Monday, 11 October 2010

Bapa gesa henti spekulasi rumah tangga Aidil, Rita





Pelbagai kisah didedah media burukkan usaha keluarga berbaik 

SEREMBAN: Bapa pemain bola sepak kebangsaan Mohd Aidil Zafuan, Abd Radzak Salleh mahu cerita rumah tangga anak dan menantunya, pelakon popular, Rita Rudaini dihentikan segera kerana ia tidak memberi faedah sebaliknya memburukkan lagi keadaan apabila disiarkan media.

Abd Radzak, 61, berkata beliau juga kesal dengan pelbagai kenyataan Rita yang menyentuh maruah keluarganya, sedangkan mereka sedia berbaik ibarat ‘buang yang keruh ambil yang jernih’.
“Ketika menguruskan pendaftaran perkahwinan mereka dulu, saya memang ingin bantu supaya daftarkan di Seremban tetapi Rita nak buat di Wilayah Persekutuan. 

“Ketika Rita melahirkan anak (Airit Rayyan Rizkin), kami sekeluarga termasuk Mohd Zaquan Adha melawatnya, malah isteri saya turut menelefon besan (emak Rita) dua kali bertanyakan khabar menantu dan cucu ketika mereka di Perlis. 

“Kami berusaha menenangkan keadaan kerana kami sayang anak, menantu dan cucu, malah tiada niat campur urusan keluarga mereka. 

“Bagaimanapun, semuanya bagaikan tidak menjadi apabila kenyataan demi kenyataan dikeluarkan pelakon itu,” katanya di kediamannya di Taman Rashibah Indah, Sikamat, di sini, semalam. 
Sejak kebelakangan ini, akhbar menyiarkan mengenai mahligai Rita, 34, dan Aidil, 23, yang dikatakan mula goyah dipercayai berpunca campur tangan pihak tertentu terutama mentua pelakon itu. 

Abd Radzak mendakwa, sejak mendirikan rumah tangga, pelakon itu tidak pernah ke rumahnya di Sikamat walaupun dijemput termasuk ketika mereka mengadakan kenduri bagi meraikan kejayaan pasukan bola sepak Negeri Sembilan yang berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia, tahun lalu. 

Mengenai dakwaan Rita Aidil tidak balik ke, beliau berkata, keluarganya keliru dengan kenyataan itu kerana setiap kali selepas perlawanan bola sepak atau menjalani latihan, Aidil terus ke Kuala Lumpur. 


sumber : BERITA HARIAN ONLINE


p/s:: selamatkanlah rumah tangga mereka..!!! Doakan kebahagiaan mereka.. Dan juga doakan kebahagian keluarga anda.. :)

8 comments:

  1. frst time bc kes ni..sy mmg rs kecian agt ngn rita..tp bile bc respon dr pelbgai pihak dan menilai dr setiap sudut..rita sbnrnya y buat onar..knpa perlu gmbar gmbur hal dlm kain.ape guna cerita kat media..ko nk mitak simpati ke? pliss la, ni bkn zmn maizawati lgi.

    ReplyDelete
  2. semoga mereka terus bahagia...muka anak sama sebijik dgn bapa..mesti pandai main bola sepak...

    ReplyDelete
  3. Anonymous :: kita tak rasa senang la cakap macam2.. kalau terkena kt btg hidung sndiri, sndiri mau ingt laa.. huhu...

    ReplyDelete
  4. p@kcikLie :: betul..doakan yg terbaek untuk diorng...

    ReplyDelete
  5. bagi aku masing2 ade silapnya..biasal manusia biasa..sedangkan lidah lagi tergigit...yang penting aku doakan moga keadaan kembali pulih...kesian anak dia...

    ReplyDelete
  6. HaNTwO:: itu yg terbaek... huhu..

    ReplyDelete