Friday, 24 September 2010

Tensi vs Sangsi

Sekarang ni tengah pening kepala dan sedikit suram... Tadi tak gi kelas Mathematics Programming. Nasib baek Amier bagitau Dr. tak mengajar tadi cuma buat latihan je.. Lega sket... Tension-tension... Tak tahu tension dengan apa... Of course tension dengan test 2 yang dah start minggu depan ni. Tension dengan bengkel Fotografi lagi yang pada hari yang sama aku ada 2 test itu. 3 Oktober aku ada test Mathematics Programming dengan Vector Analysis...

Tension jugak dengan Bengkel Fotografi ni. Proses dari pihak atasan yang memang lambat ni menyebabkan Jawatan kuasa tak dpat buat keje... Surat kelulusan untuk pindaan tarikh tak dapat dapat lagi menyebabkan kitorang tak boleh nak bergerak lagi... Arghhhhhhhhh!!!!!~  Ke aku yang lembap??? Aku harap video workshop ngn Bengkel Abobe Photoshop nanti tak sekalut program ni..


* muka tension!!!!

****

Tadi aku gi Solat Jumaat kat Masjid UPM. Lepas je solat ada wirid sket then baca doa ikut imam. Tapi orang kat sebelah aku ni tak ikut imam. Maybe nak cepat kot. Tak ape la kan, tapi yang aku peliknya tentang hamba Allah ni, lepas je dia baca doa dan lepas dia raut muka dgn tangan, dia jugak lumurkan tangan dia kt lengan, perut, kaki, leher dan seluruh anggota badan yang lain. Bukan sekali... ada laa dalam 4 - 5 kali. Aku pun pernah gak buat, tapi biasanya time tidur je.. bagus laa amalan ni, supaya doa tu jadi pendinding/pelindung diri kita... 

Tapi yang menambahkan lagi kehairanan aku ni, bila tengok dia kucup tasbih dia yg ada kt leher dia tu dengan mulut dengan berkali-kali. Then dia hentakkan tangan dia kat karpet masjid sambil mencucuk-cucuk kt karpet dan menulis benda... Lepas tu kembali meraut-raut seluruh badan... Apakah yang dia sedang lakukan??? Aku duk tengok je setiap benda yg dia buat tu.. Huhu... dah la time tu aku betul-betul duk sebelah dia.. Maybe dia tak perasan kot sebab dia kyusuk sangat dengan movement-movement pelik dia tu...  Huhuhu... sangat tertanya-tanya apakah maksud gerak laku dia tu??


4 comments:

  1. pelik gak tuh~~

    x takut ke duk sebelah die?

    ReplyDelete
  2. xtakut sebab xtahu lagi dia tu mcm tuh...hahahaha...kalau dah thu konpem dah lari awal2..huhu

    ReplyDelete
  3. huhu.mke g2 agak kecomelan di situ..huh
    =)

    ReplyDelete
  4. puteri.. opssss...choomel ke!! haha... kembng idung sat..

    ReplyDelete