Sunday, 21 November 2010

Bahang Sudah Terasa.. siapakah yang bakal mewarisi???



Bahangnya telah terasa. Sebentar lagi bermulalah satu program yang sangat bermakna untuk para Majlis Tertinggi Mahasiswa dan warga Kolej Keenam. Satu program yang akan mencari bakal-bakal pemimpin yang akan meneruskan legasi kepemimpinan Kolej Keenam untuk terus kekal Maju dan Cemerlang serta dapat mengharumkan lagi nama Kolej di persada Universiti  khasnya.

Program PEWARIS ni aku dah sertai dua tahun lepas semasa aku bergelar junior. memang super duper best.!! Kaw-kaw laa punye menguji ketahanan mental dan fizikal. Dua hari tak tidur beb. Mata dah macam burung hantu daa.. Lingkaran gelap di bawah mata toksah duk cakap laa... Semua orang ada.. Banyak pengalaman yang aku dapat cedok kat program ni. Dan yang paling penting, aku dapat manfaatkan cuti semester aku lagi pada kali ini. Dah dua kali jadi fasilitator. Aku ni bahagian fotografi. Hahaha.. so kerja ambik gambar je laa.. Dan yang paling menyedihkan gambar aku mesti sikit je... Uwaaaaa... T__T"   ::sila bersimpati

Nanti tiga hari aku tak berblogwalking dan tak hapdet blog.. Almaklumlah duk di kawasan hutan.. Kem kami kat Hulu Langat, Selangor. hehehe...So, jangan lupa jenguk-jengukkan blog ni ek. Tenkiu kat member-member yang bagi komen kat entri kontroversi tu. Korang memang sporting. Hehehe.. 

7 comments:

  1. dlu aku penah apply jd facilitator..sampai sudah xdpt.ahahaha

    ReplyDelete
  2. tempat sama lagi ke que..teruskan perjuagan....u can do it..aq sokong ko que heheeh

    ReplyDelete
  3. oppss lupa...aq suka lagu ni..pastu ambik lagu agnes monica- rapuh best gak..try la

    ReplyDelete
  4. haha..
    takpe bro muka takdak dlm gambo super impose jer lah ye...
    enjoy ur moment...

    ReplyDelete
  5. darkbatman:: ko apply jadi fasi utk ape??? hehe

    ReplyDelete
  6. hamihemo:: harus laa tmpt lain.. kali ni ada penyu menanges ok!!

    ReplyDelete
  7. hysman:: xmau super impose.. nnti ada org cam.. hahaha

    ReplyDelete