Saya berasal dari Korea tapi sekarang telah menetap di Australia. Ini adalah disebabkan kerja Papa (klik untuk lihat gambar papa saya) yang terpaksa berhijrah ke sana. Oleh kerana saya seorang anak yang taat kepada bapa, saya pun mengikuti Papa ke Australia dengan hati yang rela walaupun saya terpaksa meninggalkan kawan-kawan saya di Korea. Lagipun saya hanya ada Papa di dunia ini. Mama telah pergi meninggalkan kami. Saya tak sempat pun nak berjumpa dengan Mama. Mama pergi ketika melahirkan saya. Ini gambar Mama saya (klik sini). Mama saya sangat cantik kan.!!!


Masa saya menetap di Australia, saya rasa sangat sunyi. Memang sangat sunyi. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa sunyinya hidup saya. Papa selalu sibuk dengan kerjanya. Di rumah saya hanya main sorang-sorang, cakap sorang-sorang, tengok tivi sorang-sorang, makan sorang-sorang dan semuanya sorang-sorang... Saya rindukan kawan-kawan saya di Korea. Saya rindukan kawan-kawan baik saya terutamanya Wondergirl (klik) dan Superjunior (klik)... Mereka sangat baek...I tau korang couple kan...nanti kawin jemput I taw... Miss you guys!!!


Satu hari tu, saya ada dengar suara kanak-kanak sedang nyanyi. Lepas tu saya pergi la jenguk tepi tingkap rumah. Eh, ada budak!! Saya sangat gembira bila saya tengok ada orang yang boleh saya jadikan sahabat. Saya pun segera keluar rumah dan pergi menghampirinya. Nama dia Bennard (ambik nama watak dalam Megamind, baru tengok tadi) Saya amat kagum dengan Bennard sebab dia pandai main gitar. Wah.. Rupa-rupanya Bennard memang jiran tepi rumah saya juga.. Nanti boleh bermain-main dengan Bennard selalu. Yeahhh...hidup saya tak de laa sekosong dulu...Dah ada teman untuk mengisi masa lapang bersama.. Hureyy!!!! Tapi....


Ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Rupa-rupanya Bennard tak suka berkawan dengan saya. Dia cakap saya ni memboringkan.. Dia cakap saya kolot, pastu montel, dia cakap saya ni tak ade apa-apa kelebihan. Makan je banyak!! Dia nak cari kawan yang pandai main drum sebab nanti dia nak tubuhkan Band (Ala-ala RockBand). Saya cakap laa saya boleh jadi peminat setia band dia. Dia cakap peminat dia dah berlambak kat fesbuk. Ommaigod...hidup saya kembali sunyi.. Saya nak balik Korea. Satu hari Papa tengok saya nangis. Lepas tu papa pun pujuk saya...


Papa pujuk saya dengan membawa saya ke supermarket yang berdekatan. Katanya mau beli Toys untuk saya. Papa, saya tak mau toys segala tu...saya mau kawin kawan... Tiba-tiba ada orang menegur saya. Saya terkejut bila mendapati seorang kanak-kanak perempuan menegur saya. Oh..sangat terharu.. dah laa comel lote.. Haha.. Dia tengok saya sedih, dia tanya kenapa saya sedih.. tapi saya tak sempat bertanyakan nama dia. Kelu lidah untukku berbicara.. hahaha.. Rugi betol...dahla awek cantek... Tapi dia ada bagi saya tisu untuk lapkan air mata saya tadi. Sungguh terkejut bila saya dapati ada id skype kat tisu itu.. Hurey...saya ada peluang!!! Thanks Papa!!!


Sampai je kat rumah, saya terus add dia kat skype. Hehehe.. kami siap berwebcam lagi.. Dia nampak happy.  Oh, lupa nak bagitau, nama dia Sara. Walaupun kepala dia ala-ala kepala Wafa Aleesya (nak kenal klik sini), tapi dia tetap cute kan... Dia jadi kawan rapat saya.. Dia tak kisah berkawan dengan saya. Dia cakap rupa tak penting, yang penting keikhlasan dan hati budi kita. Dia tidak memilih untuk berkawan dengan sesiapa.


Walaupun saya kuat makan, dia terima saya seadanya. Dia cakap dia suka berkawan dengan saya sebab saya adalah saya dan saya bukan orang lain. Hanya saya seorang sahaja Saya di dunia ini. Saya tiada dua.  Akhirnya kami menjadi kawan baik. Dan saya juga telah memperkenalkan Sara kepada Wondergirl dan Superjunior. Mereka pun sukakan Sara. SEKIAN. THE END. 

p/s:: citer apa yang aku buat ni??? Esok exam OK!!! Sempat lagi mengarang segala nih???









14 comments:

  1. creative story! salam perkenalan from hanizeyecandy @ http://haniz-eyecandy.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. salam kenal...sama² jOin cerita kreatif BA...gud luck ke kamu juga...

    ReplyDelete
  3. singgah2 cerita kreatif kekeringan idea....

    jemputlah singgah sini gak..

    MR.IX


    http://homosapiensz.blogspot.com/2010/11/blogger-kering-idea-cerita-kreatif-ben.html

    ReplyDelete
  4. gudluck

    http://qilarazak.blogspot.com/2010/11/cerita-kreatif-ben-ashaari-blogger.html

    ReplyDelete
  5. Ohtidak...aku dah lari konsep....!!!
    Salah tema.. haha..

    ReplyDelete
  6. Pe yg lari konsep tu Wan Zulqhairi?? Ahakss...

    Gud Luck Yeaaa ^__^

    ReplyDelete
  7. huhu..siap ader Rain tuh!
    gudluck wan!

    salam kenal dari aye..!
    http://matapenaalsunan.blogspot.com/2010/11/cerita-kreatif-blogger-kering-idea.html

    ReplyDelete