Thursday, 18 November 2010

Adakah saya menang contest dan dapat hadiah wang tunai RM1000.00 serta blackberry.

Hip hip hureyyy... Oyeahhh... Oh!... mengapa begitu hepi?  Adakah menang contest dan dapat hadiah wang tunai RM1000.00 serta blackberry. Ohtidakdotcom... Hahaha...Aceli hari ini saya telah merdeka! Final exam sudah tamat dengan jayanya. Hahaha.. OK, saya adalah antara orang yang terlewat habis exam. Orang lain dah balik kampung makan segala ketupat, lemang, nasi dagang dan segalanya dah.. Aku makan nasi goreng kampung tawar yang tak ada rasa apa!! Oh makcik kafe Karisma, sila masak sedap-sedap dan elok-elok skit ek...Nanti saya pi beli kat MakTeh Corner baru padan muka makcik!!!

Tiba-tiba je lepas exam tadi balik bilik terus tak taw nak buat apa! Terus tak ade idea nak update blog. Facebook lagi laaa boring memboringkan keboringan...tak ada status pun.. Chatting kat yahoo??? dah berkurun lama tak bukak yahoo messengger. Twitter?? OK, kawan saya dua orang je kat dalam tu. Hahaha... 

*Jap nak tukar lagu kt winamp... 
Sedang dengar lagu:: Avenged Sevenfold - Warmness on the Soul.mp3
Next song:: Time to Love by T-ara &  Supernova. (sila pergi download sebab lagu ni best gila, kalau boleh tengok video skali. Hahaha!!!)

Hari selasa lepas (iaitu sehari sebelum hari raya Aidiladha) saya telah buat presentation untuk proposal final year research dan ia berjalan dengan lancar. Amin. Mujur saya punyer second reader presentation of the proposal tu tak banyak tanya saya. Hehehe.. Mungkin dia paham semua ataupun.. erkk..!!! Tak mungkin!!!.. Lega gila weh... Pastu jumpa dengan Abang Feyus(klik sini). Tak boleh nak berbual panjang sebab masa tu saya tengah prepare dengan slide presentation. Lain kali kita borak-borak ek. Saya ada satu semester lagi kat UPM. Nanti ada rezeki sambung Master plak. InsyaAllah.. Doa-doakan saya ek..



Aceli lepas exam tadi saya belum merdeka sepenuhnya lagi. Hahaha.. Ada kerja yang telah menyusul.. Oleh disebabkan saya ini telah dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa bagi program Kem Kepemimpinan Muda PEWARIS 2010/11, saya di bahagian ajk Multimedia perlulah menyediakan segala video multimedia, tag untuk fasilitator, felo, peserta, buat backdrop untuk malam perasmian dan jadi cameraman serta juruvideo sepenuh masa dengan berkaliber. Saya bakal bekerjasama dengan si Puding BoBo yang suka pakai tudung yang menampakkan kebotakan kepala itu. Hahaha... Kepada Puding:: sila rajin-rajin ek! kalau malas nanti abang Que lekuk.! Disebabkan otak ini masih dalam mood exam, otak untuk berseni itu berkurangan. Hanya ini yang saya terdaya untuk melakukan untuk kita semua. Hehehe.. 

yang tahun lepas macam ini (klik sini)

p/s:: besok kena gi print, gunting dan laminate sendiri.. larat nak buat???
Saya dah biasa daa... Hahaha..
**Maaf tajuk entri keterlaluan.. Hahaha...


10 comments:

  1. wah..sungguh aktif dan sibuk hidup anda! baru terisi sikit dan tak bosan sangat. =D

    ReplyDelete
  2. semangt gile la ko utk k6...haha

    ReplyDelete
  3. ko memang betul2 saspender la bro. baru rasa nak minta spen

    ReplyDelete
  4. waa..mesti hapi gile dh habis exam kan.. bleh la berblogging sampai lebam bro..

    ReplyDelete
  5. aktif giler hang ni....jangan lupa balik kampung nanti tau hahahaha..

    ReplyDelete
  6. waaa...
    samalah macam saya..lepas exam belum merdeka lagi.
    masa cuti ni jadi urusetia festival tari borneo..tatau ajk apa..

    ReplyDelete
  7. ۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞
    ۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞
    Selamat Menyambut Aidil adha
    Selamat menunaikan ibadah korban
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞
    ۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞


    Salam kunjungan salam ziarah…. Thanks kerana berkongsi story pada kami. Salam sebuah persahabatan salam satu perkenalan dari blog kami... Moga kami mendapat maklum balas dan respont yang baik dari blog anda...

    yuppppp nampaknya kamu sentiasa mengisi masa tanpa terbuang

    ReplyDelete