Thursday, 23 September 2010

Cantik atau Buruk kita harus terima...



Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh S.A.W kerana baginda telah ditentukan maksum.

Selebihnya tidak terkecualai daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit san bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat.

Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.
Memang Allah menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Di situlah berkuasanya Allah. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya.

Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda.

Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu.

Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk.

Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh Allah supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat.

Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur.

Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan Allah kepadanya.

Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja Tuhan.

Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandangan Allah adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan Allah.

Barangkali juga yang buruk tapi dia faham Allah tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar.

Hargai diri anda sebab kewujudan anda membuktikan kekuasaan Allah!
 sumber :: iluvislam

sekadar gambar hiasan... huhuhu..

p/s : : kecantikan akan menyusuli keikhlasan.
jgn gunakan kecantikan kepada kemungkaran!!

*biar tak cantik, asalkan kemas dan bersih !
itu yang utama.




6 comments:

  1. tak perlu nak jadi lebih cantik. cuma kena tahu cara untuk mengekalkan kecantikan sahaja..
    errk, lari topik ke??? huhu

    ReplyDelete
  2. harus la lari.. dah kalau yg buruk xkan laa kena kekalkan keburukan?? very the xelok..haha

    ReplyDelete
  3. betul2.. setiap orang aderlah cantik.. Tuhan takkan cipta sesuatu keburukan tanpa sebab.. bagi sudut ciptaan manusia.. semuanya cantik.. cuma pandangan manusia yang mengelaskan kecantikan2 yang diberi tuhan ketahap y terlower(tak cantik, kurang cantik.. hodoh!! haila)..

    mungkin ada ketidaksempurnaan dalam diri tapi pasti ada juga kelebihan.. so why not kita tutup kekurangan yang ada ngan kelebihan kita.. betul tak..=p

    err.. betul ker.. hehehe.. bermadah helah lak,..

    ReplyDelete
  4. Fara : saya setuju dgn ustazah.. hahaha

    ReplyDelete
  5. Fær.han/Unown F/Gyan : sekadar gmbr hiasan.. huhuhu...kenapa?? ko nak wat kesinmbungan ke?

    ReplyDelete